StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Wednesday, January 16, 2002 9:27 PM

'Akujanji' satu pencabulan hak individu, kata kakitangan akademik UM


Oleh : Sonia Randhawa

Persatuan kakitangan akademik Universiti Malaya mendakwa ‘Akujanji’ untuk kakitangan awam, mencabul hak asasi mereka, dibawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan media, presiden kesatuan itu Rosli Mahat menafikan bahawa mereka yang enggan menandatangani surat ‘Akujanji’ adalah tidak setia kepada raja, negara dan kerajaan. Dia berasa kesal kerana kebanyakan laporan media memberi gambaran tersebut.

Dia juga menjelaskan bahawa kesatuannya menolak surat ‘Akujanji’ atas empat alasan.

“ Pertamanya ialah sekatan kepada kebebasan akademik dimana dalam ‘Akujanji’ ini kita dilarang mengkritik dasar dan keputusan kerajaan. Perkara dua, ialah kita dapati bahawa kerajaan mahu mengawal kegiatan kesatuan sekerja dan ini merupakan satu percubaan untuk menyekat perhubungan antara seorang pekerja itu dengan kesatuan dia. Dan perkara ketiga ialah ‘Akujanji’ ini cuba menghadkan option-option tindakan yang boleh diambil oleh seseorang pekerja itu. Akhir sekali perkara keempat ini dimana di dalam ‘Akujanji’ ini menghendakkan kita setuju dengan apa-apa peraturan yang akan dikeluarkan.”

Kerajaan telah memberi tempoh sehingga 31 Mac untuk semua kakitangan awam, termasuk ahli-ahli akademik, menandatangani surat ‘Akujanji’. Antara lain, surat itu merupakan satu angkat sumpah untuk menghalang aktiviti-aktiviti anti kerajaan di universiti dan di kalangan kakitangan kerajaan.

Sumber : http://www.radiqradio.com


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved