StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 9:12 AM

AKUJANJI: Jangan hukum pelajar IPTA - Musa


KUALA LUMPUR,Jumaat 8 Feb - Kementerian Pendidikan tidak akan menghukum sewenang-wenangnya penuntut-penuntut Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang enggan menandatangani Surat Akujanji, kata Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad.

Beliau berkata, Kementerian terlebih dahulu akan memastikan para penuntut itu memahami kandungan dokumen berkenaan kerana sebarang tindakan melulu boleh menimbulkkan perselisihan antara kerajaan dan penuntut-penuntut IPTA.

"Tindakan menghukum tidak timbul.Saya tidak mahu hubungan kita jadi tidak tentu pasal, jadi genting, kerana sekarang kita akan sedarkan mereka, ini (Akujanji) adalah macam ikrar biasa juga," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA, di sini, Jumaat.

Berdasarkan pertemuan dengan MPP pada majlis itu, Musa berkata penuntut IPTA rata-ratanya masih belum memahami kandungan Surat Akujanji itu.

Oleh kerana itu Deraf Surat Akujanji itu akan diberikan kepada MPP bagi membolehkan mereka meneliti dan memahami kandungannya."Jadi di bengkel ini akan kita keluarkan (akujanji) kepada mereka.Jika mereka nak mengubah sana-sini, jika ia sesuai kita akan terima," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan MPP terhadap pelaksanaan Surat Akujanji itu Musa berkata, selepas diberi penerangan cara keseluruhannya wakil penuntut yang hadir menunjukkan tindakbalas yang positif.

"Mereka telah mengambil maklum...nampaknya mereka faham ia bukan dokumen baru, bukan perkara baru dan tidak mengandungi perkara baru cuma bentuknya saja yang baru," katanya.

Pada bulan lepas Musa memaklumkan semua penuntut IPTA di semua peringkat pengajian akan diminta menandatangani Surat Akujanji sebaik saja sesi akademik bermula Mei ini.

Pelaksanaan Surat Akujanji itu yang juga melibatkan semua kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah bagi memastikan kakitangan awam tidak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan tanggungjawab mereka dalam organisasi kerajaan yang disertai.

Majlis itu yang merupakan acara tahunan diadakan bagi membolehkan Kementerian itu menyampaikan kepada penuntut akan dasar-dasar terkini yang dilaksanakan oleh kerajaan.


Halaman Utama

 

Oleh:

AgendaDaily

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved