StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, February 7, 2002

Kalau UBU masih boleh aktif. Kenapa tidak GAMIS?


Selepas dibebaskan daripada tahanan ISA, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin(JONAH) berikrar akan terus aktif bersama Universiti Bangsar Utama(UBU) yang telah diasaskannya.

Buktinya, UBU sebelum ini tidak mempunyai laman web,
tetapi kini mempunyai laman webnya sendiri.
Sekurang-kurangnya semangat perjuangan masih kental walaupun dilabelkan sebagai salah satu daripada 10 pertubuhan haram IPTA.

Persoalannya, tidak ada garis panduan yang jelas
tentang label pertubuhan haram kerana kenyataan itu
hanya dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pemuda
Negara, di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.

Apa dirisaukan, Pemuda Negara sendiri adalah
pertubuhan (pelajar?) haram. Lagipun status, haram
atau tidak tidak pernah diwartakan oleh Kementerian
Pendidikan.

Tidak ada pekeliling atau surat hitam putih.

Barangkali atas tafsiran ini, Jonah berani bertindak.
Malah pengalaman Jonah sendiri membuktikan dia seorang aktivis pelajar yang tidak gentar dengan sebarang ugutan dan sekatan ciptaan manusia.

Sebagai 'anak emas' Hisyamuddin Rais(budak Hisyam),
perjuangannya masih belum selesai selagimana bapa
angkatnya tidak dibebaskan.

Malah, semasa di UPM, dia menubuhkan GEMA yang
kemudian ditukar nama kepada FRAKSI. Sejarah
membuktikan pada dua tahun lepas, GEMA bertanding tiga penjuru melawan DINAMIK-PERMAWAN dan PMIUPM.

Walaupun GEMA yang memakai simbol 'angkat
tangan'(seperti Anwar)kalah teruk tetapi
sekurang-kurangnya boleh memberi interpretasi bahawa perjuangan GEMA tidak sealiran dengan PMIUPM.

Walaupun Jonah, tidak berjaya menghabiskan pengajian di UPM, tetapi semangat perjuangannya tidak pernah luntur, malah diteruskan lagi semasa berada di IKM.

Sebagai aktivis pelajar, dia berada di barisan depan
dalam gerakan reformasi jalanan, sekaligus
melayakkannya digelar 'reformis'.

Seterusnya, Gerakan Mahasiswa Lantang Negara(GMLN) atau Gerakan Mahasiswa Wangsa Maju(GMWM) dibentuk dengan naungan Hisyamuddin Rais.

Apabila Mahasiswa Lantang, tidak lagi'lantang' maka
dibentuk UBU yang menjadi wadah perjuangannya kini.

Dalam UBU, kegiatan teater(Teater Bukan Teater)
dipentaskan bagi menyampaikan mesej-mesej perjuangan mahasiswa dan nasional.

Persoalannya, kalau Jonah berani menyatakan perinsip
perjuangannya dalam UBU, bagaimana pula dengan GAMIS?

Kemana perginya Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, yang kononnya mewakili Persatuan Mahasiswa Islam seluruh IPTA?

Atau GAMIS kini bergerak secara 'halimunan', gerakan
tak bernama?

Pelajar universiti hantar memo bantah perang
Oleh Salmiyah Harun, Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh)- Pelajar beberapa institut penganjian tinggi (IPT) hari ini telah menghantar
memorandum "Membantah Tindakan Amerika Syarikat (AS)" untuk menyerang Afghanistan kepada Kedutaan Amerika hari ini.

Penghantaran memo tersebut diwakili oleh empat orang
pelajar dari Universiti Malaya (UM), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) dan Univrsiti Putra Malaysia (UPM).


Seramai 120 pelajar yang turut mengiringi penyerahan
memo tersebut termasuk pelajar lelaki dan perempuan.

Salah seorng wakil pelajar dari UM, Mohd Izwan Yusuf,
melahirkan rasa kesal atas tragedi yang menimpa World
Trade Centre (WTC) dan Pentagon, di New York pada
September baru-baru ini.

Namun katanya, "kita (pelajar) tetap membantah
sebarang bentuk tindakan ketenteraan, semboyan mahupun ketenteraan dilancarkan oleh Kerajaan AS dan cukup bertegas atas sikap anti Islam dan propaganda yang dilancarkan oleh AS."

"Kami tegas menyatakan bahawa sikap yang ditunjukkan oleh AS dalam menangani kumpulan pengganas ini bakal mencetus perubahan yang lebih besar khususnya umat Islam sedunia," katanya selepas bertemu dengan Pegawai Politik, Alexis Ludwig bersama Pegawai Perhubungan Politik Kanan Kedutaan Amerika, Ravindran Manickaam.

Antara butir-butir memo tersebut adalah mendesak
kerajaan AS supaya;

Menarik balik pengisytiharan perang dan segala
persediaan ketenteraan untuk menyerang Afgahnistan.
Serangan ini adalah mencabul hak asasi manusia
kalangan rakyat Afgahistan yang ingin hidup dalam
keadaan damai dan bebas tanpa sebarang ancaman.

Mengemukakan bukti yang jelas bahawa Osama Laden
memang terlibat di dalam perancangan memusnahkan
kepentingan AS iaitu WTC dan Pentagon. Kami juga
mengecam tindakan dictator AS untuk memaksa semua negara Islam membantu tindakan untuk menyerang Afgahnistan.

Menilai punca sebenar kegasan yang berlaku dengan
mengimbas kembali dasar luar negara AS yang diamalkan selama ini. Sokongan terhadap Israel serta sikap 'double standard' kepada negara-negara Islam mungkin factor utama berlakunya serangan ini. Di samping penindasan yang berlaku ke atas rakyat Palestine dan Iraq perlu diambil serius oleh AS.

Membawa pengganas yang terlibat dengan serangan
tersebut dengan bukti yang kukuh untuk dihadapkan ke
mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague, Belanda.

Menarik semula kenyataan yang bersifat popaganda
anti-Islam dan melabelkan Islam ebagai agama yang
menganjur keganasan dan bersifat militan. Sesungguhnya Islam adalah agama yang menyeru ke arah pendamaian dan toleransi.

Menilai kembali bahawasanya tindakan untuk menyerang Afganistan akan mewajibkan fardhu ain ke atas umat Islam di negara itu untuk mempertahankan negara mereka dan kesucian Islam. Ini akan menyebabkan berlakunya pertembungan tamadun di antara Barat dan Islam. Sehubungan itu, menurut wakil pelajar UM, Mohd Fitri Mohd Syukri meminta agar AS mencari keadilan bukannya membalas dendam kepada sesiapa yang disyaki sebagai dalang kepada serangan itu.

"Kami menegaskan supaya AS tidak melakukan serangan secara terburu-buru tetapi memberikan bukti terdahulu kepada dunia dan seharusnya AS bertindak balas dengan cara lunas undang-undang antarabangsa bukannya dengan serangan yang membabi buta," katanya di depan kedutaan AS selepas penyerahan memorandum.

Menurutnya, beliau menegaskan kemungkinan serangan ini berlaku disebabkan perkembangan yang tidak sihat di Timur Tengah terutama di Palestine di mana umat Islam telah melihat AS menyokong dan mendokong tindakan Israel menyerang warga Palestine.

"Dan kami minta agar AS lebih bertindak dengan adil
dan tidak terlalu mencampuri urusan dalaman mana-mana negara Islam," tegasnya.

Ketika penyerahan memo tersebut mereka ditanya oleh
wakil Kedutaan AS, bagaimana AS mahu merapatkan
dirinya dengan negara-negara Islam dan umat Islam?

Menurutnya, "kami (pelajar) telah menegaskan beberapa perkara antaranya AS seharusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mana-mana negara dalam dunia ini dan tidak bersifat 'orang buli di atas' dan walaupun AS sebuah negara yang terbesar dari segi ekonomi dan ketenteraan haruslah banyak berdialog dengan umat Islam dengan semua pihak dan tidak sewenang-wenangnya menuding jari kepada mana-maana kumpulan Islam yang menubuhkan sistem pemerintahan Islam sebagai pengganas atau ekstrimis."

Wakil pelajar UKM, Raja Norhisham Nor Abidin Syah
mengingatkan agar umat Islam jangan lupa nasib-nasib
yang telah menimpa saudara se-Islam misalnya di
Palestine dan di Tebing Gaza yang lebih teruk
disebabkan dasar-dasar luar negara yang mengatkan
mereka adalah kuasa besar dunia dan polis dunia.

"Kita menuntut keadilan supaya dikaji semula
dasar-dasar luar yang ekstrim di samping berlaku adil
keseluruhannya," katanya.

"Mesti menguatkan hak-hak kita ke atas wilayah-wilayah
kita, hak-hak kita dan tanah-tanah kita," tambahnya.


Halaman Utama

 

Oleh:

SiswaJihad

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved