StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, January 31, 2002 10:03 PM

PTPTN mahu perkenal Skim Pinjaman Islam


IPOH, Rabu: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) akan memperkenalkan skim pinjaman
Islam kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT)
yang memohon pinjaman pendidikan daripada agensi itu.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, berkata
Kabinet pada dasarnya bersetuju PTPTN melaksanakan
pinjaman mengikut sistem Islam sebaik kajian mengenai
pelaksanaannya selesai tidak lama lagi.

"PTPTN pernah meminta khidmat nasihat Bank Islam dan Bank Muamalat mengenai kaedah pelaksanaan pinjaman mengikut sistem urus niaga Islam.

"Kajian sedang dijalankan dan sebaik selesai, kita
percaya dapat mengeluarkan pinjaman pendidikan baru
berlandaskan muamalat Islam," katanya kepada Berita
Harian di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas beberapa isu berkaitan
pinjaman pendidikan yang dilaporkan media sejak
kebelakangan ini.

Ahmad Husni berkata, PTPTN proaktif memikirkan cara
terbaik memberi kemudahan kepada pelajar yang
memerlukan pinjaman pendidikan.

"Kita juga sedang mengkaji cadangan menggunakan bank sebagai ejen penyaluran bayaran pinjaman kepada pelajar," katanya sambil menambah, PTPTN juga sedang meneliti kaedah dan bank sesuai untuk melaksanakan tanggung jawab berkenaan.

Beliau mengakui sistem pelaksanaan pinjaman pendidikan sekarang masih perlu diperbaiki untuk memenuhi keperluan bilangan peminjam yang semakin meningkat.

"Setakat ini, ada 300,000 pelajar mendapat pinjaman
daripada PTPTN dan bilangannya dijangka meningkat
kepada sejuta dalam tempoh lima tahun akan datang,"
katanya.


Halaman Utama

 

Oleh:

Azmi

Abdul Malek

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved