StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Thursday, February 7, 2002

NGO ProReformasi campuri pentadbiran USM


KUALA Lumpur: Tiga NGO hak asasi manusia ulung negara mengeluarkan kenyataan bersama semalam yang mengutuk tindakan keras terhadap beberapa orang mahasiswa USM baru-baru ini.

Jabatan Hal Ehwal Mahasiswa USM sebelum ini mengenakan pelbagai tindakan disiplin terhadap sekumpulan pelajar, kebanyakannya ahli Persatuan Bahasa Tionghua termasuk hukuman gantung pengajian.

Mereka dituduh 'memalukan universiti', sementara
seorang pelajar yang lain dihukum kerana 'ditahan'
bersama-sama beberapa lencana anti-ISA.

Sekumpulan daripada mereka sebelum ini terlibat di
dalam satu perhimpunan aman membantah pelaksanaan Sekolah Wawasan.

Menurut kenyataan ketiga-tiga NGO itu, penyertaan
mahasiswa pelbagai kaum (seorang pelajar Melayu turut
dijatuhkan hukuman) di dalam perhimpunan aman itu
sepatutnya dilihat sebagai perkembangan yang baik ke
arah integrasi nasional.

Sebaliknya, pihak berkuasa melihatnya dari konteks
mengancam 'keselamatan' mereka, jelas kenyataan itu.

Menurut presiden ketiga-tiga NGO itu, universiti
adalah gedung ilmu yang perlu menggalakkan pemikiran
kritikal, pertukaran pendapat, percambahan idea dan
perbezaan.

Mereka juga mengingatkan pentadbiran USM bahawa
sesetengah daripada mereka juga pernah menyertai
pelbagai perhimpunan aman menentang ISA dan
dasar-dasar kerajaan yang lain, maka mereka sepatutnya menghargai semangat idealisme mahasiswa terbabit.

Selain itu, mereka menyeru agar SUHAKAM memberi
pertimbangan sewajarnya untuk membela nasib mahasiswa terbabit.


Halaman Utama

 

Oleh:

Laman Web

Pergerakan

Pemuda

Keadilan

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved