StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Saturday, March 9, 2002 8:13 AM

UiTM tidak benarkan elemen ala- Taliban


Utusan Malaysia, 8 Jan 2002

KOTA SAMARAHAN 8 Jan. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak akan membenarkan sebarang elemen ala-Taliban menyusup ke semua kampusnya di seluruhnya, kata naib canselornya Datuk Prof Dr. Ibrahim Abu Shah.

Beliau berkata walaupun tindakan tegas telah diambil terhadap kakitangan akademik dan pelajarnya, masih ada cubaan untuk menyebarkan pengaruh seperti itu tetapi semuanya gagal.

"UiTM kini bebas daripada elemen-elemen ini dan kita akan menentang sebarang usaha menyebarkannya di kampus," katanya ketika berucap pada Hari Kualiti UiTM Sarawak hari ini.

Dr Ibrahim berkata UiTM perlu bertegas dalam menghindar sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imejnya serta kredibiliti petugas akademik dan mahasiswa.

"Bagi seorang pelajar, dia mungkin sukar mendapat pekerjaan jika UiTM dikaitkan dengan pengaruh ekstrim sebab majikan akan berfikir dua kali untuk mengambil mereka kerana ia melibatkan aspek keselamatan," katanya.

Dr. Ibrahim juga berkata beberapa perubahan telah dilaksanakan di UiTM seperti menukar nama jawatan penting di universiti itu.

Sebagai contoh, katanya, ketua cawangan-cawangan UiTM yang dahulunya dikenali sebagai Provos telah ditukar kepada pengarah kerana nama yang lama itu membawa persepsi negatif.

"Kita sedang menyusun semula Fakulti Kejuruteraan untuk memenuhi standard antarabangsa," katanya. - Bernama


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved