StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Tiada Undang-undang halang pemimpin jumpa pelajar


Sumber: Harakahdaily, 14 Mei 2001

KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir tidak perlu prosedur khas kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang mewajibkan setiap pertemuan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Zulkefli Yaacob, berkata bukan itu sahaja, makluman awal pada kedutaan tidak perlu dilakukan apa lagi rombongan pihak pembangkang khususnya bukan ditakukan secara senyap-senyap.

Menurutnya, pimpinan pembangkang khususnya tidak pernah jumpa pelajar di sana secara sulit, malah perjumpaan yang diadakan secara terbuka di dalam majlis-majlis yang diraikan.

Kita tidak jumpa mereka secara senyap-senyap melainkan di majlis ramah mesra bersama penuntut di sana, jadi rasanya ia tidak perlu diberitahu kepada pejabat kedutaan di sana," ujarnya.

Zulkefli yang juga bekas Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Duta Malaysia ke Mesir, Dato' Abu Bakar Daud bahawa pihak pembangkang ke sana adalah untuk meracuni pemikiran pelajar di sana adalah tidak benar.

Tambahnya lagi, keadaan ini juga memnggambarkan pihak terbabit semakin risau dan bimbang tentang kebangkitan pelajar yang menyokong program bersama pembangkang.

"Kerana bimbang situasi ini berlarutan, kenyataan sebegini dikeluarkan sekalipun ianya akan menggugatkan imej kerajaan sendiri," ujarnya.

Zulkefli berkata lagi, pelajar Malaysia di negara berkenaan sudah boleh menimbang serta menilai keadaan politik sebenar di samping pihak mana yang berada di landasan sebenar bersesuaian dengan ilmu yang mereka perolehi di sana.

Jelas beliau lagi, majlis yang diadakan bersama-sama pelajar di sana dibuat di kawasan kediaman milik kerajaan negeri sendiri secara terbuka.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved