StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Sunday, February 24, 2002

Komentar Pembaca & Pelayar Halaman Web IM Pertama!!


(Webmaster IM mengucapkan ribuan terima kasih di atas sebarang komen, pandangan dan kritikan yang telah ditulis oleh pembaca dalam Ruangan Tetamu. Insya Allah IM akan meneliti segala komen yang diberikan itu. IM menyeru kepada semua pembaca agar dapat memberi komen-komen yang bernas atau menulis artikel yang sesuai untuk disiarkan di laman ini.)

02/18/02 08:28:46 AM
Nama Anda? Noor Amin bin Ahmad
Bagaimana anda mengetahui halaman ini? surfing
Apakah komen anda tentang halaman ini?

A'kum w.b.t. segala puji bagi Allah dan selawat buat junjungan Rasulullah s.a.w.

Pertama sekali 'Tahniah' kpd pengendali laman ini kerana berjaya mewujudkan laman ini dan dpt update daily.

Apa yang kurang bagi saya ialah idea-idea drpd penulis tamu yg ada. (komen Webmaster IM: kalau boleh hantarlah kepada: idealis_mahasiswa@yahoo.com, kami akan pastikan artikel yg anda hantarkan akan disiarkan secepat mungkin!)

Saya ingin menyorot kembali tentang kesedaran politik yg jelas tampak mula menyubur di kalangan generasi muda sejak peristiwa pemecatan DSAI. Sebelum ini kita melihat betapa lesunya gerakan mahasiswa di malaysia.

Saya juga tertarik dgn beberapa penulis yg mengambil sikap provokasi terhadap budaya politik kampus hari ini-kecenderungan mengundi calon yang dilabel pro-pembangkang.

Walaupun jumlah pengundi dlm politik kampus din rata-rata Universiti tidak sampai 50%, perlulah diingat bahawa mereka yang turun mengundi ini ialah mereka yang mempunyai kesedaran tanggungjawab yg jelas walaupun ada juga yg tidak mempunyai kesedaran politik yg jelas.

Seharusnya kita sebagai generasi muda memikirkan kenapa terjadinya perkara ini?

Kita juga seringkali terperangkap dgn permainan istilah 'politik dan kesedaran sosial'. Apa yg dapat saya lihat ialah student yg anti establishment sebelum peristiwa DSAI tidaklah terlalu dikongkong,berbeza dgn sekarang.persoalannya kenapa?

Saya ingin menasihatkan diri saya dan teman-teman agar tidak menjadi 'pelajar murahan' yg seringkali membuat keputusan sebelum jelas matlamat yg ingin dituju.
saya juga ingin menasihatkan kita semua agar lebih mendalami adabul khilaf atau adab berbeza pendapat.dalamilah prioriti urusan ummah dan jgn terperangkap dgn perkara furu'.fahamilah tuntutan politik itu sendiri.

Jika baru mengenal politik dgn lebih dekat bermula 98..saya nasihatkan dalamilah selok belok sepak terajang politik.

Kuasailah ilmu agama secara konsepnya dan hukumnya agar kita tak membuat pernyataan jahil. Kita sebagai mahasiswa mesti bersedia untuk membuat perubahan kepada cara berfikir masyarakat.perlu diingat mana-mana parti politik bukanlah matlamat yg kita cari.

(Komen Webmaster IM: Sila masukkan komen anda di 'Ruangan Tetamu' dimana inilah salah satu komentar dari Pembaca & Pelayar Halaman Web IM)


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved