StatTrack
free web hosting | website hosting | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting


Free Web Hosting - Watch Free Movies Online - Watch Free TV Online - Free Web Pages

Find the cheapest Local Gas Prices and Gas Stations in your neighborhood and surrounding area.
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, February 26, 2002 7:51 AM

PKPIM,ABIM,IFSO & WAMY Rangkaian OSAMA?


Oleh : Anak Malaysia Tulen

Program BBC2's Newsnight, pada 7 November 2001, melaporkan bahawa FBI mempunyai dokumen rahsia berkaitan serangan 11 September yang melibatkan Osama Laden dan rangkaian pertubuhan Islam radikal.

Dokumen itu mendedahkan penglibatan Abdullah bin Laden dalam kes tersebut. Abdullah juga tenaga penggerak yang rapat dengan pertubuhan yang disyaki AS sebagai organisasi pengganas iaitu "World Assembly of Muslim Youth" atau singkatannya WAMY.

"The FBI File, marked "Secret" and coded 199, which means a case involving national security, records that Abdullah bin Laden, who lived in Washington, had originally had a file opened on him"because of his relationship with the World Assembly of Muslim Youth-a suspected terrorist organization"

Hubungan Anwar Ibrahim dengan WAMY telah terjalin semenjak akhir 70-an lagi. Beliau pernah dilantik menjadi salah seorang ahli jawantankuasa badan itu. Sejak kemasukan Anwar sebagai salah seorang anggota WAMY, maka ABIM dipilih menjadi salah satu rangkaian WAMY di Malaysia daripada 55 rangkaian di seluruh dunia.

"Dr. Ahmad Totongi, penolong Setiausaha Agung WAMY telah memberi penghormatan kepada perkhidmatan yang cemerlang diberi oleh Anwar selama 6 tahun sebagai wakil bagi ASEAN. Dr. Totongi berkata Anwar telah memberi sumbangan yang amat besar atas kejayaan pertubuhan itu di rantau Asia Tenggara, dan berkata bahawa; 'WAMY sungguh menghargai jasa-jasa beliau'. Anwar telah dipilih menjadi wakil pertubuhan itu pada tahun 1976, kemudian meletakkan jawatan sebelum pilihanraya dalam tahun 1982 untuk bergiat dalam politik"

(J. Victor Morais, Anwar Ibrahim, Cekal dan Tabah, arenabuku sdn.bhd., Kuala Lumpur, 1984, hlm. 77)

Keakraban ABIM dan WAMY berterusan oleh pemimpin-pemimpin utama ABIM selepas itu. Misalnya, Ahmad Azam Abd. Rahman, presiden ABIM sekarang merupakan salah seorang AJK WAMY di rantau Asia Pasifik

IIIT UIA PUSAT PERANCANGAN SULIT

Anwar bersama Dr. Hisyam Altalib (pengarah Yayasan SAAR Foundation) telah mengasaskan The International Institute of Islamic Thought (IIIT) pada tahun 1981, yang berpengkalan di Washington, AS.

Idea penubuhan badan ini didokong oleh gurunya Ismail Faruqi, yang bertujuan untuk mengembangkan pengaruh 'pemikiran Islam' kumpulan mereka di seluruh Amereka Utara khususnya melalui Islamic Society of North America(ISNA)

"Anwar's and indeed, some parts of the Islamic Movement's decision to join the existing political order in Muslim societies in order to bring about change from 'within' needs careful consideration. The late Ismail Faruqi advocated this aproach. He had managed to get $25 Milion from the Islamic Development Bank to set up The International Istitute of Islamic Thought(IIIT), in Herdon, Virginia. It has attracted all the ISNA luminaries "

(http://www.muslimedia.com/archives/sea98/us-islam.htm)

Di Malaysia, cawangan IIIT dibuka di UIA, Petaling Jaya. Beberapa orang 'anak buah' Ismail Faruqi telah dijemput menjadi pensyarah dan orang kanan UIA yang diterajui Anwar.

Salah seorangnya ialah Dr. Ibrahim Zein(aktivis Islam radikal Sudan) telah memegang ketua Jabatan Usuluddin UIA. Rakan seangkatan Dr. Ibrahim yang sama-sama menentang Umar Hasan Al Bashir, di Khartoum, Sudan, Prof. Hassan S. Ibrahim dijadikan ketua jabatan Sejarah. Manakala Abdul Hamid Abu Suleyman(Aktivis Islam Timur Tengah) dijadikan Rektor UIA.

Abdul Hamid dikenalpasti sebagai dalang disebalik aktiviti IIIT dan merencanakan cita-cita politik Anwar serta mencampuri urusan politik dalaman Malaysia.

Hubungan Anwar dengan Abdul Hamid terjalin sejak awal tahun 80-an, ketika Anwar berada dalam ABIM. Pemikiran Islam Abd. Hamid berpaksikan "Islam Prostestan" atau "Islam Reformis" yang berkiblatkan AS.

Maka, tidak hairan, selepas Anwar dipecat daripada UMNO, Abdul Hamid secara tergesa-gesa meninggalkan Malaysia. Ketika menghilangkan diri di luar negara, beliau mengambil kesempatan untuk berkempen mendapatkan sokongan terhadap bekas TPM itu di peringkat antarabangsa.

Sejurus selepas pemecatan Anwar itu juga, berlakunya peristiwa kebakaran pejabat IIIT yang terletak di kompeks kampus UIA, Petaling Jaya pada awal pagi 25 September 1994.

"Dalam kejadian yang dilaporkan awal pagi itu, beberapa dokumen milik badan berkenaan(IIIT) musnah walaupun bangunan yang diduduki hanya mengalami kerosakan kecil.Ekoran insiden kebakaran itu, yakni pada keesokan harinya, polis daerah Petaling Jaya menahan tiga orang penuntut universiti berkenaan, termasuk seorang penuntut warganegara Bosnia-Herzagovina serta seorang kakitangan UIA kerana disyaki mengakibatkan kebakaran tersebut. Dan setelah siasatan terperinci dilakukan terhadap ketiga-tiga penuntut tahun kedua universiti berkenaan, polis turut menahan seorang lagi penuntut selang beberapa hari kemudian. Menurut kenyataan polis, kebakaran yang berlaku pada 3.15 pagi itu disengajakan. Ini ekoran terjumpanya satu bekas plastik yang mengandungi kesan-kesan minyak tanah dan patroleum serta segulung lingkaran ubat nyamuk separuh terbakar yang disyaki digunakan untuk menyalakan api"

(Johari Ismail : Enigma Politik Anwar-Igauan atau Realiti, R& S Fouder Vision, Kuala Lumpur, 1999, hlm.20-23 dan 90-92)

KAITAN PKPIM & IIFSO

The International Islamic Federation Of Student Organizations(IIFSO) ditubuhkan pada 1969, di Jerman Barat.

IIFSO dan WAMY seumpama PKPIM dan ABIM yang bertujuan untuk mencari kader-kader politik di kalangan pimpinan pelajar dan belia.

IIFSO juga berpusat di Herdon, Virginia, AS, sama dengan tempat IIIT ditubuhkan.

Bagi aktivis-aktivis PKPIM dan ABIM, IIFSO dan WAMY merupakan rangkaian 'latihan' kepimpinan di peringkat antarabangsa.

Misalnya, Mustafa Kamil Ayub(bekas presiden PKPIM) dijadikan pengarah persidangan antarabangsa ke-7,IIFSO pada tahun 1988.Mustafa juga menjadi Pengerusi Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara(PEPIAT).

Selepas Mustafa Kamil Ayub bergiat dalam PKPIM, bakatnya telah dikembangkan lagi dalam ABIM.

Begitu juga dengan Ahmad Azam Abd. Rahman, Presiden ABIM yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa WAMY Pusat.

Maka tidak hairan, dalam perutusan khas Anwar sempena 30 tahun penubuhan ABIM, Anwar dari penjara Sungai Buloh, (menulis kepada perwakilan ABIM) agar hubungan dengan rangkaian belia Islam Asia Tenggara, IIFSO dan WAMY diperkukuh malah diteruskan lagi.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved