StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, February 26, 2002 7:47 AM

Pilihanraya Kampus diragui ketelusan Perlaksanaannya


Oleh: MOHD ZAIDI AZIZ

Presiden PKPIM 2001/2002

27 N0VEMBER 2001

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) menyanjung tinggi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau perjalanan pilihanraya kampus daripada gangguan pihak luar,kumpulan tertentu dan unsur-unsur kepartian.

Namun demikian PKPIM melihat wujudnya keraguan dalam pelaksanaan peraturan pilihanraya kampus yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun ini.

Ini terbukti dalam laporan Utusan Malaysia halaman 1 bertarikh 27 November 2001 yang menyatakan dengan jelas kumpulan proaspirasi kerajaan menang di enam IPTA dengan merujuk kepada UUM, UiTM, Unimas, UMS, KUIM dan KUiTTHO.

Laporan tersebut turut menyatakan " sebanyak 27 kerusi yang dipertandingkan di UUM, 36 kerusi (UiTM), 11 kerusi (Unimas), 23 kerusi (UMS), 11 kerusi (KUIM), dan 21 kerusi (KUiTTHO) dimenangi oleh calon-calon berkenaan yang turut menolak perjuangan politik kepartian berbau pembangkang."

Kenyataan lain yang turut disiarkan " Ini kerana kempen pilihanraya sesi 2000/2001 lalu di cemari dengan campur tangan pihak luar sehingga membawa kepada kekalahan, kepada calon yang menyokong aspirasi kerajaan."

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya kumpulan-kumpulan tertentu yang mengganggu perjalanan pilihanraya kampus. PKPIM turut berpandangan bahawa daripada kenyataan yang disiarkan ini menunjukkan peraturan yang dibuat pada pilihanraya kali ini adalah bagi kepentingan kumpulan tertentu yang didalangi oleh pihak -pihak yang merasakan mereka telah hilang sokongan daripada mahasiswa.

Justeru PKPIM menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Jawatankuasa Pilihanraya Kampus yang dipengerusi sendiri oleh Timbalan Naib Canselor HEP, Kementerian Pendidikan dan Pegawai Keselamatan supaya melihat kembali peraturan yang telah dibuat dan mengkaji pelaksanaannya disemua kampus.

Kesimpulannya PKPIM melihat bahawa peraturan yang dibuat pada tahun ini adalah untuk kepentingan kelompok tertentu yamng merasakan kedudukan mereka telah tergugat. Ini berdasarkan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia dan sebenarnya bukan datang daripada suara mahasiswa yang tulen.Sepatutnya pilihanraya kampus ini perlu dijalankan dalam suasana demokrasi sejajar dengan hasrat yang diinginkan oleh seluruh masyarakat. Kesannya adalah kepada generasi muda hari ini yang sudah diajar akan kebobrokan nilai sehingga tidak mustahil akan dibawa keluar kampus.

MOHD ZAIDI AZIZ

Presiden PKPIM 2001/2002


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved