StatTrack
free web hosting | website hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Wednesday, January 30, 2002

Benarkah tuduhan keatas JONAH Konspirasi semata?


Pada mulanya PenaSakti hampir percaya bahawa tuduhan ke atas Jonah atau Kharul Anuar Ahmad Zainudin(bekas pelajar tahanan ISA)adalah konspirasi untuk memerangkap aktivis pelajar itu semata.

Tetapi apabila PenaSakti melihat sendiri dengan mata
kepala gelagat dan kelakuan Jonah,penilaian semula apa yang diperkatakan oleh pemimpin pelajar itu difikir
semula.

Pertama; Jonah menafikan terlibat dengan gerakan
kepartian khususnya parti Keadilan. Tetapi pengalaman
PenaSakti di Indera Kayangan, di dapati, Jonah
terlibat dalam gerak kerja jentera BA khususnya di
Bilik gerakan Parti Keadilan di Jalan Seruling dan
Pengkalan Asam. Di Jalan Seruling, Jonah telah
memasuki bilik gerakan itu, diikuti dengan Wan Azizah
Wan Ismail, selepas Presiden Parti itu selesai
mengadakan ceramah. Buat apa Jonah berada di situ
selama 10 hari.

Kedua; Jonah menafikan terlibat dalam gerak kerja
reformasi sama ada lisan atau tulisan. Pengalaman
PenaSakti menyaksikan Perhimpunan Memorandum Rawatan DSAI,tahun lalu, Pena dapati, tokoh yang berucap mewakili aktivis mahasiswa IPTA adalah Jonah sendiri. Begitu bersemangat sekali pidatonya. Pena sendiri kagum dengan kebolehan yang jarang terdapat di kalangan siswa Melayu. Jonah juga terlibat secara
serius dalam UBU, FRAKSI dan Gerakan Mahasiswa Lantang Negara. Jonah sendiri dijemput oleh UPPIKD untuk menyampaikan ceramah politik semasa di salah sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Berikut wawancara Jonah dengan Malaysiakini

KUALA Lumpur (Malaysiakini): Aktivis pelajar yang
dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) baru-baru ini diberikan amaran oleh polis agar
tidak membuat afidavit (akuan bersumpah) dan
mendedahkan siasatan itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) serta akhbar.

"Mereka (pegawai penyiasat) mengajar saya bagaimana
bercakap kepada media, apa yang dibenarkan dan apa
yang tidak," kata pelajar kejuruteraan Institut
Kemahiran Mara (IKM), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin,
dalam satu wawancara khas dengan malaysiakini.

Beliau juga mengakui dikasari polis pada hari pertama
ditangkap mengikut akta itu di ibu pejabat polis
daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 5 Julai.

"Saya ditampar di muka beberapa kali," kata beliau,
yang dibebaskan selepas 23 hari dalam siasatan polis.

Khairul Anuar berkata, semasa dalam tahanan, beliau
banyak menerima ugutan akan dihantar ke kem Kamunting, Perak untuk tahanan lanjut selama dua tahun.

"Mereka juga memberi amaran kepada saya untuk tidak
aktif (dalam kegiatan pelajar) lagi," katanya.

Beliau mendedahkan, polis memberikan beberapa tawaran jika beliau bersetuju membuat pengakuan berhubung beberapa perkara.

"Mereka (polis) kata saya akan tetap dihantar ke (kem)
Kamunting... tetapi kalau saya membuat pengakuan
mungkin (dibebaskan)," katanya.

Pengakuan itu termasuklah pertuduhan yang pernah
beliau terima seperti dalam surat tunjuk sebab yang
dikeluarkan IKM, jelasnya.

Dalam surat pada 25 Jun, selepas institut itu menerima
hasil siasatan daripada bahagian Cawangan Khas ibu
pejabat polis Bukit Aman, Khairul Anuar dituduh pernah
menyertai kempen, bersama sembilan pelajar universiti,
bagi menyokong Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
Damansara pada 18 Februari lalu dengan mengadakan
persembahan bacaan sajak, nyanyian dan berpidato.

Pelajar berusia 24 tahun itu juga dituduh menyertai
bengkel motivasi reformasi di Kelab Darul Ehsan,
Selangor pada 27 Februari lalu bagi 'menjayakan agenda untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi.'

Khairul Anuar, juga dikenali Jonah, turut dituduh
menyertai perjumpaan sulit di rumah Presiden Parti
Keadilan Nasional Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bukit
Damansara, Kuala Lumpur bagi 'merancang demonstrasi jalanan untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan'.

Selain itu, Jonah dituduh ditugaskan mendapat sokongan siswa untuk menyertai perhimpunan reformasi ketika mesyuarat Pemuda Keadilan di ibu pejabat parti itu di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada 20 Mac.

Jonah memberitahu malaysiakini, beliau diminta mengaku perancang gerakan pelajar antikerajaan dan kumpulan reformasi selepas tangkapan 10 aktivis reformasi dan pemimpin Pemuda Keadilan ditangkap pada April.

"Mereka (polis) menyuruh saya mengaku, (bahawa)
selepas kumpulan (Ketua Pemuda) Mohamad Ezam Mohd Nor (ditahan ISA), saya yang merancang gerakan reformasi," katanya.

Ketika dalam tahanan, beliau melalui lebih kurang
tujuh jam pertemuan sehari dengan kumpulan penyiasat. "Saya disoal setiap hari hinggalah pada hari saya dibebaskan," katanya.

Tambah Khairul Anuar, beliau disoal berhubung pelbagai perkara termasuklah globalisasi, penubuhan negara Islam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC).

"Mereka meminta pendapat saya dahulu, kemudian mereka memberikan pendapat mereka," katanya.

"Mereka mahu saya percaya perkara-perkara tertentu,
terutama (berkaitan) isu (akhlak dan perbicaraan)
Anwar. Antaranya, polis suruh saya mengaku telah
dipergunakan oleh parti pembangkang dan diperalatkan
oleh mereka."

Menurut anak muda dari Melaka ini, 10 pegawai
penyiasat itu dibahagikan kepada dua kumpulan
menggunakan pendekatan psikologi dengan peranan
berlainan untuk meyakinkannya.

"Mereka bergilir-gilir menyoal saya dan setiap seorang
daripadanya mempunyai peranan masing-masing," katanya.
"Mereka mulakan soal siasat berhubung aktiviti saya,
kemudian selebihnya cuba brainwashing dan turning over (mengubah pendirian) saya."

Polis juga mendakwa ucapan-ucapannya berbahaya dan boleh menghasut orang ramai. "Menurut polis, jika saya meneruskan kegiatan saya selama ini, saya akan
dihantar ke Kamunting," katanya lagi.

Aktivis pelajar itu mendedahkan, walau telah
dibebaskan 28 Julai, beliau masih menerima kehadiran
beberapa 'pemerhati' daripada bahagian Cawangan Khas yang memantau pergerakannya.

Menurut Jonah lagi, terdapat anggota keluarganya yang
menerima panggilan daripada polis yang mengingatkan
mereka agar mengawasi pergerakannya.

"Mereka ada menelefon kakak (saya) dan (mereka
berkata, polis) berada di bawah (kelas tuisyen yang
dikendalikannya di Bangsar Utama, Kuala Lumpur). Saya anggap ia sebagai satu bentuk gangguan," katanya.

Beliau menganggap panggilan itu sebahagian daripada
tekanan terhadapnya bagi menyekat beliau kembali aktif bersama kumpulan pelajar yang digelar 'UBU'
(Universiti Bangsar Utama).

Jonah memberitahu, ketika disoal siasat, polis
mendakwa beliau menggunakan kelas tuisyen itu sebagai tempat untuk meracuni pemikiran pelajar.

"Tetapi saya tegaskan, kami (UBU) mempunyai prinsip
bahawa pelajar-pelajar ini perlu diberikan peluang
untuk membuat keputusan dan pendirian mereka sendiri. Sebab itu kita tidak pernah melibatkan (tuisyen) ini dengan mana-mana parti," tegasnya.

"Kelas tuisyen ini untuk pelajar daripada keluarga
yang berpendapatan rendah (di kawasan bandar) dan
program belajar berkelompok. Ia terbuka kepada semua
pelajar tanpa mengira kaum."

Ditanya sikapnya kini terhadap akta itu, beliau
berkata, "ISA bertujuan mewujudkan halangan atau
menimbulkan rasa takut dalam diri kita."

"(Penangkapan) menjadikan saya lebih bersemangat,
matang dan menguatkan lagi tekad saya. Bagi saya hanya anak muda yang mampu melakukan perubahan," tambahnya.

Jonah berkata, beliau bersama lebih kurang 10
penggerak UBU akan meneruskan kegiatan kebajikan
seperti dilakukan sebelum ini.

"Tujuan utama UBU ditubuhkan bagi mengembalikan semula semangat berbakti di kalangan mahasiswa dan
meningkatkan rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan negara," katanya.


Halaman Utama

 

Oleh:

PenaSakti

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved