StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Wednesday, January 16, 2002 9:27 PM

KENYATAAN MEDIA BERSAMA PMUKM-ISIUKM


Kenyataan Akhbar
Daripada: Presiden PMUKM dan Presiden ISIUKM
Date: 16 Mar 2002
Time: 19:14:39 -0800


Kandungan
KENYATAAN MEDIA BERSAMA PMUKM-ISIUKM
1 MAC 2002

Isu Ulamak/PUM - Jangan Lari Dari Persoalan Sebenar

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) merasa terpanggil untuk memberikan pandangan berkaitan dengan kontroversi yang menyentap sentimen umat Islam di negara ini.

Sejak isu ini bermula rentetan dari tindakan PUM menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu pada 4 Februari lalu, bersabit dengan apa yang dikatakan sebagai 'penghinaan ke atas Islam oleh beberapa penulis dan individu', ianya telah mendapat liputan meluas dari media massa utama negara. Pelbagai pihak berbondong-bondong memberikan kenyataan dan ulasan berkenaan dengan isu ini. Namun kami merasakan apa yang diperbincangkan dan dipaparkan untuk makluman umum seolah-olah sudah lari dari isu sebenar yang dibangkitkan.

Betapa polemik yang berlaku sekarang seolah-olah cuba menggambarkan betapa angkuhnya PUM dan institusi ulamak yang mendakwa bahawa mereka tidak boleh dikritik. Turut sama terjebak dalam sindrom 'ketidakfahaman' ini ialah HARAKAH, lidah rasmi PAS. Sedangkan isu sebenar yang harus didedahkan kepada umum ialah kandungan tulisan-tulisan dan komen-komen beberapa penulis dan individu yang telah mencetuskan keributan. Sehingga ke hari ini kami mendapati tidak ada satu pun ulasan yang menyeru agar kandungan tulisan tersebut diadili, jauh sekali untuk disiarkan semula. Sebaliknya PUM menjadi sasaran tanpa henti oleh pelbagai pihak.

Untuk berlaku adil, masyarakat umumnya harus diberi kesempatan untuk menilai. Jauh lebih penting pihak berkuasa perlu bertindak dengan mempertemukan penulis terbabit, dan PUM sendiri dengan turut disertai oleh para ulamak berautoriti seperti Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, para Mufti dan ahli akademik untuk bermuzakarah bagi mencari kebenaran. Ini lebih dari utama dari mengutarakan isu yang tidak bersangkutan serta menjadikan PUM dan ulamak seolah-olah sedang dibicarakan (on trial)serta dibelasah tanpa sebarang kesudahan.

Kami juga ingin merujuk kepada kenyataan bersama oleh 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan 26 tokoh pelbagai bidang sebagaimana yang disiarkan di dalam semua akhbar utama 26 Februari yang lalu. PMUKM dan ISIUKM adalah antara badan pelajar yang memang sejak dari dahulu, merasakan dan memperjuangkan agar kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan diperluaskan lagi di negara ini selaku menghormati peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Universal Declaration Of Human Rights 1948. Namun kebebasan ini tidaklah secara semberono memberikan hak kepada sesiapa sahaja untuk sesuka hati memberikan tafsiran terhadap permasalahan dalam hukum-hukum Islam.


Perlu diingat setiap bidang ilmu itu mempunyai disiplin dan kaedahnya tersendiri untuk menjamin certainty (kepastian) serta ketepatan sesuatu hukum demi maslahah (kepentingan) umat Islam. Maka sudah tentu hanya mereka yang mempunyai kelayakan tertentu sahaja yang layak untuk membuat sebarang tafsiran dan menghuraikan sesuatu hukum. Tetapi sesiapapun berhak memberikan pandangan, selagi tidak terkeluar dari kaedah serta hukum yang telah sabit (ditetapkan). Inilah yang harus dibezakan dan difahami oleh NGO-NGO serta individu terbabit. Apakah dengan mengatakan "the question that should be adressed in our society today is not whether polygamy should be relegalised under the civil law for the non Muslims, but whether it should be continued under the Islamic family law for the Muslims", (Sisters In Islam, NST 10th January 2002), maka ianya mendapat justifikasi dan perlindungan atas nama kebebasan bersuara dan mnegluarkan pendapat walaupun terang-terangan berlawanan dengan kandunagn Ay
at Al Quran yang tidak pernah dimansukhkan? Inilah yang perlu dijawab.


(ABDULLAH ABDUL KARIM) (MOHD ARMY YUSOP)
Presiden PMUKM Presiden ISIUKM
Sesi 2001/2002 Sesi 2001/2002


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved