StatTrack
free web hosting | free website | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, March 1, 2002

Hapuskan Politik Dalam Kampus


Oleh: Dr. Zubaidi Ahmad

Majalah Massa, 30 Jun-6 Julai 2001

Di dalam memperkatakan penglibaan pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi awam(IPTA) dalam gerakan menentang kerajaan, pergerakan pemuda UMNO sering dipersalahkan. Pemuda pula dengan rasa rendah hati menerima blame yang diberikan walaupun punca kecenderungan pelajar dan pensyarah di universiti bukannya kesalahan pergerakan itu. Suasana kampus yang menguntutngkan pembangkang ketika ini disebabkan pembelotan bekas pemimpin UMNO sendiri yang menikam dari belakang.

Mungkin ruang yang diberikan oleh gerakan Pemuda dengan membiarkan kampus dan universiti sebagai menara gading yang bersih dari kekotoran politik telah digunakan oleh pembangkang, terutamanya Dewan Pemuda Pas (DPP) .Mereka sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-cita politik dengan mengeksploitasikan isu. Tentunya mudah untuk menyalahkan Pemuda UMNO. Namun bagi yang mengikuti setiap langkah yang dilakukan oleh Biro Pendidikan Pemuda UMNO, kita menyedari apa berat tugas ini. la bukan hanya melibatkan pelajar dan pensyarah malah lebih rumit kerana melibatkan dekan, universiti non-akademik malah sistem pendidikan universiti yang harusnya diubah.

Pelajar dan pensyarah sendiri yang berada di kampus terlalu idealistik, mereka seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata apabila membicarakan tentang isu negara. Jika dahulu golongan .yang terlalu idealis mudah dipengaruhi komunis. tetapi kini golongan ini diracuni oleh semangat revolusism yang bertopengkan Islam dan keadilan sejagat. Sepanjang zaman di kampuslah takung untuk melahirkan gerakan seperti ini.

Pemuda UMNO terutamanya Biro Pendidikan mengambil tanggungjawab kerana percaya uasaha-usaha yang dilakukan oleh DPP akan mempertaruhkan masa depan anak Melayu/Islam yang begitu bersungguh-sungguh mengejar kecemerlangan. Beberapa program perbincangan antara Biro Pendidikan dan Naib Canselor untuk mengenali dan mencari jalan untuk mengatasi kelemahan pelajar Melayu secara keseluruhan diadakan. Kerja-kerja kerosakan yang dilakukan oleh Pemuda Pas semata-mata bersifat retorik dan politik. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa tanpa mengira kesan yang bakal terjadi apabila pelajar dialih pandangannya dari dunia pendidikan kepada dunia politik yang semestinya mempunyai unsur menghentam, sakit dan memberontak.

Bagaimanakah perhatian akan dapat diberikan jika setiap hati pelajar dihasut oleh pensyarah mereka untuk memberontak dan menentang kerajaan mereka sendiri yang membela nasib mereka? Pemuda di bawah Biro Pendidikan merasakan bertanggungjawab kerana kerja-kerja kerosakan ini adalah kerja-kerja politik yang harus ditangani secara politik yang lebih baik.

Ketua Pemuda, Datuk Hishammuddin Tun Hussein selalu mengingatkan agar Pemuda tidak terikut-ikut retorik yang dibuat oleh DPP. Pemuda harus masuk ke kampus bukan sebagai samseng, tetapi dengan melakukan kerja-kerja yang lebih realistik. Ini dapat dilakukan dengan cara mengenal masalah pelajar yang melibatkan kebajikan, pembelajaran dan sosial yang lebih penting.

DPP yang selama ini selesa dibiarkan bermaharajalela di kampus, terasa gusar dengan kemasukan Pemuda UMNO. Lebih-lebih lagi mereka mendakwa Puteri UMNO cuba menggugat pengaruh Pas di kampus. Mereka menuduh ketua Puteri membuka kaunter di universiti. Dengan bongkak mereka memberikan gambaran seolah-olah kampus adalah arena pertandingan atau perlumbaan untuk menentukan siapa yang berkuasa. Sama ada Pemuda Pas atau Pemuda UMNO? Secara tidak sedar mereka menjadikan kampus dan universiti yang sepatutnya suatu tempat yang aman dan tenang, dijadikan arena perebutan politik

Pemuda Pas selama ini pun tidak pernah membantu pelajar secara lebih praktikal. Mereka hanya mampu berceramah di kawasan perumahan yang berdekatan dengan kampus tetapi tidak pernah benar-benar membantu pelajar yang menghadapi masalah. Mereka hanya mem-pengaruhi pelajar dan pensyarah dengan isu-isu nasional yang diputarbelitkan untuk mengelirukan golongan yang bersemangat ini. Mereka bukannya pembantu yang terbaik.

Secara tidak sedar, pergelutan ini semestinya akan memusnahkan masa depan anak bangsa yang menuntut di sana.

Mengapakah kita sanggup menjadikan masa depan anak bangsa yang kita pilih dari seluruh tanah air sebagai taruhan untuk kepentingan politik di luar kampus? Apa niat kita untuk melakukan semua itu? Apakah kerana kerakusan kuasa, kita tergamak menjahanamkan 'tapak semaian' ini?

Secara terang-terang pelajar dilatih untuk menjadikan suasana kampus sebagai tempat arena perkelahian politik. Lihat saja ketika pemilihan pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa di setiap universiti, pelajar digalakkan berlagak sebagai politikus dengan mengadakan kempen pemilihan secara bersungguh-sungguh. la lari daripada matlamat penubuhan universiti dan kolej itu sendiri untuk menimba pengetahuan dan mempelajari segala ilmu yang berkaitan. Akhimya dalam kempen-kempen yang diadakan sama ada dalam penerbitan (surat layang atau ceramah kecil) bukannya isu kebajikan pelajar yang dijadikan modal untuk meraih undi. Isu-isu negara pula yang digunakan untuk menghentam kerajaan. Di mana rasionalnya pilihan raya kampus, jika isu yang dimainkan bukannya isu kampus tetapi isu yang menghentam kerajaan? Apakah pemimpin ini mampu menyelesaikan masalah negara jika mereka dipilih?

Malah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pelajar seolah-olah telah disediakan oleh orang-orang tertentu. Kenyataan yang sama dikeluarkan oleh semua pemimpin pelajar menggambarkan mereka telah dijadikan puppet politik. Mana dia isu kebajikan yang mereka perjuangkan? Malah isu PTPTN cuba diperjuangkan oleh Gamis, sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan.telah disokong oleh semua MPM baru-baru ini. Mengapa mereka tidak bergerak sebagai wakil suara pelajar tanpa meminta pertolongan Gamis yang merupakan sayap haram Pemuda Pas? Tidakkah mereka sedar Pemuda UMNO dan GPMS juga memperjuangkan isu yang melibatkan kepentingan pelajar-pelajar Melayu.

Ketika mereka menafikan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang mengakui hampir semua pemimpin pe-lajar di universiti tempatan didapati tidak menyokong kerajaan, ramai pemimpin pelajar yang melatah. Bukan kerana terkejut tetapi melatah apabila dicubit oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang berselindung di belakang mereka. Menteri Belia dan Sukan itu dihentam secukup-cukupnya di majalah dan akhbar terbitan parti pembangkang. Namun apabila seorang pemimpin tertinggi Pas sendiri dengan bongkak mendakwa mereka telah 'menawan' IPTA di seluruh Malaysia dan mengakui penglibatan pdajar dan pensyarah dalam parti politik mereka, di mana maruah pemimpin pdajar ini?

Dalam ceramah yang diadakan ke setiap kampung, mereka juga mengakui pembabitan ramai pelajar dan pensyarah dalam setiap demonstrasi yang diadakan sama ada terlibat dalam mengaturkan demonstrasi itu atau yang mengangkat sepanduk dan menjerit seperti kanak-ka-nak yang merengek. Begitu juga dengan kegiatan mereka di setiap pilihan raya umum yang dijalankan. Kita boleh lihat ramai pelajar dan pensyarah yang terlibat. Jadi berbalik kepada persoalan tadi, relevankah pilihan raya kampus dan kepimpinan pelajar di IPTA sekarang?

MPM sekarang bukannya memperjuangkan nasib pelajar di universiti, tetapi lebih berlagak seperti menjadi ayam tambatan pembangkang di kampus? Di mana keikhlasan mereka memperjuangkan nasib rakan-rakan yang memilih mereka? Lebih memalukan apabila demonstrasi itu dilakukan di kampus sebuah universiti di ibu kota. Atau yang terbaharu kekecohan ketika mendaftar di universiti itu. Di mana letaknya peranan MPM universiti itu yang mengawal tindakan pelajar di bawah mereka ?

Apakah mereka tidak mampu menjalankan amanah dipertanggungjawabkan lalu menyalahkan Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau-pun orang lain? Begitu juga halnya dengan penerbitan majalah universiti yang dikatakan palsu itu dicetak secara haram. Jika mereka tidak mampu mengendali-kan penerbitan satu majalah dengan yang baik, kita bertanya kembali apakah pemimpin MPM buat? Kalau selama ini pemimpin MPM universiti itu mempersoalkan kewibawaan kerajaan menjalankan kerja bagaimanakah pula dengan pemimpin MPM itu begitu lemah menjalankan pentadbiran MPM? la menjadi lebih kecoh apabila akhbar mendedahkan perkara ini.

Bagaimana pula dengan penerbitan lalu yang terang-terang menyelitkan unsur-unsur propaganda pembangkang. Masih terus menafikan?

la seolah-olah menggambarkan 'baling batu sembunyi tangan' atau berlindung di balik sehelai lalang". Dalam hal ini, tahniah kepada pembangkang kerana berjaya meracuni benih-benih yang baik demi kuasa yang mereka rebut. Mereka juga berjaya menjadikan puppet mereka boneka yang hanya bercakap saja. Benarlah seperti mana kata Hishammudin seperti yang dilaporkan, keadaan se-begini berlaku kerana terdapatnya "unsur-unsur kebencian yang disemai di ka-langan para pemimpin pelajar berkenaan oleh pihak tertentu."

'Pihak-pihak tertentu' yang berada di dalam universiti ini seharusnya dipantau oleh Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut Ini berikutan dengan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Aziz Shamsudin yang mencabar pegawai kanan dan pensyarah IPTA yang menentang dan menghasut pelajar supaya membenci kerajaan agar meletakkan jawatan.

Lebih baik golongan berkenaan yang kononnya terlalu idealistik dan bergiat cergas dalam politik menjadikan pilihan raya umum sebagai medan untuk mencari pengaruh daripada melakukan tindakan yang menghancurkan masa depan pelajar. Kenapa harus menggunakan kedudukan sebagai pensyarah, suatu posisi yang dihormati sebagai platform untuk meracuni pemikiran pelajar?

Jika mereka benar-benar percaya kepada idealisme itu, letakkan jawatan dan bertempur secara gentlemen tanpa menggunakan nama universiti. Saya tidak merasakan bahawa kita akan kekurangan tenaga kerja di universiti kerana ramai lagi anak Melayu yang bersedia memangku jawatan itu. la mungkin sukar mencari pengganti 10 tahun dulu, tetapi tidak sekarang. Ramai graduan yang menanti untuk mencurahkan bakti.

Lagipun orang yang sebegini tidak perlu disimpan kerana ibarat barah yang mudah merebak. Jika tidak dibuang segera, ia akan terus menular ke seluruh badan. Pensyarah juga harus dinilai prestasi kerjanya melalui kerja-kerja penyelidikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah kerana mereka terlalu bergiat dalam politik sehingga tidak mampu membuat penyelidikan. Ini kerana usaha-usaha ilmiah seperti penyelidikan dan pembangunan saja yang akan membeza-kan antara seorang pensyarah universiti dan seorang pensyarah kolej dan sekolah menengah.

Jika mereka gagal melakukan ini, bermakna mereka melakukan kerja lain yang tidak ada kaitannya dengan urusan universiti.

Jika selama ini pelajar Melayu sering dipersalahkan kerana dikatakan kurang cemerlang. Bagaimana pula dengan pihak pensyarah sendiri ? Apakah mereka terlalu kebal untuk dinilai cara pengajaran dan keberkesanan cara mereka menyampaikan kuliah? Ini juga harus difi-kirkan. Kita tidak mampu lagi mempunyai pensyarah yang menggunakan jawatannya dan kelebihan berdiri di hadapan pelajar untuk memburuk-burukkan kerajaan sehingga lupa tugas sebenar mereka iaitu mengajar.

Golongan ini merupakan golongan yang diberikan amanah untuk membimbing anak bangsa ke arah masa depan yang cemerlang. Jika pelajar diasak dengan hasutan saban hari, ini akan mengambil masa pembelajaran di bilik kuliah dan mengurangkan tumpuan kepada pelajaran.

Kementerian Pendidikan telah lama sedar adanya golongan ini namun masih belum mengambil tindakan. Apa yang kita harapkan agar tindakan itu segera diambil. Jangan tunggu nasi sudah menjadi bubur. Kementerian seharusnya mengambil langkah tegas dengan mengharam sebarang unsur-unsur politik di kampus. Langkah ini harus mencontohi langkah larangan merokok di setiap bangunan hospital. Berpolitik seharusnya dibenarkan hanya di luar kampus. Setiap warga universiti harus memilih antara politik dan kerja mereka.

Jika minat lebih kepada politik, haruslah meletakkan jawatan agar kepentingan rakyat tidak terganggu. Kita juga ingin membuat cadangan agar pilihan raya kampus dihentikan jika matiamat dan kerja-kerja pemimpin MPM hanya bercakap tentang politik bukannya untuk menjaga kepentingan dan kebajikan pelajar. Mereka dibenarkan menjadi ahli mana-mana pertubuhan politik, namun segala kegiatannya di luar kampus. Jadi pilihan raya kampus tidak akan dicemari dengan unsur politik yang diserapkan dan luar kampus.

Pelajar juga harus dibenarkan melaku kan bantahan jika pemimpin mereka bercakap tentang politik. Jika benar didapati bersalah oleh HEP. mereka haruslah digantikan. Lebih dari itu, pengaduau ini harus dibuka terhadap laporan pensyarah yang menjalankan dakyah politik mereka di kampus. Semoga langkah-langkah ini akan mengembalikan kredibiliti universiti dan mewujudkan suasana yang aman untuk belajar.

Jika Singapura boleh melakukannya, mengapa kita tidak boleh?


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved