StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Tuesday, February 19, 2002 7:46 AM

Membentuk Mahasiswa Dakwah yang profesional


(Penulis merumuskan, mahasiswa Dakwah perlu mengelakkan tiga retorika konservatif: Pertama;AUKU.Kedua; Kumpulan pendesak dan ketiga: bersekongkol dengan kumpulan jahiliah.Ulasan Penasakti-e-mail : penasakti2002@yahoo.com)

Fathi Aris Omar, Berita Harian, 1 Julai 1993

KETUA Pengarah Pusat Islam, Zainal Abidin Abdul Kadir baru-baru ini mengambil langkah positif apabila beliau berhasrat menemui mahasiswa untuk menyelaraskan program dakwah di pusat pengajian tinggi (Berita Harian, 9 Jun lalu).

Usaha itu memang dinantikan-nantikan sejak dulu lagi agar mahasiswa dapat menjadi elemen penggerak masyarakat yang dinamik.

Isu mahasiswa dan dakwah sudah lama diperkatakan di kalangan gerakan Islam. Sayangnya, ia gagal digembleng untuk menghasilkan impak langsung ke atas masyarakat kerana sikap gerakan Islam yang gagal memahami aspirasi negara.

Mahasiswa yang terpengaruh dengan dakwah lebih bersikap konfrontasional terhadap usaha kerajaan kerana percaya pada propaganda murahan golongan tertentu.

Malah, di kalangan kumpulan mahasiswa yang terbabit dengan dakwah itu masih timbul percakaran yang bukan sedikit.

Setiap pilihan raya kampus untuk merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), maka pada ketika itulah pertembungan ideologi yang meruncing berlaku antara mereka.

Selain perebutan MPP ini, mahasiswa dakwah ini berebut kerusi untuk menguasai Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan perebutan ini biasa berlaku begitu sengit.

Pertarungan ini berlarut-larutan hingga selepas pilihan raya.

Inilah menjadi satu kerugian besar kepada masyarakat dan negara kerana perancangan dakwah yasng tidak sistematik di pusat-pusat pengajian tinggi.

Rata-rata mereka adalah anak muda yang mentah dalam isu-isu utama negara.

Oleh itu, mahasiswa dakwah ini terlalu rapuh berdepan dengan serangan pemikiran liar yang disuntikkan atas nama dakwah.

Lebih malang lagi, kebanyakan penyelewengan fikrah yang sampai kepada pelajar bukan disebabkan oleh dasar gerakan dakwah di luar kampus tetapi dicetuskan oleh golongan tertentu yang mentarbiyahkan mereka secara berlawanan dengan tawbii dakwah itu sendiri.

Ini mencetuskan suasana yang kurang menyenang dan membimbangkan.

Golongan inilah yang sebenarnya berfungsi menyuntikkan nilai dan persepsi tertentu ke dalam pemikiran pelajar. Mereka melaksanakan beberapa program indoktrinasi di luar kampus dan menuntut mahasiswa menyatakan taat setia (baiah) kepada organisasi tertentu.

Oleh kerana kecetekan ilmu terhadap selok-belok amal Islami dan kaedah bergerak dalam tansim, mahasiswa terbabit menyatakan baiah walaupun mereka sendiri kabur mengenai kesan dan tuntutan jangka panjangnya.

Pendek kata, yang lebih diutamakan dalam program indoktrinasi itu ialah penggabungan dalam organisasi bukannya kepada pelaksanaan dakwah.

Maka, kita dapatlah merumuskan bahawa mahasisswa dakwah berkenaan

bukannya mendokong idea gerakan dakwah di luar kampus; sebaliknya terpengaruh oleh elemen lain yang boleh terdedah kepada penyelewengan. Isu ini sebenarnya lebih serius daripada umum tanggapi.

Hari ini, walaupun kerajaan menunjukkan prestasi yang lebih positif kepada penghayatan Islam, sesetengah mahasiswa dakwah masih lagi mendendangkan retorika dakwah lama.

Retorika-retorika itu ialah:

* Kerajaan ini menghalang kebebasan mahasiswa melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ia dianggap sebagai punca kepincangan gerakan mahasiswa dan kelesuan aktivisme kampus.

* Mahasiswa perlulah bertindak sebagai ejen pendesak (pressure group) yang sukakan tindakan berani seperti berdemonstrasi dan menyatakan bantahan kepada penyelewengan kerajaan.

* Golongan dakwah yang lebih konstruktif terhadap usaha kerajaan dianggap golongan yang bersekongkol dengan golongan jahiliyyah.

Oleh kerana di kalangan mereka terdapat mahasiswa yang sukakan pendekatan yang konstruktif, mahasiswa berkenaan diketepikan daripada kepimpinan persatuan dalaman.

Tiga keadaan di atas perlulah dirombak.

Mahasiswa perlu diasuh membina kematangan tindakan melalui pembeinaan kemahiran dan pembentukan daya fikir.

Dalam budaya dakwah yang tidak terencana pada masakini, mahasiswa sebenarnya hanya tertarik kepada idealisme dan slogan kumpulan kumpulan tertentu yang mendakwa tertentu yang mendakwa mereka lebih Islamik daripada orang lain.

Mahasiswa sendiri masih lagi cetek untuk mengenali jalan-jalan dakwah yang bakal diharungi ketika berada di luar kampus.Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya sejumlah besar `tercicir' apabila memasuki alam kerjaya dan rumah tangga.

Inilah kesan-kesan buruk dakwah yang tidak sistematik di kalangan mahasiswa.Untuk jangka masa pendek, kita melihat seolah olah satu gerombolan anak-

anak menara gading yang meluap-luap tanpa bendungan lagi tetapi sebenarnya ia adalah tempias idealisme remaja kampus semata-mata.Jika ditinjau di sudut ini, kerugian bukan hanya kepada kerajaan dan negara tetapi juga kepada pertubuhan dakwah yang menyuntik propaganda murahan itu sendiri.

Akhirnya, yang tinggal hanyalah slogan dan retorika kosong! Masyarakat Islam yang menantikan sumbangan anak-anak kampus yang Islamik ini masih lagi setia menunggu.

Dalam dekad 1990-an yang mengejar profesionalisme dan prestasi tinggi, mahasiswa dakwah harus dipersiapkan dengan kemahiran yang profesional.

Selama ini kemahiran seperti itu tidak dapat disalurkan kepada mereka kerana pertubuhan dakwah sendiri mengalami keterbatasan di sudut ini.

Oleh itu, langkah Pusat Islam ini wajarlah disambut dengan hati yang terbuka. Dengan bantuan kemahiran profesional, saya kira mahasiswa boleh

berfungsi sebagai `penghubung dan penyalur' sumber-sumber dalam masyarakat. (Lihat Rajah).

Mahasiswa sebenarnya elemen yang penting dalam penerusan dinamisme

kepemimpinan negara. Jika mereka gagal melihat aspirasi negara (kerana terpengaruh oleh elemen-elemen dakwah yang konfrontasional), mahasiswa ini akan gagal bertindak sebagai pengembang idea-idea bernas untuk kebaikan ummah. Malah, fungsinya sebagai penyambung tradisi positif juga belum tentu digarapi dengan konstruktif.

Suasana negatif ini mestilah disekat seberapa segera. Mahasiswa dan dakwah adalah dua eleman penting untuk kemajuan negara dan pembinaan masyarakat.

Namun, apa yang kita rasa kini ialah dakwah di kampus sering menimbulkan kesan negatif seolah olah satu elemen bermasalah dalam masyarakat kampus.

Ia sesuatu yang hampir menjejaskan kelancaran kemajuan masyarakat kampus sendiri. Pada hal ia tidak seharusnya berlaku jika inti sari dakwah dan mahasiswa itu menetapi aspirasi nasional.

Jika inilah imej dakwah yang dipaparkan, suatu masa nanti majoritimahasiswa tidak akan terpikat lagi dengan dakwah kerana mahasiswa dakwah kini yang tidak berprestasi. Tentulah agak malang jika masyarat mulai sangsi dan lari daripada kegiatan dakwah ini.

 


Halaman Utama

 

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved