StatTrack
free web hosting | website hosting | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | InfoSiswa | Arkib | Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Monday, February 11, 2002 9:23 AM

Akujanji: Tidak timbul tindakan hukum pelajar


KUALA LUMPUR, Jumaat: Kementerian Pendidikan tidak akan menghukum pelajar institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang enggan menandatangani akujanji sewenang-wenangnya.

Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata kementerian akan memastikan pelajar memahami kandungan surat berkenaan bagi mengelakkan perselisihan antara kerajaan dan pelajar IPTA.

Tindakan menghukum tidak timbul. Saya tidak mahu hubungan kita jadi tidak tentu pasal, jadi genting, kerana sekarang kita akan sedarkan mereka, ini (Akujanji) adalah macam ikrar biasa juga, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA, di sini.

Berdasarkan pertemuan itu, Musa berkata, pelajar IPTA masih belum memahami kandungan Surat Akujanji itu.

Sehubungan itu, katanya, draf surat itu akan diberikan kepada MPP bagi membolehkan mereka meneliti dan memahami kandungannya.

Jadi di bengkel ini akan kita keluarkan (akujanji) kepada mereka. Jika mereka nak mengubah sana-sini, jika ia sesuai kita akan terima, katanya.

Mengenai penerimaan MPP terhadap surat akujanji itu, Musa berkata, selepas penerangan menyeluruh, wakil pelajar yang hadir menunjukkan maklum balas positif.

Bulan lalu, Musa memaklumkan semua pelajar IPTA mesti menandatangani akujanji sebaik sesi akademik bermula Mei ini.

Pelaksanaan akujanji itu juga membabitkan semua kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam bertujuan memastikan kakitangan awam tidak terbabit dalam kegiatan bertentangan tanggungjawab mereka dalam organisasi kerajaan yang disertai.

Sementara itu, Musa berkata, kerajaan bersedia berbincang dengan persatuan kakitangan akademik universiti tempatan mengenai kebimbangan mereka terhadap kandungan akujanji yang wajib ditandatangani semua pensyarah.

Sehubungan itu, beliau meminta semua naib canselor universiti memberi penerangan kepada persatuan berkenaan mengenai tujuan dan kandungan akujanji berkenaan.

Malah, beliau sedia bertemu pemimpin persatuan itu jika perlu.

Kita akan bincang apa yang mereka khuatir. Mungkin ada salah faham, katanya.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini.com mengenai cadangan semua persatuan kakitangan akademik seluruh negara yang dijangka mengemukakan kenyataan bersama sebelum Tahun Baru Cina untuk memprotes langkah kerajaan mewajibkan pensyarah universiti awam menandatangani akujanji itu.

Laporan itu memetik Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), Rosli Mahat, berkata satu mesyuarat tergempar diadakan di Universiti Malaya semalam untuk membincangkan perkara berkenaan kerana akujanji dilihat sebagai sekatan terhadap kebebasan akademik.

Laporan yang sama turut memetik Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Anuar Zaini Mohd Zain, berkata universiti itu bersikap proaktif menandatangani akujanji berkenaan sebelum kakitangan universiti awam lain berbuat demikian walaupun kakitangan universiti mempunyai masa sehingga 1 Mac ini untuk berbuat demikian.

Enam pegawai tertinggi UM, termasuk naib canselor, sudah menandatangani akujanji itu di Auditorium Perdanasiswa universiti berkenaan disaksikan 800 kakitangannya.


Halaman Utama

 

Oleh:

Mohd Fuad Razali,

BH

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved