StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Thursday, February 7, 2002 4:38 PM

Biro Mahasiswa Keadilan kritik Biro Mahasiswa UMNO


PULAU Pinang: Jurucakap Biro Belia dan Mahasiswa
Pemuda keADILan yang ditemui di sini mengingatkan
kerajaan dan Pergerakan UMNO agar menghormati hak
gerakan mahasiswa mengambil pendirian mengenai dasar kerajaan.

Beliau mengulas hukuman yang dijatuhkan ke atas
sekumpulan pelajar USM yang dituduh 'memalukan
universiti' kerana menyertai perhimpunan aman
membantah Sekolah Wawasan dan kempen mansuh ISA.

Menurut beliau, di dalam sebuah masyarakat yang matang amalan demokrasinya, gerakan pelajar diberi kebebasan untuk mengambil pendirian kerana mereka adalah pewaris tampuk kepimpinan negara.

"Malah, di negara-negara lain, gerakan mahasiswa bebas mengambil pendirian partisan sekalipun - kerana
pemerintah memberi pengiktirafan kepada kematangan
mereka membuat keputusan," jelas beliau lagi.

Beliau juga membidas kegilaan Biro Pendidikan Pemuda
UMNO yang kini seolah-olah berfungsi hanya untuk
melakukan 'witch hunt' - iaitu memburu mahasiswa dan
pensyarah yang kononnya 'menentang' pelajar.

"Malang sekali apabila Dr. Adham Baba (Pengerusi Biro
Pendidikan Pemuda UMNO) tidak dapat membezakan di antara pendirian partisan dan perbezaan pendapat
gerakan mahasiswa," kata beliau lagi.


Setakat ini, Pemuda UMNO sudah menyerahkan nama-nama pensyarah dan mahasiswa yang dituduh bertindak menentang kerajaan. Sementara itu di luar negara, Kelab-kelab UMNO diketahui umum mengumpul nama pelajar yang mereka tuduh 'anti kerajaan'.

"Pemuda keADILan percaya kepada kematangan mahasiswa, oleh itu jika kita mahu mendapat sokongan dan keyakinan mereka, wadahnya adalah diskusi intelek - bukannya peras ugut seperti Pemuda UMNO," sindir
beliau.

Beberapa orang pemimpin keADILan termasuk ahli MPT Saudara Cheah Kah Peng dan Saudara Liau Kok Fah (EXCO Pemuda) turut sama memberi sokongan moral di pintu masuk USM di sini kepada sekumpulan pelajar yang dibicarakan untuk dikenakan tindakan tatatertib.


Halaman Utama

 

Oleh:

Laman Web

Pergerakan

Pemuda

Keadilan Pusat

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved