StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002

Salahkah Mahasiswa menyokong Pembangkang?


Bukan menjadi satu kesalahan, jika mahasiswa terlibat dengan pihak luar kerana mahasiswa adalah rasional yang boleh memikirkan perkara yang baik dan buruk.

UMNO selalu menyalahkan pelajar yang didakwa terlibat dengan kegiatan 'bawah tanah', tepai UMNO hanya bercakap sahaja, tetapi tidak pernah turun ke kampus.

Maka, jangan disalahkan mahasiswa, jika mahasiswa lebih cenderung kepada pemikiran pembangkang. PAS, ABIM,PKPIM dan JIM lebih rajin berinteraksi dengan mahasiswa berbanding dengan GPMS, MAYC dan UMNO.

Walaupun, pihak yang dilabelkan pembangkang sukar untuk muncul dalam majlis-majlis rasmi, namun mahasiswa tetap memilihnya.

Bukti yang paling jelas ialah keputusan pilihanraya kampus sesi 2001/2002 baru-baru ini, di mana menunjukkan pelbagai sekatan dan halangan yang dilakukan oleh pihak tertentu(kerajaan) tetapi kemenangan tetap berpihak kepada mahasiswa propembangkang.

Kerajaan mendakwa dapat menguasai 6 buah IPTA iaitu UUM,UiTM,KUITTHO,KUIM,UNIMAS,dan UMS.Benarkah kenyataan ini atau sekadar perang psikologi media massa sahaja. Bagaimana mahasiswa prokerajaan boleh menang di KUiTTHO sedangkan calonnya hanya dihantar empat orang sahaja. Mana mungkin, institusi keagamaan seperti KUIM boleh dikuasai pemikiran kerajaan sedangkan para pelajarnya telah terdidik daripada aliran sekolah agama dari pelbagai negeri di negara ini. Teliti dan hayati sendiri pemikiran dan ucapan presiden MPPUNIMAS, dan tentukan apakah beliau melalui kelompok proaspirasi kerajaan atau pembangkang.

Itu belum dihitung, apakah jelas status KUiTTHO dan KUIM yang boleh dikatogerikan sebagai IPTA.

Hakikatnya, universiti utama, UM,UKM,UTM,UPM,UIAM dan USM masih memihak kepada pembangkang.

Kenapa keadaan ini boleh berlaku?

KERAJAAN
PEMBANGKANG
1.Kerajaan hanya hadir dalam majlis rasmi Pembangkang hadir bersama-sama pelajar
2.Kerajaan hanya memberi bantuan kewangan Pembangkang memberi bantuan idealisme
3.Kerajaan hanya hadir sekali sekala Pembangkang sentiasa hadir pada bila-bila masa
4.Program kerajaan tidak berfokus Program pembangkang berfokus
5.Kerajaan mementingkan publisiti Pembangkang lebih ikhlas tanpa publisiti
6.Program kerajaan mementingkan unsur luaran Program pembangkang penting unsur dalaman
7.Program kerajaan tiada perkaderan Program pembangkang berasaskan pengkaderan
8.Pensyarah prokerajaan pasif Pensyarah propembangkang aktif
9.Pelajar prokerajaan popular di luar kampus Pelajar propembangkang popular dalam kampus

Maka, tidak hairan jika sebahagian besar badan-badan pelajar lebih cenderung untuk menyokong pembangkang, meskipun pada zahirnya badan/persatuan itu boleh hidup di atas bantuan dan ehsan daripada kerajaan pusat, agensi kerajaan, swasta dan kerajaan negeri.

Jangan disalahkan PAS,ABIM,PKPIM dan JIM jika mereka mampu mewana seluruh MPP IPTA, malah berjaya menyusup masuk dalam kelab,persatuan dan pertubuhan haram.

Salahkah pelajar berhubung dengan pembangkang?

UNIVERSITI MALAYA

Badan dalam berdaftar

Persatuan Mahasiswa Islam(PMI)
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam(PMAPI)
Persatuan Bahasa Melayu(PBMUM)
Persatuan Mahasiswa Kelantan(PMKUM)
Persatuan Mahasiswa Kedah (PEMADAH)
Persatuan Mahasiswa Terengganu(PERMATA)
Persatuan Mahasiswa Selangor(PERMAS)
Persatuan Mahasiswa Pahang(PMPUM)
Persatuan Bahasa Cina(PBCUM)
Jawatankuasa Tindakan Kerohanian Kolej(JTKK)
Badan politik Kampus Pembangkang

Gabungan Mahasiswa Universiti Malaya(GMUM)

Badan luar

Persatuan Ulamak Malaysia(PUM)-melalui PMI,PMAPI dan JTKK
PKPIM/ABIM-melalui PBMUM
Markaz Siswazah Kelantan(MSK)-melalui PMKUM)
DEMA-melalui PBCUM
PAS-melalui PMI
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

Badan dalam berdaftar

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM)
Kelab Rakan Islah Malaysia(KARISMA)
STEADFAST
Persatuan Debat Bahasa Melayu
Persatuan Ilmu Wahyu
Persatuan Bahasa Arab
Badan politik kampus

We United For Islam(WUFI)

Badan luar

ABIM-melalui PKPIM
JIM-melalui KARISMA
PAS-Persatuan Ilmu Wahyu

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Badan dalam berdaftar

Persatuan Mahasiswa Islam-dibubarkan
Persatuan Budhis
Jawatankuasa Tindakan Kerohanian Kolej
Badan luar

Hizbi Islami-melalui PMI
DEMA-melalui Persatuan Buddhis
JIM-melalui PMI
Markaz Siswazah Kelantan
PAS-melalui PMIUTM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Badan dalam berdaftar

Ikatan Studi Islam(ISIUKM)
Persatuan Mahasiswa Kelantan(PERDANA)
Persatuan Mahasiswa Kedah(PEMATRA)
Persatuan Mahasiswa Selangor(PERMAS)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam(PKPIM)
Persatuan Bahasa Cina(PBCUKM)
Jawatankuasa Tindakan Kerohanian Kolej
Badan politik kampus

Islam Penyelamat Ummah(IPU)

Badan luar

ABIM-melalui PKPIM
JIM-melalui KARISMA dan ISIUKM
Markaz Siswazah Kelantan-melalui PERDANA
DEMA-melalui PBCUKM
PAS-melalui ISIUKM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Badan dalam berdaftar

Persatuan Mahasiswa Islam(PMIUPM)
Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kelantan
Kelab Bimbingan Mahasiswa(KBM)
Persatuan Mahasiswa Perak
Persatuan Mahasiswa Pahang
Jawatankuasa Tindakan Kerohanian Kolej
Badan politik kampus

Angkatan Mahasiswa Bersatu

Badan luar

ABIM/PKPIM-melalui KBM
DEMA
PAS-melalui PMIUPM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Badan dalam berdaftar

Persatuan Mahasiswa Intelek-dibubarkan
Kelab Usahawan-dibubarkan
ADASI-dibubarkan
Jawatankuasa Kerohanian Kolej
Badan luar

PAS-melalui Persatuan Mahasiswa Intelek

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Badan dalam berdaftar

Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUSM)
Persatuan Pengguna (PPUSM)
Himpunan Anak-Anak Kelantan(HAAK)
Persatuan Mahasiswa Terengganu(PERMATA)
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya(KBRS)
Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(PPM)
Persatuan Bahasa Tionghua(PBTUSM)
Badan politik kampus

Universiti Sains Malaysia Islamic Council(USMIC)

Badan luar

PAS-melalui PMIUSM
PKPIM/ABIM-melalui KBRS
JIM-melalui PPM
DEMA-melalui PBTUSM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Badan dalam berdaftar

Kelab PERKIM
Badan politik kampus

Ikatan Ikhwan Utara

Badan luar

1. PAS-melalui PERKIM


Halaman Utama

 

Oleh:
SiswaJihad

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved