StatTrack
free web hosting | website hosting | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, February 21, 2002

Biar air mata darah, Perjuangan tetap diteruskan - UBU


Oleh
Black

Universiti Bangsar Utama(UBU)

Setelah hampir tiga tahun bersama dengan gerakan perlawanan rakyat menentang kezaliman, kekejaman dan kediktatoran Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad, tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai dugaan dan ujian yang kami hadapi. Namun ia sedikitpun tidak melunturkan semangat kami untuk terus berjuang bagi memastikan kemerdekaan tulen yang kami inginkan tercapai.

Selagi ruang demokrasi tidak dibuka, selagi kezaliman tidak dikalahkan, selagi rakyat masih dahagakan kebebasan, selagi itulah kami akan terus berjuang.

8 Jun 2001 telah menyaksikan demonstrasi besar-besaran mahasiswa yang dianjurkan oleh GMMI ( Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA ) menuntut kerajaan Malaysia membebaskan kesemua tahanan ISA dan memansuhkan akta ISA itu sendiri. Hampir 1000 orang mahasiswa membanjiri perkarangan Masjid Negara. Pihak Polis yang hadir juga ramai jumlahnya. Lima trak Polis telah berada di Masjid Negara sejak awal pagi lagi.

GMMI dianggotai oleh 10 pertubuhan mahasiswa diseluruh negara terdiri daripada UBU, GAMIS, PKPIM, DEMA, JKMI, GMLN, GMWM, KARISMA, BBMN, dan SPPUM.

Demonstrasi yang dijalankan secara aman ini telah berakhir dengan keganasan polis. Pihak polis dari Bukit Aman telah menggunakan kekerasan seperti memukul aktivis-aktivis mahasiswa yang berdemonstrasi dengan menggunakan kayu dan rotan tanpa mengeluarkan arahan untuk bersurai. Aktivis-aktivis wanita telah ditarik kepalanya dan dipukul dengan kejam oleh pihak polis.

Pertempuran diantara mahasiswa dan pihak polis telah menyebabkan 8 orang mahasiswa ditahan. Mereka kemudiannya telah dihantar ke lokap Balai Polis Jalan Stadium iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Salah seorang dari aktivis mahasiswa yang ditahan ialah aktivis UBU iaitu Rafzan Bin Ramli pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan UiTM Shah Alam. Semasa dalam tahanan Rafzan Ramli disoal-siasat paling lama diantara aktivis-aktivis mahasiswa yang lain. Rafzan telah ditanya mengenai aktiviti-aktiviti UBU dan tentang Ketua Umum UBU Khairul Anuar serta Setiausaha Agung UBU Amin Shah.

Sebaik saja dibebaskan, pihak UiTM telah mengeluarkan pekeliling untuk memecat Rafzan dari UiTM serta merta tanpa memberi sedikit peluang untuk membela diri. Diatas semangat solidariti diantara rakan-rakan dari GMMI, perkara ini telah dibawa kemukakan ke muka pengadilan. SUHAKAM telah dijadikan tempat untuk membuat aduan. Tan Sri Musa Hitam telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Rafzan Bin Ramli. SUHAKAM telah mendesak pihak UiTM untuk mengadakan satu perbicaraan yang adil kepada Rafzan Bin Ramli. Pihak UiTM yang dikepalai oleh Prof. Ibrahim bin Abu Shah telah tergugat dan akhirnya telah bersetuju untuk memberi peluang kepada Rafzan untuk meneruskan pengajiannya di UiTM.

Biar apa pun rintangan yang kami hadapi, biar terpaksa merenangi lautan api, biar terpaksa mendaki gunung yang tinggi, biar terpaksa mati sebagai bayaran bagi sebuah kebebasan, kami akan terus merempuh semua ini bagi memastikan keadilan sosial ditegakkan di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Terdapat pelbagai onak dan duri yang terpaksa diharungi. Ketua Umum UBU , Khairul Anuar Ahmad Zainudin telah ditahan dibawah ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri ) pada 5 Julai 2001. Beliau ditahan tanpa dibicarakan dan dituduh telah mengancam keselamatan negara . Beliau ditahan selama 25 hari tanpa diketahui dimana tempat tahanan dan beliau dikurung didalam bilik gelap.

Semasa beliau ditahan , Pejabat UBU di Bangsar Utama telah dikepung oleh pihak polis setiap hari. Ini bertujuan untuk menakut-nakutkan aktivis-aktivis UBU. Selama dua minggu pejabat UBU dikosongkan oleh aktivis-aktivis UBU dan Kelas Pendidikan Percuma dihentikan buat sementara waktu. Pelajar-pelajar UBU yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah telah diberikan taklimat oleh beberapa aktivis UBU dan diminta berehat buat sementara waktu sementara menantikan keadaan menjadi reda. Semasa Khairul Anuar ditahan, beliau telah disoal siasat selama berhari-hari tanpa henti-henti selama berjam-jam lamanya.

Pada hari pertama dalam tahanan, beliau dibogelkan dan disuruh duduk diatas ketulan ais batu. Beliau juga telah dipukul beramai-ramai oleh pihak polis. Selain daripada itu beliau telah dikurung secara bersendirian didalam bilik gelap sepanjang tempoh tahanan. Beliau diugut untuk dihantar ke Kem Kamunting sekiranya tidak memberi kerjasama. Khairul juga telah dipaksa membuat pengakuan di Televisyen dan dipaksa juga untuk menyertai UMNO dengan ganjaran yang lumayan.

Ketika Khairul dalam tahanan, aktivis-aktivis UBU yang lain seringkali diekori oleh pihak polis. Keluarga kami telah didatangi oleh pihak polis dan diugut akan ditangkap sekiranya meneruskan aktiviti-aktiviti yang bersifat anti-establishment. Ini semua dilakukan oleh pihak polis untuk menakut-nakutkan kami supaya terus bersara dari dunia aktivisme.

Namun selepas dua minggu Jonah ditahan, kami di UBU bertekad untuk pulang beramai-ramai ke Pejabat UBU dan mengadakan satu majlis untuk menyambut kepulangan Khairul, meskipun pada ketika itu masih belum ada tanda-tanda Khairul akan dibebaskan.

Majlis ini diberi nama Selamat Pulang Jonah dan diadakan bertujuan untuk merapatkan kembali hubungan para aktivis yang telah terpisah akibat daripada gangguan yang hebat dari kontijen polis Bukit Aman. Majlis ini telah menyaksikan ikrar dan taat setia para aktivis UBU untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan rakyat dibebaskan dari belenggu penindasan dan regim diktator Mahathir Mohammad dapat ditumbangkan. Begitu ramai sekali aktivis-aktivis UBU, NGO dan Parti Politik Pembangkang yang hadir pada malam tersebut.

Serangan media terhadap UBU bertalu-talu walaupun tidak ditujukan secara direct. Kami dituduh punyai hubungan yang rapat dengan kumpulan Gerilla Pemisah di Indonesia dan Acheh dan merancang untuk melakukan huru-hara untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Walaupun begitu, media alternatif memberikan liputan yang menyokong UBU. UBU seringkali menghiasi dada-dada akhbar media alternatif.

Tekanan-tekanan yang hebat daripada aktivis mahasiswa dan NGO supaya kerajaan membebaskan Khairul membawa kejayaan. Suatu usul tergempar telah dibawa di sidang parlimen oleh wakil oposisi untuk menyelar tindakan zalim pemerintah dan mendesak pembebasan Khairul. Akhirnya, Khairul telah dibebaskan selepas 25 hari diseksa oleh pihak polis. Walaupun telah merasai pelbagai dugaan dan rintangan, UBU kini masih lagi beroperasi seperti biasa. Kami tetap meneruskan Kelas Pendidikan Percuma Untuk Rakyat yang kami jalankan selama ini.

Walaupun terpaksa merempat dan meminta sedekah untuk membayar sewa pejabat, agenda kebajikan rakyat tetap diteruskan. Dengan sokongan dan solidariti daripada kawan-kawan aktivis yang lain, bantuan daripada Parti Oposisi dan rakan-rakan NGO yang tidak pernah pudar semangat setiakawan. Agenda untuk membangunkan gerakan rakyat untuk melawan kediktatoran regim pemerintah Barisan Nasioanal yang menzalimi rakyat Malaysia. Diskusi-diskusi politik yang menjadi asas kekuatan kami tetap diteruskan. Sel-sel kami disetiap kampus diperkukuhkan.

Sekarang penubuhan UBU cawangan serdang sedang diusahakan. Aktivis UBU di UPM sedang mencari tempat yang sesuai untuk menubuhkan UBU di Serdang. Di UKM, UM dan UiTM kami sedang membina lebih ramai lagi sel-sel kami dimana hampir disetiap fakulti kami mencari pengaruh. Hubungan sesama persatuan mahasiswa tetap diteruskan. GMMI yang menjadi penyatu kepada persatuan mahasiswa tetap diteruskan. Kami telah bersepakat untuk meneruskan agenda untuk mendesak kerajaan Malaysia untuk memansuhkan ISA.

Walaupun Mohd Fuad Ikhwan dari GAMIS / BBMN dan PMUM juga telah ditahan dibawah ISA Kedua-dua tahanan politik mahasiswa tersebut sudah pulih dari trauma ISA dan bersedia untuk menggepalai mahasiswa untuk meneruskan perjuangan melawan regim diktator Mahathir Mohammad.

Yang menjalankan tugas,
Black.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved