StatTrack
free web hosting | free website | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, February 22, 2002 10:57 AM

Kenyataan Rasmi Mahasiswa Islam Malaysia


Oleh
Muhamad Faisal Abd. Rahman
Presiden MIM

Mahasiswa Islam Malaysia Sedia Bantu Pejuang Islam Afghanistan

Kami seluruh Persatuan dan pertubuhan Islam peringkat Mahasiswa di insititut pengajian tinggi awam dan swasta telah mengadakan kata sepakat untuk bersedia membantu para pejuang Islam Afghanistan yang berjihad mempertahankan negara Islam dan negara mereka dari pencabulan dan keganasan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kami juga dari 25 persatuan-persatuan Mahasiswa Islam mengutuk tindakan Amerika Syarikat yang bertindak melulu untuk menyerang kerajaan Taleban di Afghanistan yang dituduh menyimpan pengganas.

Kami menyokong penuh kerajaan Taleban di Afghanistan yang telah mengisytiharkan perang kepada Amerika dan sekutunya jika mereka menyerang Kabul. Kerajaan Taleban merupakan kerajaan yang terbentuk oleh gabungan pelajar-pelajar Islam yang mempunyai aspirasi perjuangan Islam yang sama dengan kami untuk memastikan dunia ini diperintah oleh Islam.

Kami telah bersepakat mengutuk tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya dan menyokong kerajaan Taleban kerana beberapa faktor seperti di bawah.

Pertama : Tindakan Amerika Syarikat yang bertindak melulu serta gagal dan enggan mengemukakan bukti bahawa Osama Laden memang terlibat di dalam perancangan memusnahkan kepentingan Amerika Syarikat. Kami juga mengecam tindakan diktator Amerika untuk memaksa semua negara Islam membantu tindakan mereka yang tidak relevan.

Kedua : Amerika Syarikat sendiri adalah perancang utama keganasan dunia bukan sebagai polis dunia. Tindakan menyerang Afghanistan adalah suatu bentuk tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat yang tidak berdosa. Amerika Syarikat telah banyak melanggar dan mencabul hak asasi manusia di negara-negara lain seperti di Palestin, Bosnia, Filipina, Vietnam, Libya, Iraq, Iran dan negara-negara lain di dunia. Amerika Syarikat dan sekutunya telah melakukan keganasan terhadap umat Islam di seluruh dunia sehingga berjuta-juta umat Islam telah terkorban dan hidup menderita dengan peperangan dan sekatan ekonomi yang telah mereka lakukan.

Ketiga : Tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya menyerang Afghanistan akan mewajibkan (fardu ain) umat Islam di negara itu mempertahankan negara mereka dan kesucian agama mereka. Manakala umat Islam di negara lain wajib (fardu kifayah) juga membantu umat Islam Afghanistan dengan apa cara sekalipun demi mempertahankan saudara seagama dengan mereka.

Oleh yang demikian kami bersepakat untuk membantu pejuang Islam Afghanistan dengan beberapa cara yang telah disepakati iaitu :-


Pertama : Kami akan menubuhkan dana khas membantu kewangan para pejuang Islam Afghanistan.


Kedua : Mendesak kerajaan Malaysia supaya tidak menyokong dan membantu Amerika dan sekutunya serta mengecam tindakan Amerika jika berlaku peperangan di Afghanistan.


Ketiga : Kami akan berkempen mengajak masyarakat seluruh Malaysia untuk memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat supaya masyarakat Malaysia tidak bersubahat dengan keganasan zionis Amerika.


Keempat : Kami mengajak seluruh umat Islam mengadakan sembahyang hajat dan berdoa memohon agar Allah Ta'ala menyelamatkan umat Islam di Afghanistan dari keganasan Amerika dan memberikan keamanan kepada mereka serta menggagalkan perancangan jahat dan ganas oleh sesiapa pun di dunia ini.

Kami sekali lagi menegaskan pendirian kami mengutuk tindakan Amerika Syarikat dan menyokong pejuang Islam Afghanistan. Kami mahasiswa Islam di Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk membantu umat Islam di negara lain yang ditindas.

Kami juga sebenarnya bersedia untuk mati syahid bersama mujahidin di Afghanistan sekiranya diizinkan oleh Allah Ta'ala untuk ke sana.


(Muhammad Faisal Abdul Rahman)
Setiausaha,
Majlis Mesyuarat Persatuan dan Pertubuhan Mahasiswa Islam Malaysia(MIM) Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved