StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Saturday, March 9, 2002 8:12 AM

Pelajar IPTA jangan campurtangan


(Setelah 8 mahasiswa ditahan di Indera Kayangan, adakah mahasiswa akan turut terlibat dalam pilihanraya Ketari nanti. Memang hubungan mahasiswa dengan politik cukup akrab. Tidak jauh beza antara politik kampus dengan politik luar. Malah politik kampus merupakan proses latihan sebelum mahasiswa terlibat dalam dunia politik sebenar. Semasa pilihanraya Teluk Kemang, mahasiswa bertindak sebagai 'kumpulan pemantau'; di Indera Kayangan sebagai 'kumpulan pengintip'. Apakah pula peranan mahasiswa di Ketari?. Ulasan penasakti2002@yahoo.com)

Utusan Malaysia, 8 Jan

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diminta supaya tidak campur tangan dalam kempen politik kepartian sebaliknya menumpukan sepenuh masa kepada pengajian masing-masing.
Gesaan itu dibuat oleh pemimpin-pemimpin perwakilan pelajar IPT memandangkan bahang pilihan raya kecil Indera Kayangan di Perlis makin terasa.

Presiden Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdullah Abdul Karim berkata, pelajar perlu menghormati undang-undang sedia ada yang melarang mereka berkempen menyokong mana-mana parti.

``Mereka perlu patuh kepada undang-undang seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

``Malah di UKM, surat pekeliling sudah dikeluarkan dan ditampal di kampus minggu lepas melarang pelajar terlibat dalam kempen di Indera Kayangan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau meminta supaya penguatkuasaan larangan itu adil dan seragam tanpa mengira mana-mana parti sama ada kerajaan dan pembangkang.


Mengenai pelajar yang degil dan enggan mematuhi larangan itu, beliau berkata, ia terpulang kepada kebijaksanaan naib canselor untuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurutnya, pelajar boleh mengambil tahu mengenai perkembangan politik semasa tetapi perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam kempen.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd. Nasir Othman pula mahu supaya pelajar menjauhi sebarang kegiatan politik di luar kampus.

``Kalau mereka degil, akta sedia ada boleh digunakan,'' katanya.

Para pelajar, katanya, perlu memberi tumpuan kepada pengajian dan tidak mengundang masalah dengan membabitkan diri dalam kegiatan politik.

Beliau turut keliru dengan sikap segelintir pelajar yang cenderung terlibat dalam politik semasa pengajian sedangkan peluang bagi mereka berbuat demikian sentiasa ada apabila tamat pengajian kelak.

``Mungkin kerana pemikiran mereka cetek dan terpengaruh dengan macam-macam idealisme atau sekadar mencari kepuasan,'' katanya.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved