StatTrack
free web hosting | free hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 4, 2002 9:33 PM

Singapura gantung sekolah Dua Murid Bertudung


SINGAPURA,Isnin 4 Feb-Kerajaan Singapura terus
mengenepikan rayuan dan bantahan dikalangan berbagai pihak termasuk dari Malaysia supaya mengkaji semula keputusannya mengenai isu tudung dengan
menguatkuasakan hukuman gantung sekolah keatas dua murid darjah satu yang terus ke sekolah hari ini
memakai tudung . Nurul Nasihah Mohamad Nasser, dari White Sands Primary dan Siti Farwizah Mohamad Kassim, dari Chongzheng Primary, berjalan masuk ke sekolah itu dengan ibubapa mereka kira-kira 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula dan terus diminta pergi ke pejabat guru besar.

Akhbar The Straits Times,Singapura melaporkan Nurul
Nasihah keluar dari sekolah yang terletak di Jalan
Pasir Ris 11, 15 minit kemudian. Bapanya , Mohamad
Nasser, seorang kakitangan Singapore Airlines,
memberitahu para wartawan anaknya telah digantung
sekolah.

Katanya beliau akan biar anaknya duduk di rumah
sementara meneruskan usaha merayu keatas tindakan itu.

Bapa Siti Farwizah's , Mohamad Kassim, 41, berjalan
keluar bersendirian dari sekolah anaknya yang terletak
di Jalan Tampines 21 .

Beliau bertegas mahu anaknya terus berada di sekolah
sekalipun tidak dibhenarkan memasuki kelas.Namun
begitu beliau kembali ke sekolah pada jam 3.30 petang
untuk membawa anaknya pulang selepas menerima
panggilan dari sekolah itu.

Kedua murid itu bersama seorang lagi , Siti Amirah
Amir yang belajar di Yuhua Primary di Jurong telah
emmakai tudung sejak penggal persekolahan bermula pada 2 Januari .Ibubapa Siti Amirah telah berhenti
menghantar anak mereka ke sekiolah sejak isu itu
berbangkit .

Sementara itu murid keempat , Khairah Faroukh, dari
Eunos Primary, juga datang ke sekolah memakai tudung hari ini .Sekolahnya memberi tempoh hingga 11 Februari ini supaya mematuhi larangan itu .

Semalam Perdana Menteri Goh Chok Tong berkata dua
pelajar perempuan sekolah rendah di sini akan
digantung persekolahan mereka sekiraya mereka terus
memakai tudung di dalam kelas hari ini.

Menyentuh tentang isu itu dalam dialog dengan golongan profesional Melayu Islam semalam, beliau berkata pelajar berkenaan diwajibkan mematuhi peraturan umum bagi pakaian seragam sekolah-sekolah kebangsaan.

"Mereka akan digantung (dari bersekolah) jika tidak
menanggalkan tudung Isnin ini.Sekolah mempunyai
peraturan.Anda tidak boleh mengalah tentang perkara
itu.Jika sekolah mengalah tentang perkara itu, maka
saya fikir ebih baik kita tidak mempunyai sebarang
peraturan," beliau dilaporkan berkata oleh akhbar
Sunday Times.

Isu itu tercetus apabila empat pelajar tahun satu
memakai tudung semasa menghadiri kelas.

Dua daripada mereka diberi tempoh sehingga esok untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan, seorang telah dikeluarkan bapanya dari sekolah manakala seorang lagi sedang diberi kaunseling dan akan digantung jika ingkar dengan larangan itu.

Goh berkata ibu bapa pelajar berkenaan boleh mengambil tindakan undang-undang dan "sekiranya mahkamah memutuskan bahawa kerajaan salah, kami akan mematuhi keputusannya."

Katanya satu cara lagi ialah ibu bapa Islam menghantar
anak perempuan mereka ke sekolah rendah kebangsaan dan selepas itu mendaftarlan mereka untuk bersekolah di madrasah atau sekolah agama setelah mereka mencapai akil baligh.

Menurut Goh, beliau dimaklumkan bahawa seseorang
kanak-kanak perempuan Islam yang belum mencapai akil baligh tidak diwajibkan memakai tudung.

Pemimpin Singapura itu menganggap ketiga-tiga kes
berkenaan adalah bermotifkan politik dan menuduh
Zulfikar Mohamed Shariff, bekas pemimpin sebuah
kumpulan Islam, Fateha, menjadi dalangnya.

Dalam ketiga-tiga kes bekenaan, ibu bapa pelajar yang
terbabit didapati bertindak kurang sopan terhadap guru
agama Islam yang cuba memberi kaunseling kepada mereka serta memberi gelaran buruk kepada anggota parlimen yang beragama Islam, katanya.

"Ini bukan amalan seorang Islam yang benar-benar
ikhlas tentang isu berkenaan.Ia bersifat politik, saya
katakan kami tidak melayan kamu, kamu bukan apa yang saya anggap sebagai orang Islam sejati apabila kamu menggunakan perkataan kesat terhadap orang Islam lain," kata Goh.

Beliau berkata sekolah adalah sebuah "ruang bersama"
bagi masyarakat Singapura yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama dan negara pulau itu
menghadapi risiko perpecahan sekiranya semua kaum yang ada berkeras untuk mempunyai identiti berasingan.


Halaman Utama

 

Oleh:

AgendaDaily,

4 Feb

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved