StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Wednesday, January 16, 2002 9:17 PM

GAMIS jawab Isu Pertubuhan Haram & AntiKerajaan


KENYATAAN MEDIA

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA (GAMIS)

Kenyataan Berhubung Isu Menuduh Mahasiswa

Antikerajaan

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) berasa kesal berhubung lem-paran tuduhan pihak-pihak tertentu terhadap mahasiswa yang berani menyua-rakan pandangan dan teguran terhadap isu - isu penindasan dan penyelewengan, sebagai golongan antikerajaan dan penggugat keselamatan negara sehingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sekiranya, mana-mana rakyat yang lantang bersuara menegur kerajaan demi mengimpikan suatu keadilan dan kebenaran tertegak di tanah air tercinta ini dilihat sebagai penggugat negara, maka jelaslah anggapan masyarakat sebelum ini bahawa pemimpin negara tidak mempraktikkan sistem dekmokrasi yang digariskan oleh Perlembagaan Malaysia seolah-olah ke arah pemerintahan dikta-tor.

Seharusnya pemimpin kerajaan Malaysia membersihkan persepsi masyarakat sedemikian kepada persepsi yang lebih baik dengan mengamalkan amalan berlapang dada dan bertindak mengikut timbangrasa dan lebih baik jika mengikut lunas Islam bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) yang didakwa sebagai pertubuhan haram dan antikerajaan adalah propaganda berunsur jahat yang diaruskan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi hasrat pihak tersebut.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia merupakan suatu forum (front) yang mempertemukan pimpinan Mahasiswa Islam yang diiktiraf oleh masyarakat kampus masing-masing dalam membentuk idea yang global dan sebagai forum perkongsian maklumat serta idea dalam rangka menjaga kebajikan mahasiswa Islam seluruhnya.


Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan seharusnya berasa berbesar hati dengan kebersamaan global mahasiswa ini yang bukan sahaja dibentuk di peringkat intra universiti bahkan ke peringkat inter universiti.

GAMIS adalah singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia yang dipermudahkan daripada forum penggabungan pemimpin-pemimpin mahasiswa Islam seluruh Malaysia'. Keterangan sebegini telah berulang kali diterangkan secara umum terutama melalui kenyataan media, namun kerapkali disalahertikan yang mana mungkin suatu usana untuk membariskan GAMIS bersama pertubuhan yang sememangnya haram dengan sengaja.

Tuduhan ini dilihat sebagai suatu kaedah jahat untuk mengaitkan pemimpin mahasiswa Islam dengan usaha-usaha subvertif yang menyimpang daripada lunas-lunas Islam.


Maka demikian, kami menggesa supaya siasatan harus diadakan ke atas pihak-pihak yang banyak membuat propaganda ini khususnya Persatuan Pemuda Negara Malaysia seolah-olah propaganda yang dibawa mereka terdapat unsur-unsur tidak baik yang sengaja ditimbulkan bagi mengeruhkan institusi universiti pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

KAMARULZAMAN BIN ABDULLAH

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia

(GAMIS),


Halaman Utama

 

Oleh:

Sumber

Majalah Tamadun

Sept 2001

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved