StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

PKAUM anggap Surat Akujanji langgar hak


Berita Minggu-10 Mac 2002

KUALA LUMPUR: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) meminta kerajaan menarik semula Surat Pekeliling 17 bagi tahun 2001 yang mewajibkan semua kakitangan awam menandatangani Surat Akujanji.

Presiden PKAUM, Rosli Mahat, berkata surat itu hanya menyentuh sedikit mengenai sumpah dan taat setia kepada kerajaan, raja dan negara, manakala sebahagian besar berkaitan dengan kesetiaan tetapi bercanggah dengan hak kebebasan akademik, pekerja dan rakyat.

Beliau berkata, Perkara (i) dalam akujanji melanggar hak kebebasan ahli akademik dengan menganggap sebarang kritikan dasar dan keputusan kerajaan sebagai ketidaksetiaan, sedangkan ia penting bagi melahirkan siswazah berfikiran kritis dan berupaya melihat sesuatu isu dari berbagai sudut.

“Bagaimana mata pelajaran seperti ekonomi, sains sosial dan undang-undang diajar dengan berkesan jika ahli akademik dihalang daripada mengkritik kerajaan. Perkembangan ilmu akan terbantut dan tidak lengkap jika kebaikan satu pihak saja yang disebut-sebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Rosli berkata Perkara (viii) boleh mengehadkan perjuangan kesatuan dengan hanya membenarkan pekerja yang memerlukan pembelaan meminta bantuan daripada kesatuan secara rasmi.


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved