StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, February 8, 2002

PUM bergabung dengan Gabungan Pelajar salah disisi AUKU


Langkah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menghantar
memorandum, sepertimana yang disiarkan dalam Berita
Harian, 5 Februari 2002, membabitkan persatuan pelajar adalah bersalahan dengan seksyen 15(1),(2),(3) & (4).

Manakala langkah pelajar menubuhkan pertubuhan haram yang dinamakan "Majlis Persidangan Mahasiswa Islam" sendiri bersalahan dengan seksyen 15(2).

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kalau PUM benar-benar ikhlas, sepatutnya, PUM tidak
melibatkan pelajar dan gabungan pelajar haram,
sedangkan perkara itu bersalahan di sisi
undang-undang.

Lampiran undang-undang.

Seksyen 15(1);Tidak sesiapa jua, semasa menjadi
seorang pelajar universiti, boleh menjadi ahli atau
boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik,kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan,badan atau kumpulan orang,sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya adalah di dalam universiti atau luar universiti dan sama ada ianya
adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia,
kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah
perlembagaan atau kecuali sebagaimana diluluskan
terlebih dahulu secara bertulis oleh naib canselor.

Seksyen 15(2);Tidak sesuatu pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar universiti, sama ada ditubuhkan oleh,
di bawah atau mengikut perlembagaan atau selainnya,
boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti
politik,kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain
pertubuhan,badan atau kumpulan orang,sama ada atau
tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang, sama ada ianya adalah di dalam
universiti atau luar universiti dan sama ada ianya
adalah di dalam Malaysia atau di luar Malaysia,
kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh atau di bawah
perlembagaan atau kecuali sebagaimana diluluskan
terlebih dahulu secara bertulis oleh naib canselor.

Seksyen 15(3); Tidak sesiapa jua, semasa menjadi
seorang pelajar universiti, boleh menyatakan atau
berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai
menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

Seksyen 15(4); Tidak sesuatu pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar universiti, sama ada ditubuhkan oleh,
di bawah atau mengikut perlembagaan atau mana-mana lain pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
universiti boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang
boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

Seksyen 15(5); Sesiapa jua yang melanggar atau tidak
mematuhi peruntukan-peruntukan
seksyen-kecil(1),(2),(3),atau (4) adalah bersalah atas
sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan,
dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit
atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam
bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.

---------------------------

Berita Harian,5 Februari 2002

PUM, NGO kemuka aduan penulis hina Islam


PETALING JAYA, Isnin: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan enam lagi badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar surat aduan kepada Pengerusi Majlis
Raja-Raja Melayu berhubung tindakan beberapa penulis yang didakwa menghina Islam serta mencerca al-Quran dan hadis.

Enam NGO itu ialah Teras Keupayaan Melayu (Teras),
Persatuan Ulama Kedah, Iman International, Majlis
Persidangan Mahasiswa Islam, Persatuan Graduan
Syariah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
dan Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia.

Yang Dipertua PUM, Abdul Ghani Shamsudin, berkata
surat itu maklumat terperinci dan juga permintaan
kepada Majlis Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama
Islam di setiap negeri, mengambil perhatian terhadap
isu berkenaan.

Beberapa penulis yang rencana mereka disiarkan di
beberapa akhbar tahun lalu, memberikan gambaran Islam yang salah dengan mengikut pandangan peribadi tanpa merujuk kepada asas kaedah dan disiplin ilmu
pentafsiran al-Quran dan hadis.

Kami mendapati ada aliran tertentu diguna untuk
menyerang ulama dengan tulisan secara biadap.

Ulama tidak pernah mendakwa diri mereka sempurna.
Namun, jika sekalipun pendapat ulama mahu dikritik,
kenapa mereka perlu dihina dan dicerca dengan
mempermain serta merendah-rendahkan peribadi ulama.

Islam menghargai kebebasan. Semua pihak berhak
bercakap isu berkaitan Islam tetapi jika tiada
kepakaran dalam bidang itu, janganlah menjuarainya,
katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah,
Sheikh Abu Bakar Awang dan Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Abdul Ghani berkata, penulis terbabit menyatakan
seolah-oleh Islam boleh ditafsirkan oleh sesiapa tanpa
mengira latar belakangnya, menghina Rasulullah dan
sunnahnya serta menafikan hukum Islam mengenai murtad.

Antara penulis yang didakwa menghina Islam ialah
Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Zainah Anwar
dalam Utusan Malaysia pada 26 September 2000; Kassim Ahmad (The New Straits Times (NST) pada 12 Oktober 2001), Farish A Noor (NST pada 4 November dan 1 Disember 2001) dan Akbar Ali (The Sun pada 21 Februari dan 12 April 2000).

Katanya, tindakan menghina Islam dan mencerca al-Quran dan hadis bertentangan dengan enakmen dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri termasuk Seksyen 7 dan 8 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan yang mengenakan tindakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, PUM menghantar laporan berhubung perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.


Halaman Utama

 

Oleh:

Berita Harian

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved