StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 4, 2002 9:53 PM

Universiti tidak cukup maklumat atau tidak peka?


Apabila diajukan soalan kenapa pihak universiti tidak
mengambil tindakan tatatertib ke atas kesalahan
pelajar, maka secara sepontan jawapannya "pihak
universiti tidak cukup maklumat untuk bertindak" . Sebab itu wujud ketidakselarasan hukuman di antara
IPTA, walaupun di atas kes yang sama.

1. Penglibatan dalam Pertubuhan Haram-GAMIS
(AUKU-Seksyen 15)

Di UUM, Shazwan Dzulkifli(Naib Presiden GAMIS),
dihukum gantung 3 semester . Di USM, Kamarulzaman
Abdullah (Presiden GAMIS), hanya diberi amaran keras
oleh universiti berkenaan.

Sebaliknya, di UM, Muhamad Faisal Abdul
Rahman(Setiausaha Agung GAMIS), UKM, Muhamad Hafiz
Abd. Halim(timbalan presiden GAMIS), UIA, Nasir
Mahtab(Naib presiden 1), dan UTM, Nazri Hj. Din(naib
presiden 4 GAMIS) tidak dikenakan sebarang tindakan
tatatertib.


2. Penglibatan dalam Pertubuhan Haram-BBMN
(AUKU-Seksyen 15)

Di UUM, Nur Helmi Jamil (Naib Pengerusi 1 BBMN),
dikenakan hukuman gantung 1 semester. Di UIA, Ahmad
Fadzly Yusof (Presiden BBMN), diberi surat tunjuk
sebab dan amaran.

Sebaliknya, di UM, Mohd. Fuad Mohd. Ikhwan(Timbalan
Presiden BBMN); UTM, Mohd. Mushrif Abdullah (Naib
Presiden 2 BBMN); UKM, Mahadi Sukarno (Setiausaha
BBMN); USM, Izwandy Idris (AJK BBMN); UPM, Nasri
Muarat (AJK BBMN) tidak dikenakan sebarang tindakan.

3. Penglibatan Membuka Laman Web Haram (AUKU-tiada
seksyen)

Di UUM, Rizal Mohd. Anan, dibicarakan semula oleh
mahkamah universiti itu kerana kesalahan membuka laman
web (sintok.com) tanpa mendapat kebenaran naib
canselor.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden MPPUUM 1998/1999,
pernah digantung selama satu semester kerana terlibat
membantu pilihanraya kecil Arau(1998). Pelajar tahun
akhir jurusan perakuanan itu juga telah dijatuhkan
hukuman gantung tiga semester pada 14 Mac 2000 kerana
dituduh menjatuh nama baik pelajar dan maruah
universiti.
(http://www.malaysiakini.com/News/2000/03/2000032903.php3)

Tetapi berbeza dengan IPTA lain.

PMIUM yang membuka laman web yang secara jelas
mengandungi unsur-unsur antikerajaan dan mencemar nama
baik universiti tidak dikenakan sebarang
tindakan.Begitu juga dengan laman web PMIUPM,
PMUIA,PMIUSM dan PMIUTM.

Laman web DEMA yang majoriti terdiri daripada pelajar
Cina UTM dan laman web PKPIM yang terdiri daripada
gabungan pelajar IPTA juga tidak pernah diambil
tindakan disiplin.

Lampiran Pertubuhan pelajar dan laman web

1. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM)
(http://pmium.8m.com)

2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)
(http://members.tripod.com/pkpim)

3. Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju (GMWM)
(http://wanted81.tripod.com/index1.html)

4. Malaysia Youth and Students Democratic
Movement(DEMA)

(http://dema1998.tripod.com/)

5. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra
Malaysia(PMIUPM)

(http://pmiupm.tripod.com)

5. Persatuan Mahasiswa Universiti Islam
Antarabangsa(PMUIAM)

(http://srciium.hypermart.net)

6. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains
Malaysia(PMIUSM)

(http://pmiusm.cjb.net)

7. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi
Malaysia(PMIUTM)

(http://www.utm.my/utm/pmi/pmi.htm)

8. Persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
(PMRAM)

(http://pmram.hypermart.net)


4. Kesalahan Membuat Kenyataan Haram di Internet

Setakat ini, UUM dan UiTM memanggil pemimpin pelajar
mereka untuk disoalsiasat mengenai kesalahan
mengeluarkan kenyataan di internet.

Husnul Hadi, Naib Yang Dipertua MPPUUM, menafikan
pernah menerbitkan artikelnya di portal malaysiakini,
setelah disoalsiasat oleh pihak universiti.
(http://www.malaysiakini.com/Letter/2001/06/2001063007.php3)

Nazrul Fazami Mohamad, Yang Dipertua MPPUiTM, juga
dipanggil oleh pihk universiti berkaitan dengan
kenyataan mengecam AUKU, di laman web mahazalim.net.
(http://www.mahazalim.net/jul01/110701xad.html)
Kedua-dua pemimpin pelajar itu telah membuat laporan
polis untuk menyiasat dalang disebalik tulisan
internet itu.

Selain itu, universiti lain kurang memberi perhatian
terhadap kenyataan pimpinan pelajar di internet.

Lampiran Kenyataan Internet.


1. Kenyataan PMIUM Menyelar Pentadbiran UiTM
Tarikh : Jun 2001
Penulis : Muhd. Faisal Abdul Rahman(PMIUM)
Laman web : mahazalim.net

(http://www.mahazalim.net/jun01/250601zan.html)

2. Kenyataan MPMUM tidak bersetuju perketat AUKU
Tarikh : Julai 2001
Penulis : Aznur Hafeez Kaswuri(Timbalan Presiden
MPMUM)
Laman web : pmium.net
(http://pmium.8m.com/keny002.htm)

3. Kenyataan MPMUM Desak Pemimpin UMNO Minta Maaf
Tarikh : 4 Julai 2001
Penulis : Mohd. Fuad Mohd. Ihwan(Presiden MPMUM)
Laman web : malaysiakini.com
(http://www.malaysiakini.com/News/2001/07/2001070413.php3)

4. Kenyataan PMIUM-Mengecam Puteri UMNO
Tarikh : 30 Jun 2001
Penulis : Mohd. Hamidi Zakaria(Setiausaha PMIUM)
Laman web : berita keadilan online
(http://www.berita-keadilan.net/press/bm/100701pmium.htm)

9. Kenyataan PMIUM -ISA Alat Untuk Diamkan Rakyat
Tarikh : 11 April 2001
Penulis: Muhd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM)
Laman web : malaysiakini.com
(http://www.malaysiakini.com/News/2001/04/2001041115.php3)

10. Kenyataan PMIUM-Tuduh 4% PTPTN Riba
Tarikh : 3 Mac 2001
Penulis : Mohd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM)
Laman web : dema1998.tripod
(http://dema1998.tripod.com/news/007.htm)

11. Kenyataan PMIUM-Tuduh Pemuda UMNO Tidak
Berwibawa
Tarikh : 21 Februari 2001
Penulis : Muhd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM)
Laman web : dema1998.tripod
(http://dema1998.tripod.com/news/002.htm)

12. Kenyataan PMIUM-Sokong Keputusan Hakim Mahkamah
Shah Alam
Tarikh : 3 Jun 2001
Penulis : Muhd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM)
Laman web : pmium.net
(http://pmium.8m.com/berit007.htm)

13. Kenyataan PMIUM-Bantah 10 Tahanan Bawah ISA
Tarikh : 3 Jun 2001
Penulis : Muhd. Faisal Abd. Rahman(Presiden PMIUM)
Laman web : pmium.net
(http://pmium.8m.com/berit003.htm)

14. Kenyataan HIUIAM- Menuduh Tangkapan ISA-Taktik
Pilihanraya
Tarikh : 22 Juali 2001
Penulis : Nasir Mahtab(Presiden HIUIAM)
Laman web : parti-pas.org
(http://www.parti-pas.org/utama/28sep_gamis.html)


15. Kenyataan PMIUSM-Mengecam Sekolah Wawasan
Tarikh : 5 Disember 2000
Penulis : Kamarulzaman Abdullah (Presiden PMIUSM)
Laman web : harakahdaily.com
(http://harakahdaily.com/Dis/m5dis2000_2.shtml


17. Kenyataan PMUKM -Desak Hadap Tahanan ISA ke
Mahkamah
Tarikh : 13 April 2001
Penulis: Abdullah Abd. Karim (Setiausaha MPPUKM)
Laman web : harakahdaily
(http://harakahdaily.com/Apr/L13apr2001_14.shtml)

18. Kenyataan MPPUSM-Kecam Penahanan Pelajar Bawah ISA
Tarikh : 12 Julai 2001
Penulis : Izwandy Idris (Preiden MPPUSM)
Laman : Mahazalim.net
(http://www.mahazalim.net/jul01/120701xac.html)

19. Kenyataan MPPUIAM-Tuduhan Pelajar Militan Jahat
Tarikh : 1 Ogos 2001
Penulis : Ahmad Fadzli Jusoh (Presiden MPPUIAM)
Laman : Detikdaily
(http//detik.daily.tripod.com/ogosa/1ogos_1.htm)

20. Kenyataan MPPUPM-Tuduh Pelajar Militan Rekaan
Tarikh : 6 September 2001
Penulis : Mahadi Muarat (Presiden MPPUPM)
Laman : Malaysiakini
(http://www.malaysiakini.com/News/2001/09/2001090615.php3)

21. Kenyataan MPPUKM-Kecam Rais Yatim
Tarikh : 15 Julai 2001
Penulis : Mahadi Sukarno (Presiden MPPUKM)
Laman : Berita-Keadilan.net

(http://www.berita-keadilan.net/bmelayu/berita/150701raisbukti.htm)


Halaman Utama

 

Oleh:

SiswaJihad

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved