StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, February 15, 2002 9:33 AM

MPP: Kaji dulu baru turun tandatangan...


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Barisan kepim-pinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ins-titusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahu mengkaji terlebih dahulu isi kandungan Akujanji sebelum menurunkan tandatangan masing-masing.

Walaupun pada dasarnya mereka bersetuju dengan peraturan Akujanji tersebut, namun mereka mahu menelitinya jika terdapat beberapa perkara yang perlu dikurang atau ditambah dalam akujanji itu.

Setiausaha Agung MPP Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Fauzi Amir Gus Hassan berkata, secara dasarnya beliau menyokong diwujudkan Akujanji tersebut.

"Namun begitu kita perlu kaji terlebih dahulu kerana sehingga kini tidak ada hi-tam putih daripada pihak pengurusan uni-versiti ataupun kementerian pendidikan," katanya.

Timbalan Presiden MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Norzuhairil Zubir berkata, walaupun ada beberapa peraturan Akujanji yang telah diterangkan kepada mereka tetapi ia tidak jelas.

"Wakil Kementerian Pendidikan hanya membaca isi kandungan tersebut menggunakan istilah perundangan yang sukar kita fahami, justeru itu kita perlu kaji terlebih dahulu," katanya.

Yang Dipertua MPP Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ghazali Ismail berkata, kajian yang akan dilakukan adalah untuk memastikan tidak timbul isu berat sebe-lah antara kedua-dua pihak.

"Lagipun kita masih belum melihat sendi-ri isi kandungan Akujanji itu," katanya.

Mereka berkata demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan dan dialog tertu-tup MPP IPTA dengan Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad di sini hari ini.

Para pelajar IPTA dijangka menandata-ngani Akujanji berkenaan pada semester baru yang akan bermula Mei ini.

Sementara itu YDP MPP Universiti Utara Malaysia (UUM), Shamshuhardi Basir pula bersetuju mengenai peraturan Akujanji tersebut.

Menurut beliau, melalui peraturan itu aktiviti pelajar boleh dikawal sekaligus dapat mengelak mereka terjebak dalam kegiatan yang tiada kaitan dengan akademik.

"Ini penting terutama kepada pelajar Melayu yang mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat dan secara tidak langsung peraturan itu membolehkan mereka memberi tumpuan te.rh.adap pelajaran," katanya.

Exco MPP UMS, Yeoh Keat Yew turut bersetuju dengan peraturan Akujanji tersebut tetapi meminta agar penjelasan terperinci diberi kepada semua pelajar.

"Pada masa ini kebanyakan pelajar mengetahui mengenai Akujanji berkenaan daripada akhbar-akhbar sahaja," katanya.

Exco MPP UKM, Heidar Hussein Mohd. Rashid juga berkata, beliau mengetahui mengenai Akujanji berkenaan daripada media massa.

"Kita tidak tahu sama ada hendak tandatangan atau tidak kerana masih belum mengetahui isi kandungannya," katanya.


Halaman Utama

 

Oleh:

Utusan Malaysia

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved