StatTrack
free web hosting | website hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Saturday, February 9, 2002

Isu Pelajar Cina USM: Apa Hak Pemuda Keadilan


Apa hak Pergerakan Pemuda Keadilan Pusat untuk
campurtangan dalam isu pelajar Cina USM yang terbabit dalam aktiviti antikerajaan itu?

Kalau benar AJK Persatuan Bahasa Tionghua, tidak
bersalah, kenapa AJK Pemuda Keadilan(Cina) risau
sangat?

Kalau universiti mempunyai bukti yang pelajar-pelajar
tersebut terlibat dalam penjualan lencana antiISA,anti
Sekolah Wawasan dan kempen SRK(C) Damansara, perkara itu jelas bersalahan dengan AUKU seksyen 15 ceraian (1),(2),(3) & (4).

Biarlah pihak universiti yang menentukan bersalah atau
tidak, kerana kuasa autonomi universiti tidak perlu
dicampuri oleh pihak luar.

Kepada pihak Dong Zong, Jiao Zong, Suaram, Hakam dan lain-lain badan NGO proreformasi yang berminat untuk campurtangan, dinasihatkan hentikan sahaja niat itu.

Kalau NGO ini masih berdegil, jelaslah, persatuan
bahasa Tionghua merupakan proksi NGO seperti di atas, yang jelas mempunyai kepentingan tertentu.

Kepada Persatuan Bahasa Tionghua, kalau benar
bersekongkol dengan NGO dan parti politik luar, di
mana teras perjuangan, 'mahasiswa untuk mahasiswa'
yang dilaungkan selama ini.

Kepada Pergerakan Pemuda Keadilan,dinasihati agar
mencampuri urusan lain yang belum dapat diselesaikan
lagi. Jangan terlalu taksub dengan amalan mengugut dan banyak bercakap.

Masih ingatkah lagi kes pelajar UiTM(Rafzan
Ramli).Akibat campurtangan AJK Pemuda Keadilan,Shamsul Iskandar Mat Akin(naib ketua) dan Mohd. Rafizi Ramli(exco) yang konon-kononnya peguam bebas(bagi pihak pelajar), Rafzan Ramli terbuang daripada universiti.

Kalau bukan bidang kuasa kita, usahlah
memandai-mandai, nanti lebih teruk kesannya seperti
'tikus membaiki labu'

Petikan Laman web Pergerakan Pemuda Keadilan

Kes hukuman pelajar USM: EXCO Pemuda dan NGO akan jumpa Naib Canselor

PULAU Pinang: Berikutan tindakan USM menghukum
beberapa orang mahasiswa atas tuduhan 'melanggar
perintah' dan 'memalukan universiti', beberapa orang
EXCO Pemuda keADILan dan wakil pelbagai NGO akan ke Pulau Pinang untuk berbincang dengan Naib Canselor sendiri.

Beberapa orang mahasiswa anggota Persatuan Bahasa Tionghua dikenakan tindakan tatatertib minggu lepas setelah pihak universiti mendapati mereka bersalah.

Mereka dituduh memalukan universiti apabila menyertai
pertandingan bahas tanpa kebenaran universiti.
Beberapa orang mahasiswa yang lain pula dikenakan
tindakan tatatertib apabila mereka ditangkap
bersama-sama beberapa lencana Gerakan Mansuhkan ISA.

Menurut Saudara Liau Kok Fah, EXCO Pemuda keADILan Pusat, sekumpulan pelajar lagi akan dihadapkan ke Jawarankuasa Disiplin Mahasiswa USM pada 6 Februari ini atas tuduhan menghadiri perhimpunan haram.

Beliau berkata pihaknya dan wakil NGO yang lain akan
berbincang dengan pengurusan USM mengenai nasib
mahasiswa terlibat.

Beliau menyeru agar orang ramai turut sama hadir pada
pagi Rabu ini jam 8.30 pagi di pintu masuk Sungai Dua,
USM untuk menyatakan sokongan kepada mahasiswa
terbabit.

Kebelakangan ini, hak asasi mahasiswa tampak makin
terhakis apabila pelbagai tindakan dikenakan kepada
mereka. Ia dipercayai ekoran kebimbangan Perdana
Menteri bahawa gerakan mahasiswa akan terus memberi sokongan kepada reformasi dan usaha menamatkan penguasaan rasuah Barisan Nasional.


Halaman Utama

 

Oleh:

PenaSakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved