StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Selasa, Januari 19, 2002

Memorandum bantahan GPMIIPTA - Isu Tudung


oleh : Wartawan IM

8 Febuari 2002 Tepat jam 3.00 petang semalam, gabungan persatuan mahasiswa Islam Institut Pengajian Tinggi Awam(GPMIIPTA) telah pun menyampaikan memorandum bantahan terhadap " larangan pelajar Islam Singapura memakai tudung dan penggantungan persekolahan mereka " di Kedutaan Republik Singapura.

Memorandum tersebut telah pun disampaikan kepada Setiausaha Pertama Kedutaan Singapura,Kamal R Vasmani oleh empat orang wakil pemimpin pelajar yang diketuai oleh:

1.Mohd Izwan Hj. Md Yusof, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM),

2.Mohd.Zaidi Abdul Aziz, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),

3.Azizah Mohyin, Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI PMIUPM)

4.Solehah Daud, Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI ISIUKM).

Selain itu, mereka yang turut menandatangani memorandum tersebut adalah:

1.Mohd.Armi Bin Yusop, Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia(ISIUKM)

2.Mohd.Rushdan Bin Rosli, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia(PMIUPM),

3.Mohd Amir Bin Ariffin, Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universti Malaya (PMAPIUM),

4.Sharipatul Jannah Binti Yusof, Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI PMIUM),

5.Nor Aishah Binti Abdul Rahman, Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (HELWI PMAPIUM),

6.Azlina Binti Mat Yasin, Pengerusi, Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI PKPIM).

Turut serta dalam perhimpunan aman itu adalah hampir 150 mahasiswa Islam dari pelbagai IPTA sekitar Lembah Klang antaranya Universiti Malaya (UM),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Perhimpunan aman itu juga berlangsung dalam keadaan terkawal dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak polis yang turut hadir bagi mengawal suasana.

Menurut wakil pemimpin pelajar terbabit, pihak Kedutaan Republik Singapura menyambut baik isi memorendum itu dan berjanji akan membawa perkara tersebut kepada pihak Kerajaan Republik itu untuk tindakan selanjutnya.

Dalam bantahan yang disampaikan,Mahasiswa Islam menggesa pihak Kerajaan Republik Singapura antaranya ialah perlu mengiktiraf dan melihat bahawa Islam adalah agama yang komprehensif dengan ajaran serta amalannya adalah sentiasa mengutamakan kedamaian dan keamanan sejagat sebagaimana Islam menghormati dan mengiktiraf agama lain.Sehubungan itu, ia tidak sepatutnya dipandang sebagai suatu yang boleh menggugat keharmonian kaum dan suasana kemajmukan di Singapura.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved