StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, February 26, 2002 7:44 AM

Mengapa Anwar sahaja jadi sasaran


(Ahmad Lutfi Othman mempunyai penilaiannya yang tersendiri mengenai Anwar Ibrahim, sama ada ketika menjawat jawatan Setiausaha Agung MPPUTM ataupun sebagai penulis bebas. Pandangan Lutfi tentang Anwar merupakan pengalaman peribadi yang lahir daripada sanubari pemimpin pelajar yang penuh dengan idealisme. Sebagai pemimpin yang lahir dari pentas gerakan Islam(ABIM), sudah tentu Lutfi mengharapkan Anwar memahami apa yang ingin diperjuangkan. Terutamanya mengenai isu purdah UTM,AUKU dan demonstrasi konsert Sheila Majid,UM.Tetapi sayangnya, Anwar di atas kapasiti Menteri Pendidikan tidak seperti yang diharapkan-ulasan penasakti2002@yahoo.com)

Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Buku "Anwar Lawan Ghafar"

Musuh tradisi Anwar Ibrahim, Sanusi Junid menafikan sekeras-kerasnya berita angin bahawa beliau terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan buku yang mengkritik Anwar, karangan Mohd Sayuti Omar, Anwar Ibrahim: Mimpi & Realiti, terbitan Tinta Merah, 1990. Antara hujah yang Sanusi berikan, kalau pun beliau terlibat dalam menaja buku takkan beliau begitu naif untuk mengedarkan sama kad nama isierinya dalam buku lersebut. Difahamkan buku Sayuti itu diedarkan percuma dalam perhimpunan agung yang menyaksikan pertandingan merebut tiga jawaian naib presiden, di mana Sanusi lurul menawarkan diri. Anwar, Abdullah Badawi dan Wan Mokhtar mempertahankan jawatan yang diwarisi dari kemenangan Umno (lama) 1987. Seorang rakan memberikan pandangan sinis: "Mungkin kad nama itu diedarkan sendiri oleh Sanusi supaya orang boleh percaya jika beliau menafikan pembabitannya selepas itu, itu pun satu taktik yang bijak juga." Bagaimanapun, penafian Sanusi itu tidak berjaya meredakan pasaran berita angin tentang permusuhan antara Sanusi dan Anwar. Sanusi selalu menyebut "Anwar pijak belakang kawan untuk naik ke atas".

Wajar juga kita meneliti buku Sayuti itu. Buku ini sernemangnya diterbitkan sempena pertandingan naib presiden Umno. Meskipun secara umumnya ia tidak menyarankan kepada perwakilan perhimpunan agung Umno supaya menolak Anwar tetapi paling kurang ia berusaha meyakinkan pembaca bahawa Anwar banyak kelemahan. Buku itu turut menyorot penyertaan Anwar ke dalam Umno, yang menimbulkan kontroversi di kalangan pendukung gerakan Islam. Keputusan Anwar untuk aktif dalam politik Umno dilihat sebagai, "menjilat kembali segala ludah-ludahnya sebelum ini. Beliau menjilat bersama tahi ayam dan segala macam najis yang berkumpul di air ludahnya itu. ... Anwar berubah dan musnah kerana wang dan kuasa!" Penulis menyifatkan kata-kata Anwar untuk memperbaiki Umno dari dalam sebagai, "tinggal kata-kata sahaja. Anwar tidak mampu berbuatapa-apa.... Sebaliknya yang berubah bukan sistem-sistem kehidupan, bukan sistem pemerintahan yang kufur itu, tetapi yang berubah ialah pemikiran, budaya dan peribadi

beliau sendiri.... Perubahan drastik yang amat ketara kepada Anwar ialah di segi pakaian. Sewaktu dalam ABIM pakaian Anwar sungguh bersopan sekali. ... Beliau (kini) lebih senang mengenakan kot, longsuit dan necktie."

Sayuti seterusnya mengaitkannya dengan pemecatan lapan orang siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana kesalahan mereka memakai purdah. "Anwar kini mula pandai berada di tengah-tengah majlis yang dikerumuni oleh bukan muhrim dan bersalam-salaman dengan perempuan tanpa alas. ... Sejak masuk Umno, bukan menyanyi sahaja, katanya menari tengo dan caca pun dia sudah pandai. ... Cerita Anwar menari ini sudah heboh ke serata Malaysia. Mungkin juga telah dirakam di video. ... Sehingga hari ini kita belum terdengar lagi, yang Anwar mengemukakan apa-apa cadangan untuk mengubah sistem pendidikan negara yang sekular kepada Islam yang berteraskan kepada iman, tauhid dan taqwa."

Tindakan Universiti Malaya yang menggunakan polis untuk menangkap dua orang pemimpin pelajarnya yang dikatakan mengetuai demonstrasi membantah konsert Sheila Majid, di bawah ISA, juga disentuh. Sayuti mempersoalkan tindakan Anwar membela Vijandran yang didakwa terlibat dengan video lucah. Anwar juga dikritik kerana sikapnya yang dikatakan egois dan memandang rendah orang lain, khususnya saingan terdekatnya.

Sayuti mengingatkan Anwar supaya "membukakan dirinya untuk dikritik dan sedia mendengar apa-apa teguran yang dibuat ke atas dirinya.... Anwar kena insaf dan sedar itu semua. Bila berada di atas jangan lupa orang yang di bawah. Kerana orang di bawahlah yang mengangkat orang yang di atas. Kalau orang di bawah tebang batang, orang di atas akan tersungkur ke perut bumi." Anwar disaran menambahkan lagi ilmu-ilmu Islam: "Anwar tidak sepatuinya merasakan bahawa dirinya kini sudah cukup sempurna dan ideal sebagai seorang tokoh Islam. Disebabkan kelemahan Anwar dalam soal ini menyebabkan Anwar masih kabur dan kurang mengerti definisi dan juga konsep-konsep Islam sebenar."

Sayuti secara tidak langsung menonjolkan dirinya sebagai pengikut Darul Arqam: "Anwar patut berjumpa dengan Ustaz Ashaari seperti dahulu, bermuzakarah dan berbincang dengan beliau." Beliau mencadangkan Anwar menggadaikan rumah besarnya untuk perjuangan Islam. Katanya, "tabung jihad perlu diisi oleh orang-orang seperti Anwar, bukan petani di kampung yang berpendapatan seringgit dua ringgit sehari". Selanjutnya Sayuti mencadangkan, "daripada pakai talileher lebih baik pakai kopiah macam dulu. Orang pun baru sedap hendak suruh Anwar jadi imam sembahyang. Anwar juga tidak payahlah bersalam dengan perempuan ajnabi. Itu semua haram. Seorang pemimpin Islam sangat lakut kepada dosa kecil, apa lagi dosa-dosa besar. Jadi, kalau hari-hari Anwar duduk jamah tangan perempun bukan muhrim di depan khalayak umum, apakah hendak kita katakan kepada Anwar." Istilah "ekstrim" yang Anwar hubungkan dengan pendakwah hendaklah difikirkan kembali, kata Sayuti.

Sayuti menyifatkan stail dan budaya Anwar sebagai "budaya untuk membuncitkan perut sendiri". Dikatakan dalam kerjaya politiknya, Anwar banyak memikir dan menyusun strategi untuk kepentingan dirinya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau lebih memikir serta mencaturkan macam mana hendak menguasai Umno, daripada memikir macam mana hendak mengubahkan dasar pendidikan negara yang lebih kemas dan mengikut keredhaan Allah. ... Tindakan Anwar membuat klik dan menyusun kemnya

Tidak dapat dinafikan. Paling ketara berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (Ul A). Mana-mana individu di UlA yang bercakap politik tidak memihak kepada Anwar akan dikenakan tindakan. Sesiapa sahaja yang menyokong parti-parti pembangkang akan dipanggil dan diberi kata dua. Pelbagai penekanan dan tindakan akan dibuat walaupun kesalahan yang dilakukan itu di luar bidang kuasa universiti.... menyebabkan sesetengah pihak menganggap UIA itu ialah Universiti ABIM. Langkah pembersihan yang dilakukan itu bukan sahaja terbatas di universiti ataupun institusi pengajian tinggi tetapi turut terlibat ke jabatan-jabatan lain yang dikuasai oleh Kementerian Pendidikan."

Menurut Sayuti lagi, Anwar juga menguasai beberapa jabatan dan institusi lain termasuk Biro Tata Negara. "Anwar dikatakan telah menggunakan pegawai tertentu di biro berkenaan untuk kepentingan politiknya. Dalam mengejar pangkat, Anwar bukan hanya terbatas setakat itu sahaja. Beliau turut mengamalkan budaya samseng dan korupsi. Anwar sudah tidak dapat mengecualikan dirinya daripada turut sama menggunakan taktik-taktik kotor termasuk menggunakan wang seperti kebanyakan pemimpin Umno. Keadaan ini juga boleh meragukan kita semua bolehkah Anwar berjuang menghapuskan kezaliman, rasuah dan ketidakadilan yang dilaung-laungkan selama ini sedang apa yang berlaku di sekelilingnya sendiri pun dia tidak dapat mengatasinya." Sayuti mengaitkan Anwar dengan skandal kewangan yang didakwa telah dilakukan oleh dua orang kepercayaannya: "Anwar dikatakan lelah menasihat kedua pegawainya itu meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Salah seorang yang dipecat katanya berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran. Kedua orang harapan Anwar ini dikatakan terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan ribu ringgit. Mereka telah menggunakan kedudukan Anwar untuk mempengaruhi syarikat berkenaan.... Orang boleh meragui akan sejauh mana kejujuran dan kesungguhan Anwar dalam membanteraskan penyelewengan serta politik kotor dalam Umno."

Satu lagi stail yang didakwa lumrah pada Anwar ialah "suka mengembar-gemburkan sesuatu yang berhubung dengan dirinya. Anwar suka mengheboh-hebohkan, kononnya, apa yang beliau lakukan itu yang paling baik dan tidak boleh dibuat oleh pemimpin-pemimpin lain. Politik masuk bakul angkat sendiri ini telah menjadi amalan Anwar sejak dalam ABIM dulu lagi. ... Anwar juga mengamalkan budaya tinggal kawan dalam politiknya. Beliau hanya menggunakan seseorang itu semata-mata untuk kepentingannya sahaja.... lanya tak ubah seperti stail dan budaya politik Musa Hitam." Dalam mempersoalkan kemampuan Anwar melaksanakan Islam, Sayuti mempertikai kedudukan Umno dalam perjuangan Islam itu sendiri. Anwar juga dikritik kerana tidak mempunyai asas pendidikan Islam yang sempuma, yang hanya lulus dalam bidang Pengajian Melayu, Universiti Malaya: "Beliau bukan seorang yang hafal hadith. Kalau ada pun pengetahuan agama itu didapali secara membaca dan bukannya melalui pengajian khusus dalam bidang pentadbiran Islam. ... Siapakah guru Anwar? Siapakah yang menjadi model dan ikutan Anwar? Kita tidak tahu. Cuma apa yang kita dengar Anwar mempunyai ramai kawan-kawan dari orientalis Barat"

Melalui buku Anwar Ibrahim: Mimpi & Realiti itu, penulis merumuskan Anwar tidak mempunyai identili dan wibawa sebagai seorang pejuang Islam? Anwar juga didakwa gagal membela nasib umal Islam di Pulau Pinang, tempat kelahirannya: "Sewaktu beliau baru masuk Umno dulu, beliau bukan main lagi bersemangat unluk membela dan mempertahankan kuasa Melayu di Pulau Pinang. Tetapi kini semangat dan cita-citanya itu sudah hilang entah ke mana. Beliau tidak lebih dari menyaran dan melaungkan sahaja tetapi tidak pandai untuk berfikir bagi mengatasi apa-apa yang beliau sarankan itu." Ciri-ciri seorang Muslim seperti sentiasa bercakap benar, jujur dan tidak mungkir janji, yang seharusnya menjadi keperibadian Anwar dipersoalkan: "Apakah beliau tidak pernah berbohong? Tidak berdolak-dalik dalam sesuatu isu? ... Kita tidak tahu sudah berapa banyak Anwar berbohong. Paling ketara mengenai Akta Universiti. Sudah berapa kali Anwar berjanji hendak pinda atau mansuhkan akta berkenaan, tetapi sampai ke hari ini setitik nokhtah ataupun sepatah perkataan dalam akta berkenaan tidak terusik."

Demikianlah antara lain catatan yang menarik Sayuti Omar yang sempat saya nukilkan kembali, untuk renungan bersama. Saya tidak berhasrat membual komentar melulu terhadap penulisan Sayuti itu. Sewajamya kita semua menghargai setiap pandangan dan teguran, mana yang baik dibuat teladan. Sayuti berhak mengemukakan kritikan, hatta kecaman kepada Anwar. Mungkin ada antara pandangan Sayuti itu yang agak keterlaluan, tetapi itu bukan satu alasan untuk penyokong-penyokong Anwar menolak semua kandungan buku tersebut. Anwar telah diakui sebagai tokoh yang menarik dan boleh membuat orang ramai memberikan tumpuan kepadanya. Sementelahan pula Anwar kini berada di barisan depan kepimpinan negara. Anwar adalah menteri kanan dalam kerajaan.

Kadang-kadang tugas yang diamanahkan oleh Dr Mahathir kepadanya lebih berat dari apa yang diberikan kepada Ghafar Baba. Ini bermakna tanggungjawab Anwar semakin berat. Tugas memimpin negara tidak boleh sama sekali dipandang mudah. la perlukan teguran dan pandangan-pandangan lain, walaupun agak pedih untuk diterima, seperti apa yang dilakukan oleh Sayuti itu. Sayuti mungkin membuat banyak kesilapan dalam analisanya, tetapi sebagai pemimpin yang sedang membina pengaruh tersendiri dalam Umno, Anwar harus berjiwa besar, berlapang dada, akur dengan kesilapan dan kesalahan.

Bagaimanapun kita tidak harus lupa, bukan Anwar sahaja yang mesti dikritik, yang mesti dihentam, yang mesti dimarahi, yang mesti ditegur apabila melakukan kesalahan dan kesilapan. Setiap pemimpin Umno, terutamanya di peringkat tertinggi mesti sentiasa dinilai dan dimuhasabah. Tidak wajar kita hanya menumpukan kepada Anwar sahaja; Dr Mahathir, Ghafar Baba, Abdullah Badawi, Sanusi Junid dan pemimpin-pemimpin lain juga mesti diperiksa. Mungkin ada pihak yang memberikan alasan bahawa pemimpin-pemimpin lain itu tidak banyak bercakap tentang Islam atau tidak pernah membuat kenyataan terbuka untuk memperjuangkan Islam seperti yang selalu disebu toleh Anwar. Alasan seumpama itu tidak mempunyai asas langsung. Benar, Anwar dikenali di seluruh dunia melalui perjuangan Islamnya dalam ABIM dahulu. Tetapi ini tidak bermakna pemimpin-pemimpin lain boleh dilepaskan begitu sahaja. Apakah selama ini Ghafar Baba mempunyai perancangan yang menyeluruh terhadap perkembangan perlaksanaan Islam di Malaysia?

Apakah kita boleh melupakan ucapan-ucapan yang mempersenda-sendakan Islam oleh pemimpin-pemimpin utama kerajaan? Apakah sepanjang pembabitan Abdullah Badawi dalam polilik, beliau meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya? Begitu juga dengan Sanusi Junid. Semua kita akan dihisab di akhirat tentang segala amalan yang kita lakukan di dunia ini, tidak kira kita siapa. Baik Anwar, atau Sanusi, mahupun Ghafar dan Abdullah Badawi lidak akan terlepas dari dipertanggungjawabkan di atas segala usaha dan kerja yang mereka lakukan sepanjang diamanahkan memerintah Malaysia.

Saya berminat untuk mengulas beberapa pandangan Sayuti terhadap Anwar terutama yang berkaitan dengan pembabitan diri saya sendiri dengan isu-isu tersebut. Pertama mengenai isu pemecatan pelajar-pelajar UTM yang memakai purdah. Di waktu itu, bermula akhir tahun 1985, saya diamanahkan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (PMUTM) dan mengendalikan isu purdah ini secara khusus. Saya mengetuai satu jawatankuasa yang dibentuk bagi menentang perlaksanaan arahan melarang pelajar-pelajar UTM memakai pakaian yang menutup muka. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) telah menunjukkan kepada saya keputusan mesyuarat antara Menteri Pelajaran, Datuk Abdullah Ahmad Badawi dengan semuaTNC universiti-universiti tempatan dan Dekan HEP Insrtitut Teknologi MARA. Mesyuarat memutuskan bahawa purdah diharamkan pemakaiannya di kampus. Saya masih ingat, istilah yang digunakan ialah "purdah" dan "haram", bukan "menutup muka" dan "larangan".

Bersama rakan-rakan pemimpin PMUTM saya berusaha membantah arahan ini melalui jalan rundingan. Sepanjang ingatan saya, kami berjumpa semua pihak yang terbabit, sama ada secara langsung atau udak langsung. Pelajar-pelajar UTM berdiri teguh di belakang kami; lebih kurang tiga ribu tanda tangan terjaya kami pungut untuk kami sampaikan kepada Datuk Abdullah Badawi.

Pertemuan dengan Datuk Abdullah Badawi berjalan dengan baik dan mesra sekali. Kami diberikan jamuan yang agak enak dan mewah. Semasa makan, seorang rakan mengusik Datuk Abdullah: "Selalunya Menteri Pelajaran adalah antara jawatan terakhir yang disandang oleh calon Timbalan Perdana Menteri."

Datuk Abdullah tersenyum mesra dan menjawab: "Mungkin saya antara Menteri Pelajaran yang tidak akan ditawarkan jawatan itu."

Apabila perbincangan dibuka, saya mendahulukannya dengan meminta Datuk Abdullah menyelesaikan isu purdah. Selepas saya memberikan hujah-hujah berdasarkan tuntutan Islam dan faktor keselamatan, Datuk Abdullah mencelah sedikit memberikan pandangan. Kami memberi pandangan balas yang bercanggah dengannya. Datuk Abdullah menerima pandangan kami itu, setelah berbahas pendek. Saya sedikit terkejut. Kami menjangkakan isu purdah ini akan mencetuskan polemik panjang, tetapi Datuk Abdullah dengan wajahnya yang mesra mengambil keputusan yang mengejutkan. Beliau berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan baik dan berusaha memanggil semula pelajar-pelajar yang telah dipecat itu.

Saya yang ketika itu memegang sampul surat besar yang mengandungi tanda tangan pelajar-pelajar UTM yang membantah pemecatan tersebut agak segan menyerahkannya kepada Datuk Abdullah. Sebelum majlis bersurai, Datuk Abdullah bertanyakan apa yang saya bawa itu. Jadi, secara tidak formal saya menyerahkan sampul surat berkenaan, dengan disusuli jaminan beliau untuk meneliti kandungan bantahan tersebut. Sesungguhnya penemuan pertama dengan Abdullah Badawi itu meninggalkan kenangan yang manis; tiada sebarang pertelagahan dan segala urusan perbincangan berjalan dengan baik. Sama ada Abdullah Badawi ingin memenangi hati kami, itu bukan soalan besar, yang penting, kami semua merasakan caranya menangani masalah tersebut, di hadapan kami, boleh dihargai

Selang beberapa lama selepas pertemuan itu, saya dipanggil oleh TNC (HEP) ke-pejabatnya. Agak hairan juga saya apabila diberikan ucapan tahniah oleh TNC rupanya perjuangan kami selama ini membantah arahan melarang pemakaian berjaya separuh jalan. Apa yang saya maksudkan "separuh jalan" ialah kerana atasan bersetuju membenarkan pelajar-pelajar yang telah dipecat, yang kebanyakannya di tahun akhir pengajian, menyambung kembali pelajaran mereka, tetapi pelajar-pelajar masih belum berpurdah tidak dibenarkan memakai purdah selepas itu. Saya terus membuat kenyataan akhbar mengalu-alukan langkah tersebut Akhbar Watan menyifatkan tindakan itu sebagai tugas terakhir Abdullah Badawi yang dilaksanakan dengan cukup baik,

Bagaimanapun harapan kami dan pelajar-pelajar purdah tadi khususnya, apabila "arahan tidak bertulis" dari Abdullah Badawi itu, entah di mana silapnya tidak dilaksanakan. Dan apabila Anwar menerajui Kementerian Pelajaran, setelah dua pertemuan antara pimpinan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dengannya diadakan, isu pemecatan pelajar purdah ini berlalu begitu sahaja. BBMN yang menggabungkan kepimpinan tertinggi Persatuan Mahasiswa Universiti-universiti (PMU) hanya diberi janji-janji manis oleh Anwar, tetapi sayangnya janji tinggal janji. Apakah Anwar terlalu lemah memanggil semula puluhan pelajar-pelajar (termasuk UPM) yang dizalimi hanya menutup muka mereka dengan secebis kain? Mungkin saya antara orang yang paling sedih apabila mengenangkan usaha Anwar dalam menangani isu ini; beliau seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa. Tetapi yang menimbulkan persoalan besar, dalam kes di UTM mengapa arahan baru dari Abdullah Badawi itu tidak boleh dilaksanakan? Say melihat draf cadangan peraturan baru yang dipersetujui oleh Abdullah Badawi itu. Walaupun dalam banyak hal lain saya menghormati Anwar, tetapi jika merujuk isu pemecatan purdah di UTM, jelas Anwar begitu lemah dan janjinya dimungkiri. Ada pihak menyifatkan tindakan Anwar itu didorong oleh rasa segannya kepada Dr Mahathir yang mempunyai sikap tersendiri dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pakaian wanita ini.

Persoalan kedua ialah mengenai Akta Universiti. Seperti kata Sayuti, saya akui memang Anwar berjanji, dengan ramai pihak, bahawa beliau akan meminda Akta universiti dan memberikan kelonggaran kepada gerakan pelajar untuk menjalankan aktivitti yang lebih matang. Dalam pertemuan-pertemuan dengannya, Anwar hanya meminta pemimpin pemimpin pelajar menyediakan draf cadangan pindaan tersebut seolah-olah selama ini Anwar tidak mengetahui di mana cacat dan celanya akta keramat itu. Walhal mengetahui, secara meluas, bagaimana penentangan Anwar sejak Akta itu diperkenalkan pada tahun 1971 dan kemudiannya dipinda dalam tahun 1975. Melalui akhbar kita dimaklumkan Anwar selalu menasihati naib-naib canselor supaya memberikan kelongaran kepada gerakan pelajar, tetapi memadaikah hanya dengan nasihat, sedangkan peraturan yang telah dimaktubkan jelas mengikat dan mengongkong penghuni kampus. Benarlah seperti telahan Sayuti, akan terakam dalam sejarah bahawa Anwar hanya pandai memberi janji dan jaminan, sedangkan Akta itu sedikit pun tidak terusik. Saya difahamkan, menjelang penukarannya ke Kementerian Kewangan, sebuah persatuan pelajar telah mengedarkan poster saiz A4 yang mencataikan "Akta Universiti: Anwar Pembohong!"

Persoalan ketiga ialah penangkapan dua orang pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang didakwa mengetuai demonstrasi menentang Konsert Sheila Majid pada 10 September 1989 di hadapan Dewan Tunku Canselor. Yang paling mengaibkan ialah penangkapan itu dilakukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pihak polis digunakan untuk menyuraikan bantahan tersebut. Hampir 20 orang ditangkap dan sebahagian besar yang lain didakwa di hadapan mahkamah universiti. Kesemua mereka didenda lebih RM7,000 oleh pihak universiti. Ketika itu Naib Canselor Universiti Malaya ialah rakan karib Anwar, Dr Syed Hussein Alatas. Difahamkan beliaulah yang meminta kerjasama pihak polis, termasuk Unit Tindakan Ringan masuk ke dalam kampus dan merempuh barisan mahasiswa/i yang terlibat dalam bantahan itu.

Semasa perhimpunan agung Umno 1989, ada perwakilan Umno yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan menggunakan ISA ke atas pelajar. Yang mengejutkan ialah kenyataan Anwar, yang menyanggah fakta yang sudah jelas ini. Anwar menyifatkan berita itu sebagai fitnah akhbar pembangkang, Harakah. Saya sendiri yang turut ditahan pada 25 September, kerana didakwa menghasut pemimpin-pemimpin PMIUM tersebut, juga di bawah ISA, menghela nafas panjang mendengar penafian Anwar itu. Lagi sekali, Anwar berbohong! Saya mempunyai cukup bukti tentang penahanan mereka di bawah ISA dan kisah operasi pihak polis untuk menangkap dua orang lagi pemimpin tertinggi PMIUM, tetapi gagal.

Mengenai hal-hal lain yang disentuh oleh Sayuti, contohnya isu pakaian, rasanya pembaca mempunyai pandangan yang berbeza dengan Sayuti. Saya juga begitu. Soal bentuk pakaian tidak patut ditimbulkan sekiranya ia telah menutup aurat. Ramai pembaca yang ketawa membaca analisa Sayuti itu. Kata mereka, "bukankah lebih elok dilihat, isteri pemimpin manakah yang tidak menutup aurat dengan sempurna? Apakah isteri Abdullah Badawi menutup aurat?" Bagaimanapun saya bersetuju dengan ingatan Sayuti mengenai adat bersalaman tidak kira dengan wanita mana sekalipun. Perkara ini memang nampak kecil letapi ia melambangkan komitmen seseorang dengan penghayatan Islamnya. Sebagai pemimpin besar Anwar akan lebih dihormati sekiranya menjaga perkara-perkara yang dilihat kecil tetapi mempunyai ketetapan yang jelas menurut Islam. Lagi pun perlu apa Anwar bersalam dengan wanita bukan muhrimnya? Apa faedah yang Anwat dapat? Apakah tidak bersalam dengan wanita bukan muhrim akan menunjukkan Anwar seorang fanatik agama? Tetapi, bagaimana pula dengan menteri-menteri lain? Apakah Sanusi atau Abdullah Badawi tidak bersalam dengan wanita bukan muhrim? Apakah Sanusi menjaga batas-batas pergaulannya selaras dengan ajaran Islam? Kenapa dalam hal-hal berkaitan hukum agama, pergaulan kita hanya ditumpukan kepada Anwar? Apakah pemimpin-pemimpin Umno lain terlepas dan azab Allah di hari akhirat nanti? Tentunya tidak, oleh itu penilaian kita biarlah adil dan merata.

Kalau Anwar dikatakan mempunyai rumah besar, tengoklah sama rumah pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain. Jangan hanya tinjau dari luar, tinjaulah apa isi rumah-rumah lersebut? Apakah salah berumah besar kalau ia dibina dari punca rezeki yang halal? Kita akui bahawa adalah lebih baik tokoh yang selalu bercakap untuk mengurangkan kemiskinan dan selalu bercakap tentang keadilan, seperti Anwar, mempunyai rumah yang tidak jauh berbeza dengan rakyat kebanyakan. Tetapi dengan rumah sepertinya rumahnya sekarang, rasanya ia bukan sesuatu yang patut dijadikan isu dalam percaturan politik Umno.

Kalau Anwar tidak berjaya menunaikan penegasannya untuk mengurangkan kemiskinan, menghapuskan pembaziran, menyeret mereka yang rasuah ke pengadilan; bagaimana komitmen Sanusi alau Ghafar atau Abdullah Badawi dalam hal ini? Bersungguh-sungguhkan mereka ini menentang kemungkaran dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan? Benar, yang diamanahkan ialah Anwar dan Anwar mesti dipertanggungjawabkan di atas segala kecuaiannya, tetapi pemimpin-pemimpin lain tidak boleh melepaskan tangan. Kerajaan ditadbir secara kolektif. Kalau Anwar merasmikan Pesta Malaysia, yang jelas memupuk aktiviti maksiat, apakah Sanusi atau Abdullah Badawi bersikap tegas tidak melayani pesta budaya murahan seumpama itu?

Saya juga bersetuju dengan masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang kepercayaan Anwar. Anwar mesti mengambil perhatian serius hal ini, silap-silap langkah orang-orang di kiri-kanannya inilah yang akan merosakkan masa depan Anwar. Sikap angkuh dan egois mereka boleh memalapkan sinar Anwar apalah lagi jika kenyataan-kenyataan iu merujuk kepada batang lubuh Anwar sendiri.

Lihatah bagaimana kenyataan Nasaruddin Abdul Jalil, bekas Setiausaha Sulit Anwar menjelang pertarungan April 1987: "He (Anwar) may have only a degree in Malay studies, but he knows more about Islam than many other people.... Do you know of anyone else who can face PAS men at a public forum and debate openly on religious matters. ... The number of ABIM members in Umno is less than one per cent, but we are a significant group because we work hard.... In politics, you don' t mark your time. You must move quickly when you see an opportunity."


Halaman Utama

 

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved