StatTrack
free web hosting | free website | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    updated on Monday, January 28, 2002

Surat terbuka untuk Timbalan Naib Canselor USM


6:22pm, Mon: Pada 9 Januari, anda telah berjumpa
dengan 6 buah persatuan yang anda katakan
berpopulariti yang tinggi.

Persatuan yang "dijemput" termasuk, Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP), Persatuan Mahasiswa Islam (PMI),
Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM), Persatuan Bahasa Tionghua (PBT), Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (KPRS) dan Kelab Pengguna.

Saya hairan mengapa perjumpaan yang sebegini perlu
merakamkan setiap wajah pelajar yang hadir? Rakaman
ini sebagai satu taktik psikologi untuk menakutkan
kami bahawa anda mampu mengenali setiap wajah kami.

Amat kecewa sekali apabila diketahui tujuan perjumpaan adalah bagi menasihati atau menakut kami supaya menjauhi pilihanraya Indera Kayangan dengan mengatakan "kamera, mata telah bersedia untuk memerhati anda".

Keputusan anda untuk gantung aktiviti PMI kerana kes 4 orang pelajar ini amat tidak rasional. Malah saya rasa
ini satu alasan.

"You don't have the constitutional right and human
right as long as you are registered as a university
student. You only have the Akta Universiti dan Kolej
Universiti and Kaedah-Kaedah Universiti.

Constitutional rights dan human rights tidak apply
selagi anda didaftar jadi universiti student.

Kata-kata ini amat menggemparkan saya.

Ingatan anda kepada semua warga kampus, "Saya
mempunyai kuasa autoriti, tidak ada maknanya untuk
menyoal autoriti saya. Jangan kata ini hak kamu, itu
hak kamu. Saya pun ada hak, hak saya jelas tertulis
dalam buku panduan ini (sambil menunjukkan buku USM yang tercatat AUKU dan Kaedah-Kaedah Universiti).

Saya berasa diri saya amat kecil untuk berdepan dengan anda yang seumpama firaun yang mempunyai kuasa mutlak.

Anda juga mengajar kami cara-cara untuk melayani
wartawan: Kata, no comment kepada wartawan."

Saya sebagai salah seorang hadirin berasa diri saya
seperti menghadiri satu perjumpaan "brainwash".


Halaman Utama

 

Oleh:

Mahasiswa USM

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved