StatTrack
free web hosting | website hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Sunday, February 17, 2002

Kenyataan Akhbar Universiti Bangsar Utama(UBU) - 3 tahun Reformasi


Sempena Tiga Tahun Gerakan Reformasi Di Malaysia (6 September, 2001 11:54 PM)

(Untuk keterangan lanjut sila hubungi Amin Iskandar 0193874814 dan Jonah 0193078839)

2 SEPTEMBER 1998 telah mencetuskan senario politik baru di Malaysia. Pemecatan Dato Sdr Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mencetuskan kesadaran politik di kalangan rakyat. Gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara mendapat sambutan yang positif dikalangan rakyat terutamanya golongan muda dibawah 50 tahun.Kalau dulu orang Melayu tidak ramai yang sedar berbanding dengan kaum lain, sekarang ini sudah berubah. Pengelibatan orang-orang Melayu dalam NGO juga semakin meningkat.

Mahasiswa juga tidak ketinggalan didalam arus kebangkitan rakyat ini. Ada dikalangan mahasiswa yang sebelum pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim, langsung tidak memperdulikan isu-isu semasa telah bertukar menjadi mahasiswa yang lebih prihatin. Begitulah juga dengan kami di UBU.Selepas pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim dan benmulanya era Gerakan Reformasi, "aksi massa" seringkali berlaku di Kuala Lumpur, la telah menjadi satu budaya baru dikalangan rakyat Malaysia. Anak muda dan mahasiswa juga tidak ketinggalan untuk bersama protes rakyat itu.

Universiti Bangsar Utama

Disinilah segalanya bermula. Selepas seringkali bertemu semasa protes-protes rakyat, kami sekumpulan mahasiswa dari beberapa Universiti disekitar Lembah Klang telah bertemu dan berbincang untuk berkhidmat kepada rakyat. Bangsar Utama telah menjadi tempat kami berbincang. Maka lahirlah idea untuk menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat yang kami gelar "Universiti Bangsar Utama".Universiti Bangsar Utama memberikan khidmat tuisyen "percuma" kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang datang dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal disekitar Lembah Pantai.Selain tuisyen percuma, UBU juga mengajarkan seni dan kebudayaan seperti kelas teater dan seni lukis.

Tiga tahun terlibat bersama Gerakan Reformasi telah mengajar kami begitu banyak pengalaman yang tidak mungkin kami akan perolehi didalam kampus. Kalau dulu sebahagian daripada kami tidak pernah memperdulikan langsung tentang penindasan yang berlaku kepada rakyat, sekarang ini kami lebih prihatin. Sekarang ini kami percaya bahawa mahasiswa harus berkhidmat kepada rakyat kerana Universiti itu sendiri telah dibina hasil daripada darah dan keringat rakyat. Jadi adalah satu pengkhianatan kalau kami hanya bersenang-senang di kampus tanpa melakukan apa-apa bakti kepada masyarakat.

Pengalaman telah mengajarkan kami apa itu erti hidup. Dalam masa tiga tahun ini pelbagai dugaan dan rintangan telah kami lalui. Diantara dugaan-dugaan yang kami lalui ialah seperti gangguan daripada pihak polis untuk menakut-nakutkan keluarga kami dikampung, kekurangan kewangan dan digantung pengajian seperti apa yang berlaku kepada Saudara Rafzan Bin Ramli. Dan yang terbaru ialah penahanan Saudara Khairul Anuar dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 23 hari. Beliau adalah aktivis mahasiswa yang pertama yang ditahan dibawah akta "draconian" ini selepas era September 1998.

Kami percaya bahawa hanya anak mudalah yang mampu merubah dunia Seperti apa yang dikatakan oleh Mao Tse Tsung " dunia ini akhirnya akan menjadi milik muda". Kerana berpegang kepada prinsip tersebut kami tidak akan gentar untuk meneruskan perjuangan ini.

Gerakan Reformasi

Kntik kami terhadap Gerakan Reformasi ialah sekarang ini adalah masanya untuk membangun gerakan. Pendidikan politik kepada rakyat harus diberikan untuk melahirkan massa yang terdidik.Pengalaman selama 3 tahun telah mendewasakan gerakan kita. Selama ini walaupun kita pernah menghimpunkan rakyat seramai 100,000 orang di "Kesas Highway" ianya masih tidak lagi berjaya untuk menumbangkan regim diktator Mahathir yang zalim ini.Mengapa perkara ini berlaku?

Kami di UBU berpandangan bahawa massa yang ada sekarang ini masih lagi belum terdidik. Mereka masih lagi beIurn sanggup sehingga tahap mengorbankan nyawa demi gerakan.

Selain dan melakukan pendidikan politik kepada rakyat, sekarang ini sudah sampainya Gerakan Reformasi mengembangkan lagi pengaruh kepada majoriti rakyat yang masih lagi belum sedar. Mereka ( baca: rakyat) harus disedarkan tentang mengapa perlunya mereka prihatin terhadap isu-isu semasa dan aktif dalam politik. Aktif dalam politik tidak bererti menyertai mana-mana parti politik. Itu yang seharusnya diperjelaskan.

Jikalau perkara-perkara ini masih tidak dilakukan, Gerakan Reformasi tidak ubah seperti sebuah" Putch ". Seperti apa yang diperjelaskan oleh Tan Malaka" Putch" atau "anarchisme" adalah satu aksi yang dilakukan oleh sekumpulan kecil orang tanpa memperdulikan rakyat banyak. Maknanya disini ialah golongan ini hanya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan kemahuan dan kesanggupan rakyat banyak. Ini hanyalah satu jalan yang sia-sia. Perjuangan untuk menegakkan keadilan sosial memang membutuhkan ( memerlukan ) kerja keras yang tidak henti-henti dari sang penggerak. (Baca: Aktivis Reformasi)

Berbicara dikedai-kedai kopi mengenai teori-teori pergerakkan rakyat tanpa cuba untuk melakukan apa-apa tidak akan menghasilkan kemenangan rakyat dalam perjuangan menegakkan keadilan sosial ini.Mengharapkan ratusan ribu rakyat untuk berhimpun dijalan-jalan tanpa mengorganisir mereka adalah satu angan-angan belaka. Pengumuman di ceramah B.A, menampal poster, dan mengedarkan "handbill" hanyalah salah satu daripada cara untuk mempromosi dan bukannya memberikan kesedaran kepada rakyat tentang mengapa mereka harus keluar berhimpun.

Satu lagi kegagalan Gerakan Reformasi di Malaysia ialah kegagalan untuk melahirkan aktivis-aktivis " Second Layer" yang berkaliber. Penangkapan 10 orang aktivis Reformasi dibawah ISA telah berjaya melumpuhkan Gerakan Reformasi. Walaupun 4 daripada mereka telah dibebaskan, Gerakan Reformasi kelihatan seperti" Layang-layang yang terputus talinya" Jikalau persediaan yang lebih awal dilakukan oleh Gerakan Reformasi, sudah tentu ianya tidak selumpuh hari ini.

Tetapi sempena 3 tahun Gerakan Reformasi di Malaysia, ianya diharap dapat mendewasakan lagi pemikiran kita. Sekarang ini sudah sampai masanya "intelektual-intelektual" daripada Gerakan Reformasi untuk membangun gerakan. Pendidikan politik wajib diberikan kepada rakyat untuk menyedarkan rakyat tentang perlunya partisipasi aktif dari mereka ( Baca: Rakyat) dalam membuat keputusan.Selain daripada itu Gerakan Reformasi harus dikembangkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya ianya tidak menjadi "putch" seperti yang sudah diperjelaskan diatas.

Kepada semua penggerak-penggerak Reformasi tuntutlah ilmu sedalam yang mungkin. Kerana ilmu yang banyak akan membantu kita dalam gerakan ini. Rasullulah S.A.W pemah bersabda dalam sebuah hadis " tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". Rasullulah S.A.W dengan jelas telah menyampaikan mesej betapa pentingnya ilmu. Ilmu yang tinggi akan mempermudahkan lagi kita untuk membangun gerakan.Seperti apa yang dikatakan oleh Saidma Ali R.A" Diantara ilmu dan harta, ilmulah yang lebih baik. Kerana ilmu menjaga kita manakala harta pula kita yang harus jaga ".

Pesanan terakhir kami kepada semua penggerak-penggerak Reformasi jelaskan terlebih dahulu matlamat sebenar perjuangan kita ini. Perjuangan ini adalah satu perjuangan yang panjang. la membutuhkan ( memerlukan ) satu pengorbanan yang amat besar. la juga memerlukan stamina yang tinggi seperti apa yang dikatakan oleh Ernesto Che Guevara "we cannot be sure of having something to live, unless we are willing to die for it".

"Anak Muda Bangun Melawan"

(Amin Iskandar.)

Setiausaha Agung UBU


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved