StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Saturday, March 23, 2002 11:00 PM

PENGURUSAN PTPTN DIGESA SEGERAKAN PENJELASAN PINJAMAN


MENGIKUT LUNAS SYARIAH.

Oleh: Mohd.Izwan Bin Haji Md.Yusof
Presiden PMIUM.

PMIUM menyambut baik kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ,Datuk Dr.Ismail Ibrahim bahawa pihaknya telah mebuat keputusan berhubung isu lebihan 4% untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Mac 2002.Beliau turut menjelaskan keputusan itu akan disampaikan kepada pihak pengurusan PTPTN supaya ia dijadikan panduan kepada perbadanan itu sama ada 4% yang pernah menjadi isu sebelum ini adalah kos perkhidmatan atau sebaliknya.

Meskipun Majlis Fatwa tidak boleh memberi keputusan yang telah dibuat kerana perlu diteliti oleh pengurusan PTPTN,namun beliau berharap agar isu ini dapat diselesaikan sesegera mungkin supaya tidak timbul andaian sesetengah orang bahawa pinjaman PTPTN mempunyai unsur riba dan sebagainya.Beliau juga menjelaskan menurut hukum Islam setiap pinjaman kewangan harus dikenakan kos perkhidmatan berasaskan kepada kos pengurusan sebenar ketika menguruskan pinjaman itu.

Justeru ,PMIUM berpandangan pengurusan PTPTN perlu tampil memberikan penjelasan sebenar dan mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan peminjam yang beragama Islam berkenaan hasil keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu 4% kepada masyarakat umum.Meskipun Pengerusi PTPTN,Datuk Husni Hanadzlah menyatakan kepada Utusan Malaysia yang bertarikh 13 Mac 2002 bahawa PTPTN akan memperkenalkan skim pinjaman pendidikan tinggi berasaskan syariah dengan bantuan Bank Islam dan Bank Muamalat sebagai menggantikan skim pinjaman sekarang yang menimbulkan kontroversi,namun ia masih kabur dan memerlukan penditilan penjelasan kepada masyarakat umum khususnya yang beragama Islam.

PMIUM bersetuju dengan kenyataan beliau yang akan memastikan bahawa skim pinjaman mengikut syariah itu nanti adalah produk yang baik dan bersih dari riba.Ini adalah kerana , isu 4% yang dikatakan kos perkhidmatan menjadi kontroversi pada tahun 2001 begitu mencengkam pelajar Islam yang kerana beberapa persatuan pelajar yang dipelopori PMIUM yang dipimpin oleh saudara Muhammad Faisal Abdul Rahman menyatakan bahawa kos perkhidmatan 4% yang dikenakan oleh PTPTN sewaktu pembayaran balik pinjaman mengandungi unsur riba.Isu ini begitu hangat dengan beberapa tindakan oleh persatuan pelajar dengan menghantar memorandum kepada pihak Majlis Fatwa Kebangsaan,Kementerian Pendidikan dan pengurusan PTPTN dan mendapat sokongan oleh pelajar yang beragama Islam dan bukan Islam ketika itu.

PMIUM sekali lagi menegaskan bahawa,pihak pengurusan PTPTN perlu segera menjelaskan skim pinjaman yang berasaskan syariah kepada masyarakat umum khususnya yang beragama Islam sebelum bermulanya sesi pengambilan pelajar baru di Institusi Pengajian Tempatan Awam dan Swasta menjelang bulan Mei ini.Ini penting bagi mengelakkan sebarang rasa tidak yakin di kalangan peminjam yang beragama Islam yang ingin memohon bantuan pinjaman PTPTN.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved