StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, January 24, 2002 7:16 PM

Wan Nor Hayati (UTM) Mangsa Gerakan Pelajar Bawah Tanah


KUALA LUMPUR 1 Sept. - Seorang gadis bekas penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendedahkan kewujudan satu gerakan bawah tanah yang sistematik di universiti-universiti tempatan untuk mempengaruhi pendirian politik pelajar-pelajar Melayu supaya berjuang menjatuhkan kerajaan.

Wan Noor Hayati Wan Alias, 22, yang terkandas dalam
pelajarannya di UTM kerana terlibat dalam gerakan
bawah tanah itu mendakwa, dia sendiri telah terpedaya
dengan kumpulan tersebut yang berselindung di sebalik
aktiviti usrah dan tamrin.

Menurut beliau, penyokong-penyokong parti pembangkang di universiti menggunakan Persatuan Mahasiswa Islam dan dua pertubuhan tidak berdaftar iaitu Hizbi Islami dan Markaz Siswazah Kelantan untuk menggerakkan sentimen bencikan kerajaan.

``Mereka menggunakan tamrin dan usrah bagi menanamkan perasaan marah para pelajar Islam terhadap UMNO dan kerajaan, membakar semangat jihad dan kesanggupan untuk berbuat apa sahaja demi perjuangan politik parti pembangkang,'' katanya kepada Mingguan dalam satu interviu.

Oleh kerana terpengaruh, Wan Noor Hayati sendiri telah
diperdaya untuk membantu kempen-kempen parti
pembangkang dalam pilihan raya umum 1999 di Batu
Pahat, Rengit, Kluang dan Mersing.

``Saya dan rakan-rakan saya dari Hizbi Islami UTM
telah bekerja dalam pilihan raya itu untuk menaip
teks-teks propaganda pembangkang, merentang kain
sepanduk, memeriksa daftar pemilih menggunakan
komputer, berkunjung dari rumah ke rumah dan
kerja-kerja lain,'' kata Wan Noor Hayati.

Mesyuarat-mesyuarat sulit untuk menggunakan pelajar
UTM dalam pilihan raya itu telah berlangsung dua bulan
sebelum pilihan raya umum 1999 diadakan.

Gadis dari Kota Bharu, Kelantan itu terkandas dalam
peperiksaan UTM beberapa bulan selepas pilihan raya
umum 1999 berakhir. Beliau merupakan bekas pelajar
jurusan Kejuruteraan Kimia.

Wan Noor Hayati yang merupakan anak yatim piatu dari
Kota Bharu, Kelantan menyertai Persatuan Mahasiswa
Islam UTM kerana terpikat dengan Islam tetapi kemudian beliau dan beratus-ratus pelajar UTM lain telah dibawa oleh gerakan bawah tanah itu menyertai tamrin ala komando di beberapa tempat yang dirahsiakan di sekitar Johor.

Di sana, mereka diasah supaya menumpahkan taat setia kepada perjuangan politik parti tertentu, dan diugut bahawa jika mereka berpaling tadah, mereka akan ditimpa bala Allah.

Bagaimanapun beliau tidak menyangka kemudian beliau telah dilibatkan dalam satu program brainwash yang dijalankan oleh lelaki dan wanita yang tidak mahu
memperkenalkan identiti diri mereka.

``Di UTM, gerakan bawah tanah ini mendapat bantuan
kewangan daripada pihak tertentu. Pelajar-pelajar yang
terlibat dalam gerakan itu bergaya dengan telefon
bimbit dan diberikan jip untuk dipakai bagi kegunaan
gerakan semasa di universiti,'' katanya.

Satu daripada budaya gerakan bawah tanah itu ialah
pelajar lelaki dan wanita dalam gerakan diminta oleh
kepimpinan supaya berkahwin sesama sendiri bagi
mengelakkan jemaah wanita terutamanya bernikah dengan ``orang yang fikrahnya UMNO.''

Pemilihan calon suami dan isteri dalam program yang
dinamakan Baitul Muslim itu dibuat dengan ahli-ahli
gerakan itu mengisi sekeping borang tentang minat dan
latar belakang masing-masing.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Baharom Mahusin

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved