StatTrack
free web hosting | free website | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, January 29, 2002 7:20 PM

Zaki Yamani Role Model Aktivis Siswa?


Zaki Yamani, nama tersohor dalam sebagai aktivis siswa UiTM beraliran PKPIM. Semasa zaman awal reformasi, beliau salah seorang aktivis mahasiswa yang terlibat secara langsung dalam aktiviti membela Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri
Malaysia.

Antaranya, beliau terlibat sebagai penulis akhbar
tabloid "Suara Mahasiswa"(secara mingguan),
pendemonstrator, menghadiri mesyuarat sulit dan
pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan aktiviti
reformasi.

Sebagai aktivis, perjuangan dan akademik sukar untuk
diseimbangkan. Banyak masa terpaksa dihabiskan kepada kerja-kerja aktivis, maka akademik terpaksa
dikorbankan.

Walaupun, tidak berjaya menghabiskan pelajaran, namun atas semangat "LAWAN TETAP LAWAN", beliau meneruskan karier perjuangannya sebagai staf UPP-IKD sekaligus menjadi editor akhbar tabloid propembangkang seperti Berita Keadilan, Suara PRM, Berita Alternatif dan Sebagainya.

Kalau dibandingkan dengan Rafzan Ramli(UiTM) dan
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin(UBU), Zaki Yamani, lebih berktrampilan.

Berikut merupakan sejarah perjuangan Zaki.

1:00pm, Sat: Kejadian memecat seseorang atas suatu
dakwaan melakukan kesalahan sebelum didapati bersalah di mahkamah bukan hanya untuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seorang aktivis pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Zaki Yamani Zainon, juga berhadapan dengan 'tatacara yang sama.' Barangkali kesilapan beliau ialah bergerak aktif bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), sebuah pertubuhan yang mempunyai sejarah dengan aktivisme belia dan politik Anwar.

Setiausaha Agung PKPIM ini dibuang dari UiTM atas
dakwaan menyertai satu perhimpunan haram pada 14 April bulan sebelumnya, hari Anwar dijatuhkan hukuman enam tahun penjara. Tetapi institusi pendidikan Bumiputera itu tidak pernah menghantar surat rasmi memanggil Zaki ke mahkamah disiplin.

Selalunya menurut tatacara lazim, surat rasmi yang
mengandungi pertuduhan spesifik dikirimkan kepada
pelajar untuk perbicaraan tatatertib. Dalam surat itu
juga dimasukkan tempat, masa dan tarikh perbicaraan,
selain kebenaran bagi pelajar tertuduh itu memanggil
saksi-saksi bagi pihak dirinya.

Menurut Zaki, UiTM hanya memaklumkan kepadanya melalui telefon agar menghadiri satu temubual dan perbicaraan sebenarnya akan diadakan selepas itu.

Zaki yang sudah dua kali dihadapkan ke sidang
perbicaraan tatatertib pelajar - dan seperti selalunya
kes perbicaraan pelajar UiTM sebelum ini, sungguh
mudah seseorang pelajar didapati bersalah - tidak pula
ditahan polis pada hari kejadian 14 April kerana
"menyertai perhimpunan haram di Kuala Lumpur."

Polis tidak pernah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau. Aktivis pelajar itu tidak pernah ditahan di mana-mana balai polis dan tidak pernah disoal siasat
oleh polis selepas itu berhubung dakwaan penyertaannya dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun UiTM dalam satu surat bertarikh 22 Mei
tahun lalu mengambil keputusan memecat Zaki,
berkuatkuasa serta merta, atas alasan tidak
menghadirkan diri dalam perbicaraan tatatertib pada 7
Mei untuk mendengar pertuduhan kononnya beliau
terlibat dalam perhimpunan haram pada hari yang
disebut itu.

Ya, pelajar UiTM itu memang ditahan dan disoal siasat
oleh polis kemudiannya, pada 22 Disember. Selepas Zaki mengeluarkan kenyataan dalam afidavitnya Julai lalu, bagi memulakan saman terhadap UiTM dan Menteri Pendidikan, mempertikaikan tindakan terburu-buru institusi tersebut.

Dalam afidavit itu, Zaki berkata: "Saya tidak pernah
didakwa, dituduh atau disoal berkaitan dengan
kesalahan ini atau kesalahn berkaitan dengan ini oleh
polis. Maka alegasi ini [...] yang dikemukakan oleh
ITM [sekarang UiTM] kepada Menteri tersebut [untuk
membuang Zaki] adalah alegasi semata-matanya dan tidak disokong apa juga bukti pun."

Hanya kini, selepas Zaki berjaya mendapatkan arahan
Mahkamah Tinggi meneruskan saman tersebut, polis
menahan beliau di pejabat PKPIM di Wangsa Maju dan
dibawa untuk soal siasat selama hampir empat jam di
Balai Polis Jalan Stadium.

Beliau sudah dua kali didapati bersalah oleh UiTM,
pertama beliau didenda 200 ringgit pada November 1998 dan kedua, digantung pengajian selama dua tahun (empat semester pengajian) dan dilarang memasuki kawasan kampus UiTM pada Februari, 1999.

Zaki, ketika menghubungi malaysiakini dua hari lalu,
berkata, "saya sudah dimaklumkan akan dihadapkan ke
mahkamah atas tuduhan itu." Malah, katanya lagi,
seorang inspektor menghubunginya melalui telefon
mendakwa pihak polis mempunyai rakaman video yang
menunjukkan penyertaannya dalam perhimpunan 14 April itu. Nampaknya polis bertindak menurut jejak institusi pengajian tersebut yang bertanggungjawab membela Bumiputera.

Tetapi, bagaimanakah jika beliau tidak didapati
bersalah oleh mahkamah? Atau...Anwar mesti dipertahankan: Zaki


Ringkasan temubual Setiausaha Agung PKPIM, Ahmad Zaki Zainon, dengan malaysiakini.

Tentang Dr Mahathir
Banyak melakukan pembaharuan pada peringkat permulaan pentadbiran beliau tetapi kini terperangkap dengan kuasa -- terlalu mempertahankan kepentingan peribadi, keluarga dan kroni.

Tentang Anwar
Beliau seorang dianiayai dan difitnah. Menurut
Al-Quran surah An-Nur, segala tuduhan ke atasnya tidak boleh diterima dan beliau harus dipertahankan.

Tentang Umno
Telah menyimpang daripada landasan perjuangan bangsa apabila hanya seorang pemimpin menguasai semua keputusan tanpa ruang demokrasi lagi.

Tentang reformasi
Ledakan kemarahan rakyat terbanyak terhadap kerosakan yang berlaku dalam negara ini.

Tentang aktivisme pelajar

Pergerakan pelajar bernafas semula selepas berdiam
diri beberapa ketika. Kini pelajar mampu mengadakan
kerjasama merentasi perbezaan bangsa dan fahaman
politik. Pelajar juga aktif membangkitkan isu-isu
negara dan sejagat, selain isu kampus.

Kronologi aktivisme Zaki

November 1998
Dituduh di mahkamah disiplin UiTM atas pertuduhan
"menyebarkan risalah yang tidak dibenarkan" pada 22
Oktober tahun itu di Bangunan Hal Ehwal Pelajar.

Februari 1999
Dituduh di mahkamah disiplin UiTM atas dakwaan
menyimpan risalah-risalah yang proreformasi untuk
bacaan peribadi.

Mei 1999
Zaki dibuang dari UiTM selepas institusi itu mendakwa
beliau gagal hadir perbicaraan tatatertib. Perbicaraan
itu berhubung tuduhan bahawa Zaki menyertai
perhimpunan haram pada 14 April 1999 di Kuala Lumpur.

Julai 1999
Menfailkan afidavit saman melalui Tetuan Skrine & Co
terhadap UiTM dan Menteri Pendidikan. Zaki dilantik
Setiausaha Agung PKPIM dalam mesyuarat agung bagi
menggantikan Ahmad Shabrimi Sidek, bekas tahanan ISA pada September tahun sebelumnya.

November 1999
Permohonan untuk perbicaraan di mahkamah diluluskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Faiza Tamby Chik.

Disember 1999
Ditahan di pejabat PKPIM dan kemudiannya dibawa ke
balai polis untuk soal siasat selamat hampir empat jam
atas dakwaan terbabit dalam perhimpunan haram pada 14 April 1999, hari Anwar dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Januari 2000
Permohonan untuk perintah certiorari yang ditetapkan
pada 4hb ditangguhkan kepada 27 Mac depan. Zaki
kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan terlibat dengan perhimpunan aman 14 April 1999.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Pena Sakti

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved