StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Wednesday, March 27, 2002 10:39 PM

RESOLUSI DAN KENYATAAN BERSAMA IJTIMA’ KHAS PUM DAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA SERTA INDIVIDU PRIHATIN


Kenyataan Media
Daripada: PUM, NGO-NGO ISLAM & INDIVIDU PRIHATIN
Date: 20 Mar 2002
Time: 16:39:39 -0800

Kandungan
KENYATAAN MEDIA

RESOLUSI DAN KENYATAAN BERSAMA IJTIMA’ KHAS
PUM DAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
SERTA INDIVIDU-INDIVIDU PRIHATIN

3 MUHARRAM 1423 / 17 MAC 2002

Persatuan Ulama Malaysia (PUM), NGO-NGO Islam dan individu-individu prihatin yang menyertai Ijtima` Khas yang diadakan pada 3 Muharram 1423 bersamaan 17 Mac 2002 mengalu-alukan kehadiran tahun baru Hijrah 1423 dengan penuh harapan agar umat Islam seluruhnya dalam tahun baru ini dapat meningkatkan lagi komitmen dan penghayatan mereka kepada nilai dan ajaran Islam dalam segenap bidang hidup untuk membentuk masa hadapan yang lebih sejahtera, berpadu dan harmoni serta masyarakat dan negara yang diredhai Allah S.W.T

Kita menyedari bahawa era yang dihadapi oleh umat Islam kini lebih getir dan mencabar. Islam telah diletakkan dalam kandang orang yang bersalah. Umat Islam umumnya dikaitkan secara rambang dengan gejala apa yang disebut terrorisme antarabangsa. Gerakan pembebasan negara mereka, gerakan kebangkitan Islam dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan, bantuan kemanusiaan dan sukarela dengan mudah dituduh sebagai pembiaya dan berkait dengan anasir terrorisme. Undang-undang Darurat, undang-undang sivil dan Mahkamah Tentera terus diguna atas nama menangani terrorisme untuk menangkap, menghukum tanpa bukti yang sah serta menghapuskan kebebasan dan individu muslim. Umat Islam menjadi sasaran prasangka kumpulan perisik negara-negara kuasa besar dan Israel. Hak asasi orang Islam dan kebebasan mengamalkan ajaran Islam semakin terhakis dan dinafikan di negara-negara berkenaan.

Kempen Media Massa Barat yang dikuasai oleh Negara-Negara kuasa Besar, Israel dan lain-lain terus memburuk-burukkan Islam, pendidikan Islam, al-Quran dan al Sunnah dengan menuduh orang Islam sebagai punca dan penjana permusuhan, pencetus terrorisme. Media barat dan kuasa besar Barat enggan memperakui wujudnya penindasan, penjajahan, kezaliman politik antarabangsa, kemiskinan, dan sebagainya yang sedang dialami oleh umat Islam sendiri.

• Penulisan berita dan makalah yang menghina Islam serta asas-asas dan sumber ajarannya yang suci menjadi trend yang lumrah di Barat dan di negara-negara umat Islam yang sekular. Wujudnya pandangan yang berbeda di kalangan ulama’ sering menjadi alasan untuk media dan penulis-penulis yang berorientasi Barat mencaci dan mengeji Institusi Fatwa, Ulama malah kesucian martabat Rasul, al-Quran, al- Sunnah dan Kitab-Kitab Tafsir karangan Ulama silam. Kepakaran dalam ilmu agama dipersoal dan sering dinafikan padahal ia adalah keperluan untuk sesiapa sahaja yang ingin mendebat dan berhujah mengenai ajaran-ajaran asas agama yang merupakan thawabit (tetap) atau Qawathi’ (pasti) dalam ajaran Islam itu sendiri.


• Menyedari besar dan seriusnya bahaya yang disebabkan oleh trend media massa seperti ini maka Ijtima’ Khas ini menyeru agar pihak yang berautoriti dan berwewenang yang diberi mandat untuk mempertahankan kesucian dan integriti ajaran Islam, baik Majlis Raja-Raja mahupun pihak yang berkuasa Agama agar tampil menggunakan mandat kuasa yang telah diberikan kepada mereka oleh perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam di negara ini agar melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan menamatkan trend penulisan, baik berita mahupun rencana, yang menjejaskan kewibawaan asas-asas sumber agama dan golongan ilmuan agama.

• Ijtima’ Khas ini menyeru agar pihak pengurusan dan pemilik Media Massa Perdana dan Swasta agar mengamalkan polisi penyiaran yang sihat, beriltizam dengan etika media massa yang adil, benar serta bersikap professional serta menjaga integriti para wartawan mereka. Media Massa tempatan perlu bangun bersama menangkis tuduhan dan tohmahan media massa Barat, Israel dan lain-lain yang memutarbelitkan berita mengenai umat Islam bila mereka menampilkan agama Islam sebagai agama yang kolot, ganas, anti tamadun, anti pembangunan dan anti demokrasi.

• Ijtima’ Khas ini mengingatkan Pertubuhan Politik di negara kita agar tidak menjadikan pertikaian politik antara parti sebagai kesempatan untuk merongrong dan mencemar serta memburuk-burukkan isi (substance) ajaran Islam dan institusi Ulama hanya kerana ingin meraih kepentingan kepartaian mereka yang sempit dan sementara. Kami berpendapat pembelaan dan perjuangan atas landasan Islam adalah suatu kemestian dan kewajiban setiap orang muslim . Ia adalah suatu yang murni dan luhur. Sesuatu yang diberi pahala dan ganjaran oleh Allah. Ia bukan suatu kejahatan atau penyalahgunaan melainkan jika ada bukti yang kukuh dan benar perbuatan seperti itu dilakukan. Dengan yang demikian mengheretkan usaha PUM dan NGO Islam yang lain untuk mempertahankan kesucian agama Islam ke dalam pertelingkahan parti-parti politik di negara ini adalah suatu sikap yang sempit, dangkal dan tidak jujur.

• Ijtima’ Khas ini menegaskan bahawa memorandum yang diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu oleh PUM dan NGO-NGO yang lain adalah pengaduan yang sah menurut peruntukan perlembagaan dan undang-undang. Ia tidak menafikan hak asasi orang lain. Ia bukan pencabulan terhadap kebebasan berbeda pendapat atau bersuara, tetapi ia adalah tindakan yang sah untuk mengawal tulisan yang mencaci dan mengeji serta merendah-rendahkan sumber asas dan tokoh (figure) leluhur Islam. Ia adalah tindakan untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari campurtangan pihak yang tidak mempunyai kepakaran serta percubaan menangani urusan dalaman agama yang merangkumi hal-hal yang thawabit (tetap) serta qawathi` (pasti) dalam ajaran Islam. Tindakan ini juga adalah untuk menghentikan pihak-pihak yang bertindak untuk mempersenda-sendakan kewibawaan golongan yang pakar dalam bidang agama.


Dengan ini kami merumuskan pendirian berikut:
1. Menggesa pihak yang berkuasa (Majlis Raja-Raja Melayu dan agensi-agensi Islam) mengwujudkan suatu mekanisme khas bagi mengawal dan mengawasi tulisan-tulisan yang bercanggah secara ketara dengan asas dan kaedah perumusan hukum atau penafsiran hukum seperti yang disepakati ulama mu’tabar yang silam dan semasa terutama yang menyentuh perkara-perkara yang thawabit (tetap) dan Qawathi’ (pasti) atau jelas menghina dan mencerca institusi agama Islam . Mekanisme khas ini adalah untuk mengelakkan sebarang usaha dari mana-mana pihak mentafsir Islam atau sumber-sumber Islam mengikut sesuka hati tanpa merujuk kepada kaedah yang sah dan benar atau menghina Islam atau institusinya. Forum Khas ini haruslah sebuah forum yang bebas dan bertanggungjawab langsung di bawah Majlis Raja-Raja Melayu.

2. Mendesak agar pihak akhbar dan wartawan supaya berhati-hati dalam menulis dan menerbitkan tulisan-tulisan yang menghina agama atau mengandungi fakta-fakta yang bercanggah dan palsu dengan fakta-fakta Islam yang sebenar atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan mengemukakan pendapat.

3. Mendesak agar pihak akhbar dan pihak media elektronik mengutamakan tulisan-tulisan, rencana-rencana, dan program-progran yang akan menyuburkan pembentukan insan yang seimbang dan memiliki pandangan Islam yang benar .
4. Mendesak agar golongan intelektual dan sesiapa sahaja tidak menyalahtafsirkan konsep kebebasan beragama sehingga menyamaratakan pandangan-pamdangan peribadi yang rambang dan rawak serta berkepentingan peribadi dengan pandangan-pandangan yang diasaskan kepada prinsip-prinsip ilmu agama Islam yang benar lagi berautoriti.

5. Menyeru agar masyarakat bukan Islam di negara ini menghormati kepercayaan dan hak mengamalkan ajaran Islam di kalangan umat Islam di negara ini serta mereka perlu memahami isu-isu dalam agama Islam berdasarkan perspektif agama Islam, bukannya daripada perspektif agama-agama mereka atau ideologi semasa. Ijtima’ Khas ini menggesa agar apa-apa hukum syariah Islam yang sudah jelas tidak dicabar oleh mana-mana pihak atas nama hak asasi manusia atau kebebsan bersuara.

6. Menyeru agar para ulama dan intelektual Islam sentiasa berusaha ke arah penguasaan ilmu-ilmu semasa dengan seimbang dan komprehensif sehingga dapat mewujudkan kerjasama dan penyelarasan idea-idea dalam menentukan halatuju gerakan yang akan menguntungkan semua masyarakat Islam dan rakyat Malaysia umumnya.

7. Mendesak agar para ulama dan intelektual Islam menubuhkan sebuah badan perundingan bebas yang bersifat tetap sehingga mampu menyatukan pandangan-pandangan mereka dalam menangani semua isu-isu umat Islam.

8. Menyeru kepada semua NGO Islam sentiasa bekerjasama dalam merangka dan menyelaraskan idea-idea bersama dalam usaha memartabatkan kesyumulan Islam di negara ini.

9. Menyeru agar semua NGO Islam di Malaysia sentiasa mengadakan hubungan dengan badan-badan atau gerakan-gerakan Islam serantau dan antarabangsa dalam usaha bersiap-siaga menghadapi cabaran golongan yang ingin menyeleweng kebenaran Islam dalam era globalisasi ini dan kempen memerangi nilai dan gerakan Islam dengan alasan memerangi terrorisme antarabangsa.

10. Menyeru agar semua umat Islam khususnya di Malaysia agar sentiasa sensitif, pro-aktif dan kritis dalam menilai sesuatu tulisan, rencana, pandangan yang terdapat dalam segenap lapangan dunia penulisan.

11. Mengesa pihak kerajaan untuk tidak mengambil sikap pra sangka buruk dan mengenakan tekanan yang tidak adil kepada sekolah-sekolah agama dinegara ini . Sebarang tindakan yang boleh membantutkan serta menyekat perkembangan pendidikan Islam semada diperingkat pra-sekolah mahupun sekolah rendah dan menengah terutama yang diusahakan oleh inisiatif rakyat sendiri akan akhirnya merugikan masyarakat Islam umumnya. Oleh kerana itu langkah mengubal undang-undang tertentu, mengenakan syarat-syarat pendaftaran yang mengongkong , menyekat dan memberhentikan pembiayaan per kapita sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat , membuat laporan yang tidak benar dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap sekolah-sekolah agama adalah tindakan tidak wajar dan perlu disemak semula. Kami mengesa agar pihak kerajaan mengunakan pendekatan membantu dan memulih bukan menekan dan mengambil alih demi menyuburkan pendidikan Islam dengan sihat di negara ini dalam jangka panjang.

12. PUM dan NGO Islam bertekad menjadikan Ijtima’ Khas ini sebagai forum untuk menjadi wahana berfikir yang menghimpunkan antara golongan ulama’ dan cendekiawan muslim agar mereka dapat meningkatkan kefahaman, kepakaran dan pengalaman masing-masing. Dengan itu, pertembungan yang tidak perlu dalam bidang intelek, budaya dan agama dapat dielakkan.

13. Menyedari bahawa fenomena pasca September 11, telah menimbulkan minat yang luar biasa oleh umat Islam dan bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri. Polemik mengenai Islam harus ditangani dengan tindakan proaktif di kalangan ulama’ dan intelektual Islam. Seminar, simposium, wacana ilmiah, dialog di dalam rangka memberi penjelasan mengenai agama Islam harus ditingkatkan di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam.

14. Ijtima’ Khas ini juga merayu kerajaan Malaysia agar mengembalikan semula kepada alim-ulama dan warga yang prihatin akan hak dan kebebasan bersuara, berdakwah, berceramah dan berhimpun secara aman untuk menyampaikan mesej dakwah dan pendidikan di kalangan orang ramai tanpa diganggu-gugat oleh pihak keselamatan dan pihak tertentu yang bermuslihat.

Bahawa sesungguhnya Resolusi Ijtima’ Khas ini telah diperakui dan dipersetujui oleh senarai individu dan organisasi Islam berikut:


Hj. Abd. Ghani Samsudin
Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Malaysia


Sahibul Samahah Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak


Ustaz Uthman Muhammadi
Fellow Kanan IKIM

Ahmad Azzam Bin Abd Rahman
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia

Mohd Azmi Abd Hamid
Presiden TERAS

Dr. Zulfikar Ramli
Jemaah Islah Malaysia (JIM)


Sheikh Abu Bakar Awang
Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Kedah

Sheikh Mohd Noor Mansor Al-Hafiz
Pengerusi
Persatuan Ulama’ Perak

Zamri Shafik
Pengerusi
Persatuan Ulama’ Selangor

Hj. Abd Manan Abd Majid
Pengerusi
Persatuan Ulama’ Johor

Shukri Mohamad
Pengerusi
Persatuan Ulama’ Kelantan

Zainal Abidin Lebai Hasan
Pengerusi
Persatuan Ulama’ Pahang

Hj Yassin Salleh
Pengerusi
Persatuan Ulama’ Terengganu

Mohd. Arif Mohd Arshad
Presiden
Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Izwan Yusuf
Presiden
Majlis Persidangan Mahasiswa Islam (MPMI)

Mohd Fadzli Mohd Ramly
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar UIA

Abdullah Abd Karim
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar UKM

Hisomuddin Bakar
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar UM

Shafie Patt
Presiden
Persatuan Cina Muslim


Mohd Zaidi Aziz
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Hj Safwan Faty
Yang Dipertua
Jamiah Dakwah Selangor

Hj. Mokhtar Hj. Mohd Zin
Tim. YDP
Persatuan Bekas Pelajar Kolej Islam Malaya.

Syed Mohd Norhisyam Bin Tuan Padang
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
( PERMAYA )

Shahrul Anuar B. Mahmud
Pengerusi
Ikatan Pelajar Muslim Pulau Pinang (IKHWAN)

Amirul Nazri Samsudin
Pengerusi
Ikatan Remaja Murni (IRAMA)

Shahrizan bin Abdullah
Pengerusi
Kelab Angkatan Muda

Masadah Sajadi
Pengerusi
Badan Bertindak Wanita

Wan Saiful B. Wan Jan
Presiden
Hizbul Islami UK

Pawancheek Marican
Persatuan Peguam Muslim

Mohamad Shah
YARIM (Yayasan Rabiatul Islamiah)

Muhammad Idris
Institut Masyarakat Madani (IMAD)

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Presiden
Persatuan Graduan Syariah Malaysia


Roslan Mohd Noor
Presiden,
Sekretariat Pelajar PUM,
United Kingdom

Mohd Syukor Mohammad Jaya
Setiausaha
Ikatan Studi Islam UKM

Borhanudin Ahmad
Bekas Presiden
GAMIS


Wan Amiruddin Wan Omar
Pengerusi
Persatuan Alumni Multimedia Universiti (MMU)


Amiruddin Residin
Persatuan Peguam Kuala Lumpur

Hj. Badrie Huzaini m. Yusuf
Pengerusi
Nadwah Pahang


Hj. Mohamed Salleh Abu Bakar
Exco URUS

Ust. Daud Che' Ngah
Pendakwah bebas


Roslan Mohamed
Pensyarah
Akademi Islam Universiti Malaya

Ismail Omar
Pensyarah
KISDAR

Prof Madya Dr. Ghazali Abod
Pensyarah
UNITAR

Prof. Madya Us. Salleh Hj. Ahmad
Pakar Syariah


Puan Kamar Ainiah Kamaruzzaman
Peguam

Zulkifli Nordin
Peguam

Shukur Harun
Journalist


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved