StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, March 15, 2002 11:40 PM

PTPTN wajar hapus caj empat peratus


Thursday, March 14 @ 16:22:24 MYT

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan kos perkhidmatan empat peratus oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajar dihapuskan kerana ia tidak berlandaskan tolenrasi serta mengutamakan keuntungan.

Penolong Setiausaha Agung PTPTN, Saiful Khairi Kamaruddin berkata, jika ia terus dikenakan oleh PTPTN, badan itu akan dilihat seperti menjalankan urusan perniagaan dan bukan menjaga kebajikan pelajar sepenuhnya.
Beliau turut meminta Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa membuat kajian yang melibatkan penghapusan caj perkhidmatan sebanyak empat peratus.

"Pendidikan bukanlah suatu barang dagangan yang boleh meraih keuntungan terlalu tinggi oleh mana-mana pihak sehingga tidak mengutamakan prinsip kebajikan masa depan generasi muda negara ini," katanya.

Tambah beliau, adalah tidak wajar caj empat peratus yang perlu dibayar selepas tamat pengajian atau semasa bekerja diteruskan kerana mereka (pelajar) akan dibebani dengan pelbagai hutang yang terpaksa diselesaikan.

"Kesannya, segala bentuk komitmen yang mereka curahkan dalam membangunkan negara, akhirnya terbantut kerana pelbagai bebanan dan tekanan yang mereka hadapi semasa bekerja," ujarnya.

PKPIM juga katanya, meminta PTPTN bersikap lebih terbuka dan tolenrasi dalam menyelesaikan kebajikan kewangan pendidikan pelajar.

"PTPTN seharusnya tidak melihat graduan dengan segulung ijazahnya boleh memperolehi gaji yang tinggi dengan mengambil kesempatan mengenakan sistem yang tidak sewajarnya ke atas mereka," katanya.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved