StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Wednesday, February 6, 2002

Majlis Persidangan Mahasiswa tidak perlu sertai PUM


Rabu 6 Februari Tindakan Majlis Persidangan
Mahasiswa menyertai Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
menghantar surat aduan kepada Pengerusi Majlis
Raja-Raja Melayu berhubung tindakan beberapa penulis yang didakwa menghina Islam serta mencerca al-Quran dan Hadis bukan sahaja dilihat menyalahi Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) malah
menidakkan kewibawaan mereka sebagai generasi pemimpin di masa hadapan.

Sebagai mahasiswa Islam yang terpuji dengan sikap
berdisiplin dan peka terhadap perkembangan Islam
perlulah berani tampil kehadapan melalui saluran yang
dibenarkan. Bukannya mengekori orang lain dari
belakang dan membelakangi peraturan.
Budaya mengekori sememangnya sudah tidak relevan lagi bagi mahasiswa. Lebih-lebih lagi sekiranya dengan
‘membabi buta’.

Sepatutnya mahasiswa yang sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh akademik khususnya dari kalangan
tokoh-tokoh agama perlu mendepani orang lain dalam
mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan dengan permasalahan agama, sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelajar dan pengkaji. Manakala perkara yang dikemukakan sudah pasti lebih tepat kerana ia melibatkan pandangan tokoh-tokoh akademik.

Generasi pemimpin masa hadapan ialah mahasiswa yang idealis, intelektualisma dan berani. Justeru mahasiswa yang sentiasa mengekori dan suka berselindung serta tidak berdisiplin bukan generasi mahasiswa dan tidak layak digelar pemimpin.

Semalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) bersama Majlis Persidangan Mahasiswa (MPM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain menghantar surat aduan kepada Majlis Raja-Raja Melayu berhubung tindakan beberapa penulis yang didakwa menghina Islam serta mencerca al-Quran dan Hadis.

Di dalam surat berkenaan beberapa orang penulis telah
didakwa menghina Islam antaranya ialah Pengarah
Eksekutif Sister in Islam Zainah Anwar dalam Utusan
Malaysia pada 26 September 2000; Kasim Ahmad (The New Starits Times (NST) pada 12 Oktober 2000; Farish A Noor ( NST pada 4 November dan 1 Disenber 2001) dan Akhbar Ali (The Sun pada 21 Februari dan 12 April
2000).


Halaman Utama

 

Oleh:

Hisyamuddin Ahmad

 

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved