StatTrack
free web hosting | website hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Polis ambil keterangan siasat punca kebakaran dewan UTM


Berita Harian, selasa 27 Mac 2002

JOHOR BAHRU, Isnin -

Keterangan beberapa orang dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, dekat sini. diambil bagi membantu siasatan kebakaran Dewan Sultan Iskandar, universiti itu Jumaat lalu.

Menurut sumber, keterangan itu diambil bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada mereka yang dipanggil memberi keterangan adalah kakitangan atau pelajar.

"Kita mengambil keterangan pelbagai pihak dan ini prosedur biasa polis," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah (Zon Utara), Superintendan Abdul Halim Abdullah, berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kebakaran dewan universiti berkenaan.

"Kita tak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan kerana siasatan masih berjalan dan polis sedang berusaha mengumpul bukti untuk mengetahui punca kebakaran." katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, akhbar melaporkan sebahagian peralatan Dewan Sultan Iskandar UTM, musnah terbakar awal pagi Jumaat lalu, dan menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, dalam kenyataannya semalam tidak menolak kemungkinan kebakaran dewan itu berpunca perbuatan khianat, berikutan tindakan disiplin tegas pihak universiti terhadap pelajar, pensyarah dan kakitangan.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved