StatTrack
free web hosting | free website | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Tuesday, February 26, 2002 7:48 AM

GAMIS - Jangan musnah masadepan pelajar ISLAM - Riba PTPTN


Oleh Kamal Mat Saman

Mahasiswa Kejuruteraan Komputer UPM

MAHASISWA sekarang tidak mudah dipropagandakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memesongkan kepercayaannya, malah keyakinan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta berasaskan kepada maklumat dan ilmu.

Kami di universiti baru-baru ini telah dikejutkan dengan satu isu yang jelas bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan dengan membangkitkan bahawa kos perkhidmatan empat peratus yang dikenakan terhadap pelajar yang meminjam dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), sebagai riba.

Kumpulan yang membawa cerita-cerita ' riba' ini khabarnya dari pertubuhan tidak sah yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan di sokong oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti-universiti.

Gerakan mempropagandakan pinjaman PTPTN sebagai riba ini telah dipatahkan oleh Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria (Utusan, 2 Februari 2001) dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim (Utusan, 3 Februari 2001).

Penjelasan yang diberikan oleh Mufti Perak dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan itu telah melegakan semua mahasiswa dan mahasiswi seluruh negara, bahawa pinjaman PTPTN itu bukan riba.

Kumpulan Gamis yang didalangi oleh Pas itu telah membawa cerita khabarnya wang PTPTN yang digunakan oleh pelajar adalah riba, maka seluruh pengajian dan ilmu ang diperolehi di universiti itu tidak terpakai dan merosakkan akhlak semua pelajar.

Malangnya, kebanyakan pelajar dari Gamis dan MPP universiti menggunakan wang pinjaman berkenaan, termasuk untuk membeli buku-buku.

Rata-rata kawan-kawan saya di UPM tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh Gamis mahupun MPP kerana gerakan mereka tidak ubah seperti yang dilakukan oleh sebuah parti politik pembangkang, iaitu untuk mengkritik kerajaan tanpa berasaskan fakta.

Malah, MPP mahupun Persatuan Islam di UPM tidak aktif dan menunjukkan sumbangan kepada para mahasiswa/i, terutama dari kebajikan kerana kebanyakan kebajikan yang kami perlukan telah dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal pelajar.

Bagi kumpulan yang agak liberal di universiti, kami tidak dapat menerima cara berfikir yang dibawa oleh Gamis mahupun MPP, malah kami lebih beruntung kerana dapat terlibat aktif dalam aktiviti kelab dan persatuan lain.

Cara berfikir kumpulan berkenaan bukan sahaja ortodoks tetapi juga tidak dapat menerima pendapat orang lain. Kumpulan liberal seperti kami lebih terbuka dan menyelesaikan sesuatu masalah secara hikmah.

Dari segi kebajikan mahasiswi, kebanyakan pemimpin kumpulan Gamis ataupun MPP bertudung labuh - persis kumpulan ABIM atau Pas dan mahukan semua siswi dikampus berpakaian seperti mereka. Tema perjuangannya hanyalah di sekitar pakaian.

Dalam pemerhatian saya di kampus, kebanyakan pemimpin pelajar di MPP ataupun kumpulan Gamis adalah kumpulan yang tahap akademiknya sangat rendah, dan pembabitan mereka adalah pelarian kepada usaha untuk belajar.

Oleh demikian, mereka mengambil kursus atau program yang agak mudah seperti pengajian Islam, kaunseling dan Bahasa Melayu dan sangat fobia kepada pengajian sains.

Isu yang lebih besar seperti usaha menggerakkan pelajar-pelajar Bumiputera untuk mendapat Kelas Pertama tidak dilakukan, atau usaha untuk mengajak semua pelajar bersungguh-sungguh dengan ilmu untuk melawan ancaman globalisasi seperti WTO ataupun AFTA.

Kita boleh menyaksikan sendiri bahawa isu yang dibangkitkan seperti pinjaman PTPTN sebagai riba, hapuskan ISA, Hapuskan AUKU hanyalah pelarian (defence mechanisme) kepada realiti dan tuntutan sebenar masyarakat, yakni supaya semua kita sebagai mahasiswa untuk belajar dan menyumbang sesuatu kepada negara.

Semakin hari semakin berubah pandangan mahasiswa kepada kumpulan MPP |mahupun Gamis....dan kami sekarang semakin menghayati dasar-dasar kerajaan yang jelas membantu kami menyediakan peluang pendidikan.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved