StatTrack
free web hosting | free website | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, March 1, 2002 11:30 PM

AUKU: Tali Gantung untuk pelajar


Oleh: Student 74

Orang ramai sering bertanya apakah sebenarnya Akta Universiti yang sedang ditentang oleh para pelajar dan mahasiswa. Ini kerana orang ramai selalu terbaca di akhbar tentang pandangan badut-badut politik Mahathir bahawa Akta ini akan membawa kebaikan untuk para pelajar dan mahasiswa.

Betulkah AUKU ini membawa kebaikan? Jawabnya: TIDAK.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) hanya membawa seribu satu macam keburukan untuk pelajar dan rakyat jelata.

Akta ini mula dikanunkan pada tahun 1971. Ini hasil dari gerakan pelajar dan mahasiswa yang telah berjaya mengeluarkan Manifesto Mahasiswa untuk menyedarkan orang ramai tentang karenah dan benih-benih kezaliman yang telah mula ditanamkan oleh pemerintah Parti Perikatan (Kapal Layar). Walau pun AUKU wujud pada tahun 1971 tetapi semua persatuan pelajar dan gerakan pelajar langsung tidak mengendahkan Akta ini. Malah tidak ada satu pun persatuan pelajar atau persatuan belia yang menyokong Akta ini.

Pada tanun 1974 rakyat miskin di Baling, Sik dan di sekitar utara Kedah telah bangun menuntut hak mereka untuk mendapat layanan hidup yang lebih selesa. Penindasan dan penghisapan darah oleh para kapitalis telah menjadikan rakyat di Baling hidup papa kedana kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Rakyat Baling dengan gagah berani telah bangun berdemonstrasi menuntut keadilan.

Keberanian orang kampung dan sikap gagah menuntut hak ini telah disambut dan disokong hangat oleh para pelajar dan mahasiswa di seluruh negara. Demonstrasi untuk menyokong tindakan penduduk Baling telah diadakan di Universiti Malaya, di Universiti Kebangsan, ITM, USM dan Politeknik Ungku Omar Ipoh. Akhirnya terjadilah penangkapan beramai-ramai di mana pensyarah, pemimpin belia dan pemimpin mahasiswa telah ditahan dengan ISA.

Untuk menangkis kesedaran politik pelajar dan mahasiswa lalu dikanunkan Akta Universiti dan Kolej Universiti Pindaan 1974. Pada waktu ini yang menjadi menteri pelajaran ialah Mahathir. Dari sini bermulah sejarah kemungkaran Mahathir yang berterusan hingga ke hari ini.

Tujuan Akta ini ialah :

- untuk melarang pelajar dan mahasiswa dari dapat berfikiran terbuka
- untuk melarang pelajar dan mahasiswa dari berkata benar
- untuk melarang pelajar dan mahasiswa dari menegakkan kebenaran
- untuk melarang pelajar dan mahasiswa dari menentang kezaliman
- untuk meracun pelajar dan mahasiswa agar mereka lalai dan takut
- untuk membunuh semangat keilmuan, keintelektulan di dalam universiti
- untuk mendidik pelajar dan mahasiswa di dalam budaya ampu bodek UMNO
- untuk mendidik dan melahirkan intelektual kangkong
- untuk mendidik dan melahirkan graduan dan pensyarah tukang angguk kepada Mahathir.
- untuk terus mengancam pelajar dan mahasiswa dengan ugutan tali gantung Akta.

Disini terbukti bahawa sejarah Akta ini berkait rapat dengan keberanian suara pelajar dan mahasiswa untuk mempertahan kepentingan orang kampung, penoreh getah, rakyat miskin dan penduduk miskin kota.

Dengan ini jelas terbukti bahawa Akta ini di wujudkan agar pelajar dan mahasiswa tidak lagi dapat bersuara untuk menyokong tuntutan orang kampung dan rakyat jelata yang tidak mempunyai suara dan sering ditipu dan ditindas. Kerana inilah maka hingga ke hari ini tidak ada pelajar dan mahasiswa yang sihat akal fikirannya akan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti ini.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved