StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    updated on Monday, January 29, 2002

USM nafi sekat kebebasan pelajar


UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) menyangkal dakwaan bahawa cadangannya untuk mengetatkan kawalan keluar masuk kampus bertujuan bagi menyekat kebebasan pelajar.

Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar USM, Prof.
Madya Datuk Dr. Jamaluddin Mohaiadin dalam
kenyataannya baru-baru ini berkata, langkah tersebut
adalah untuk memastikan pemantauan yang berterusan
dibuat demi faedah pelajar universiti itu.

``Adalah munasabah untuk pihak universiti meminta
pelajar mengisi borang khas bagi tujuan keselamatan
dan maklumat universiti.

``Hal ini penting kerana terdapat kes-kes kecemasan
yang lambat dimaklumkan kepada universiti akibat
kekurangan maklumat,'' katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, USM untuk jangka panjang bercadang
melaksanakan penggunaan Kad Pintar (Smart Card) yang dapat merekodkan pergerakan keluar masuk pelajar.

Sebagai langkah ke arah itu menurutnya, Pusat Komputer USM sedang berusaha memperkenalkan dahulu Kad Sistem Kemas (Keluar masuk) yang menggunakan kod bar.

Menurutnya USM juga bercadang untuk mendapatkan
pandangan ibu bapa berkenaan hasrat untuk menutup
pintu masuk selepas jam 12.30 tengah malam pada masa hadapan.

``Semua pihak terutama ibu-bapa perlu memahami
tindakan ini yang dibuat agar tidak ada pihak yang
menyalahgunakan kebebasan yang diberi,'' katanya.

Namun kata beliau, pihak universiti tidak akan menutup
terus pintu masuknya selepas tengah malam.

``Bagi pelajar luar kampus yang terlibat dengan
kerja-kerja makmal atau tugasan tidak perlu bimbang
kerana mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan terlaksananya pemantauan yang lebih ketat ini,'' ujarnya.

Menurut beliau, kajian yang dijalankan oleh pihak USM
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar keluar kampus selepas tengah malam untuk makan malam atau tujuan peribadi yang lain.

Menyedari keperluan ini, USM merancang untuk membuka gerai-gerai makan dan kedai menjual barang keperluan yang beroperasi sehingga lewat malam pada masa hadapan.

Dr. Jamaluddin berkata, satu jawatankuasa yang
dianggotai oleh Penggawa-penggawa Desasiswa dan
pelajar sedang berusaha untuk menentukan lokasi bagi
menyediakan Taman Selera Pelajar yang dirancangkan
itu.

Selain itu, beliau juga menyeru agar hasrat
mengetatkan kawalan itu dilihat secara positif.

Langkah ini bertujuan untuk membendung sikap yang
tidak berfaedah di kalangan pelajar dan berharap
mereka akan lebih menumpukan perhatian kepada hal-hal akademik terutama selepas tengah malam.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Utusan Malaysia

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved