StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, March 1, 2002 11:31 PM

Melahirkan Mahasiswa berideologi


Oleh MOHD. FAKHRUDIN ABU BAKAR

KETIKA ini suara mahasiswa begitu lantang dalam memperkatakan sesuatu isu yang berlaku di dalam dan di luar negara. Namun idea yang diperkatakan dan diketengahkan oleh mahasiswa itu mudah untuk dipertikaikan dan sering dipandang enteng oleh suasana persekitaran yang terdiri daripada pemimpin ataupun masyarakat sekeliling. Mahasiswa sekarang sering kali dipandang sebagai pro-pembangkang dan dianggap penentang kepada sesuatu usaha kerajaan, lebih-lebih lagi jika usaha atau isu tersebut juga ditentang oleh pembangkang. Untuk pengetahuan umum, mahasiswa adalah lebih kepada golongan liberal di mana isu yang mahu diperjuangkan tidak memihak kepada sesiapa pun.

Apa yang sudah kita ketahui dan umum memperakuinya, mahasiswa adalah tulang belakang dan pengganti kepada kepimpinan sekarang. Bercakap tentang kepimpinan akan datang, ia adalah suatu yang cukup penting dan perlu dititikberatkan bagi sesebuah pemerintahan untuk mengekalkan kestabilan negara sama ada dari segi ekonomi, sosialnya ataupun politik yang bagi saya politiklah adalah paling penting. Ini kerana kestabilan dari segi politik akan memudahkan sesuatu pelaksanaan sama ada kegiatan ekonominya atau kegiatan sosial. Disebabkan pentingnya kepimpinan pada masa depan inilah usaha dalam melahirkan mahasiswa berideologi ini perlu disemai agar negara tidak ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk diketengahkan. Bagi melahirkan mahasiswa yang berideologi ini, mahasiswa adalah bertanggungjawab dalam meningkatkan dan memantapkan diri masing-masing dalam bidang yang dipelajari bagi dipraktikkan pada masa akan datang. Kerana mahasiswa itu sendiri perlu bertanggungjawab kepada diri mereka terlebih dahulu sebelum mahu bertanggungjawab kepada orang lain (pemimpin).

Namun begitu, yang paling penting di sini ialah keterbukaan dalam penerimaan masyarakat sekeliling terhadap ideologi yang dibawa oleh mahasiswa ini yang rata-ratanya menerima sesuatu yang terbaru dan terkini untuk diketengahkan.

Disebabkan inilah masyarakat perlu menilai akan apa yang diusahakan dan apa yang mahu diketengahkan oleh mahasiswa ini dengan memberikan sedikit kebebasan kepada mereka untuk menyampaikannya. Kebebasan ini adalah merangkumi kebebasan dalam bersuara, berbincang dan berdiskusi dalam menyatakan baik buruk sesuatu isu atau perkara yang berlaku. Hasil yang diperoleh dan yang mahu diketengahkan ada-lah datangnya dari akal fikiran orang yang dikategorikan sebagai cerdik pandai iaitu mahasiswa dan tenaga pengajar mereka sendiri yang terdiri daripada pen-syarah yang rata-ratanya adalah berkelulusan tinggi. Setiap perlakuan yang wujud dalam pergerakan mahasiswa ini hams dilihat oleh masyarakat sekeliling sebagai satu usaha atau proses pembelajaran oleh mahasiswa tersebut. Suatu pengelompokan pemikiran sebeginilah yang kita mahukan dalam membina jati diri kepimpinan akan datang, di mana jati diri yang ditonjolkan oleh mahasiswa akan menjadi ukuran kepada peneri-maan masyarakat untuk mereka jadikan pemimpin.

Di samping itu juga, tiadanya halangan dalam menjana sesuatu pemikiran di kalangan mahasiswa ini daripada masyarakat amnya dan kepimpinan yang ada sekarang khasnya akan membantu kepada lahimya mahasiswa yang berideologi tinggi yang sesuai untuk memerintah negara pada masa hadapan yang sudah kita ketahui baha\va cukup mencabar. Bukan calang-calang orang yang mampu mentadbir sesebuah negara pada masa hadapan. Penjanaan pemikiran dalam bidang ekonomi dan politik adalah paling penting sekarang kerana cabaran dalam ekonomi dan politik cukup mencabar dan ini dapat dilihat dalam konteks Asia khasnya di mana pemimpin sesebuah negara cukup mudah dikalahkan dengan suasana dalam negaranya sendiri.

Namun begitu ideologi dalam bidang sosial dan agama juga sama pentingnya kerana ia adalah lambang kepada sesebuah masyarakat dan juga menjadi faktor keseimbangan kepada ekonomi dan politik dalam sesebuah negara.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini mahasiswa sering kali diperalatkan oleh pihak yang berkepentingan di mana mereka mempergunakan mahasiswa untuk melancarkan sesuatu gerakan yang akhirnya memakan diri mahasiswa itu sendiri. Terdapat juga kes mahasiswa di-politikkan oleh parti tertentu bagi me-raih sokongan di mana mereka berang-gapan yang mahasiswa merupakan golongan paling sesuai dan mudah untuk melakukan tindakan yang agresif dan dilabelkan sebagai 'cepat panas'. Namun begitu terdapat juga pemimpin kerajaan tidak sependapat dengan mahasiswa ini di mana kedua-dua golongan ini sering kali bertelingkah dalam memperkatakan sesuatu perkara atau isu. Contohnya dalam isu 'relevenkah mahasiswa berpolitik' di mana mahasiswa dihalang dan ditentang walaupun pendapat mereka ada juga betulnya.

Sepatutnya golongan mahasiswa ini harus dibimbing dan diasuh dengan ilmu dan pengalaman bukannya mereka ditentang dan diberi tekanan dengan apa juga ugutan dan hukuman tertentu tentang pendapat yang diketengahkan. Jika mereka (mahasiswa) ditentang dan suara mereka tidak diambU peduli, mahasiswa berkemungkinan akan mengi-kut jejak langkah seperti pelajar di insti-tusi pengajian luar negara yang lebih senang mengadakan rusuhan dan pe-nentangan secara kekerasan. Tetapi mahasiswa kita masih matang waJaupun terdapat segelintir daripada mereka terli-bat dalam rusuhan dan tindak balas berbentuk fizikal ini.

Akhir sekali di sini ialah masyarakat harus juga respek dan terbuka dalam menerima mahasiswa sebagai 'rebung' yang sedang menjalani proses untuk menjadi buluh yang akhirnya memperhambakan diri mereka untuk dibuat 'lemang' atau 'wau'. Tiadanya kekangan, tiadanya halangan dalam perkembangan mental(ideologi) mahasiswa ini akan merealisasikan mahsiswa berideologi ini. Adakan dan wujudkan 'pentas' di mana forum atau sesi bahas dan dialog dapat diadakan agar setiap apa yang tersirat di lubuk berharga mahasiswa ini dapat diketengah dan difikirkan secara terbuka dan dikaji kerelevanannya.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved