StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Sunday, March 31, 2002 12:57 PM

USM larang pelajar sertai kempen


Berita Harian, Jumaat 15 Mac 2002

GEORGETOWN, Khamis -

Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengingatkan pelajarnya tidak terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Pahang.

Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar), Datuk Profesor Madya Jamaludin Mohaiadin, berkata notis itu sudah dikeluarkan kepada semua persatuan pelajar yang mengingatkan mereka tidak terbabit dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan kempen parti politik.

"Kami tidak mahu melihat peristiwa membabitkan penuntut USM dalam pilihan raya kecil Indera Kayangan, Perlis berulang," kata-nya selepas majlis pelancaran Ekspedisi Trans Titiwangsa, di USM hari ini.

Sementara itu, beliau gembira polis tidak mendakwa keempat-empat pelajar USM itu selepas dikatakan menceroboh bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Indera Kayangan.

"Saya berharap isu ini sudah selesai sekarang," katanya.

Keempat-empat penuntut berkenaan dihadapkan ke lembaga disiplin USM dan setiap seorang diberi amaran atas dakwaan terbabit dalam pilihan raya itu.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved