StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Demonstrasi Pelajar universiti anti hiburan?


Utusan Malaysia

Ini mencetuskan kebimbangan banyak pihak kerana kecenderungan ini kelihatan usaha untuk membantah acara hiburan secara total oleh kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Persoalannya apakah mereka realistik dengan banyak cabaran di sekeliling mereka selain melihat hiburan sebagai faktor yang merosakkan moral remaja?

Apakah ini memperlihatkan kalangan pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi tidak mempunyai agenda untuk diperjuangkan? Lalu memilih isu remeh yang memberikan gambaran mereka anti kepada hiburan secara total.

Demontrasi antihiburan ini bukan perkara baru. Kalangan pelajar pernah membantah konsert Sudirman di UKM, Bangi pada pertengahan 80-an dulu. Kemudian diikuti dengan banyak lagi demontrasi termasuk persembahan M. Nasir di Perdana Siswa Universiti Malaya pada pertengahan 90-an.

Presiden Majlis Persatuan Hiburan (Mahkota), A. Rahman Hassan berkata, kecenderungan sesetengah pihak yang cuba menghalang perkembangan budaya kerana ketidakfahaman mereka.

Beliau menggesa pihak terbabit agar tidak menekan pengamal industri hiburan negara ini dengan ancaman mengadakan demonstrasi dan sebagainya.

"Amalan demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak yang menggunakan isu Islam membuatkan orang luar memandang ajaran agama Islam sebagai sempit,'' kata Rahman.

Rahman menjelaskan, sekarang ini aktiviti yang bertentangan dengan Islam dalam sesetengah amalan bercirikan kebudayaan telah dibuang.

"Amalan yang boleh membawa kepada khurafat di dalam main petri, kuda kepang dan makyung misalnya telah tiada dalam mempersembahkannya sekarang,'' kata Rahman lagi.

Beliau sememangnya sedar sekarang ini banyak pihak menggunakan isu agama untuk menghalang penganjuran sesuatu acara bercorak hiburan.

"Tidak salah mereka menghalang sesuatu persembahan budaya luar yang dikhuatiri boleh merosakkan,'' katanya.

Tetapi pada masa yang sama beliau menegaskan, penganjuran aktiviti hiburan juga boleh menjadi benteng menghalang remaja melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

"Seni itu perlu untuk mewarnai kehidupan kita,'' kata A. Rahman lagi.

Pihaknya sedia berbincang dengan pihak yang menganggap penganjuran aktiviti hiburan sebagai pembawa kepada kemudaratan.

Sementara itu Penasihat Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Zaeinal Abidin Omar berkata, setiap individu memerlukan hiburan di dalam kehidupan mereka.

"Hanya orang yang tidak waras sahaja akan menolak hiburan,'' jelasnya mengulas mengenai isu berkaitan. Bagaimanapun Zaeinal berkata, pihak yang waras juga tidak mengizinkan aktiviti hiburan yang melampau.

Menurut Zaeinal, tidak wajar bagi pihak berkenaan untuk memaksa semua orang supaya menolak hiburan secara total di negara ini.

Golongan pelampau agama juga menurutnya tidak berhak untuk menyekat kemajuan industri hiburan di negara ini sehingga menyebabkan perkembangan kesenian dan kebudayaan terbantut.

Beliau yang menyelar tindakan seperti itu berkata, adalah sesuatu yang tidak logik untuk memaksa semua pihak supaya meminggir hiburan kerana setiap manusia mempunyai naluri yang berbeza.

"Ada orang yang suka menghabiskan masa di dalam gua untuk membuat amal ibadat dan kita tidak menghalang. Tetapi golongan seperti ini tidak boleh memaksa semua orang untuk membuat ibadat seperti mereka dan meminggirkan perkara berkaitan dengan kehidupan,'' jelasnya lagi.

Jelasnya, banyak pihak yang sememangnya menolak nilai-nilai melampau yang dibawa dalam persembahan hiburan tetapi mereka bersikap terbuka menerima hiburan yang sihat.

Allahyarham Sudirman misalnya tidak pernah lupa menyelitkan nilai-nilai patriotik dalam setiap persembahan sama ada dalam atau luar negara. Tetapi Sudirman juga menjadi mangsa kepada pelajar yang bersikap melampau menolak hiburan.

Isu seperti ini memperlihatkan sesetengah dari kalangan generasi pelajar institusi pengajian tinggi tidak realistik melihat cabaran-cabaran yang lebih besar daripada konsert hiburan.

Mereka tentunya tidak pernah terfikir siapakah yang akan mengisi Koridor Raya Multimedia (MSC), E-Village dan sebagainya yang menuntut kepakaran yang tinggi.

Apakah mereka sanggup melihat orang luar memanfaatkan teknologi kerana masa remaja mereka telah dihabiskan dengan perjuangan remeh anti hiburan.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved