StatTrack
free web hosting | free website | Business WebSite Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, January 24, 2002 7:14 PM

Keberanian Naib Canselor UUM patut dicontohi


TINDAKAN Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri mendedahkan penglibatan beberapa pensyarah dan penuntut UUM dengan kegiatan militan wajar dipuji.

Beliau berani mendedahkan kegiatan tersebut walaupun kredibilitinya sebagai naib canselor mungkin
dipertikaikan. Ini juga menunjukkan beliau mengikuti
perkembangan dan aktiviti setiap penuntut dan
pensyarah UUM.

Naib-naib canselor universiti tempatan lain wajar
mencontohi beliau. Mereka sepatutnya peka dengan apa jua perkembangan dalam kampus. Janganlah bertindak hanya apabila terdapat pendedahan akhbar atau pemimpin politik mengenai sesuatu isu.

Lebih menyedihkan sesetengahnya tidak berbuat apa-apa sebaliknya secara melulu menuduh akhbar sengaja
memperbesarkan isu berkenaan. Sepatutnya mereka
menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang
kenyataan.

Begitu juga kes salah laku murid di sekolah-sekolah.
Pihak yang membuat pendedahan telah menjadi sasaran kononnya membuat tuduhan tanpa bukti. Jika benar tidak berlaku kemukakanlah fakta-fakta penafian. Usah membuat penafian membabi buta.

Bukan satu dua kes sahaja yang diperkatakan. Tidak
mungkinkah ada yang betul-betul berlaku? Apa yang
lebih menarik ada yang didakwa itu melibatkan bukan
sahaja murid malah guru-guru dan pengetua sendiri.
Kenapa mereka tidak memberi sebarang respons demi
membersihkan nama mereka? -


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

M.S Hasan,

Puchong

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved