StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting



Date Hot Girls

Click Here!





Save Your Money

Click Here!





  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

   
ISU SEMASA is updated on Wednesday, January 16, 2002 9:13 PM

Mahasiswa Pewaris Kepimpinan, betul ke?


Oleh Raha Yacob
(Raha@hotmail.com)


ACAP kali retorika pemimpin mahasiswa atau pemimpin politik negara ini sama
ada dari kerajaan atau pembangkang memainkan ayat-ayat mukjizat bahawa
mahasiswa khususnya pemimpin mahasiswa hari ini adalah pewaris kepimpinan
negara.

Apakah kenyataan ini mempunyai dalil-dalil realiti atau ianya hanyalah
sebagai usaha untuk memberi perasaan palsu kepada mahasiswa supaya
mempercayai kenyataan ini?

Mari kita melihat realiti hari ini dan sedikit tinjauan latar belakang pemimpin negara, sama ada dari kerajaan atau pembangkang. Sebelum kita melihat kepimpinan melalui ahli-ahli Kabinet iaitu mereka yang membuat keputusan dasar-dasar negara, mari dulu kita melihat pemimpin yang dekat dengan kita sebagai mahasiswa iaitu Pemuda.

Datuk Hishamuddin Tun Hussen, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, adalah
seorang yang kerjayanya peguam yang tidak adapun latar belakang pernah
memimpin pelajar ketika di universiti di UK dan beliau barangkali diangkat
kepada jawatannya sekarang kerana kelebihan sejarah keluarga.

Mahfuz Omar tidak pernah pun ke universiti dan tentunya tidak pernah
memimpin mahasiswa. Kerjayanya sebagai seorang posmen yang hanya tahu
menghantar surat ke rumah-rumah, tetapi beliau mempunyai kepandaian
berpidato.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang boleh melihat masa depan negara 100
tahun ke hadapan termasuk dengan bijaknya mendirikan Putrajaya selepas
keruntuhan Kota Melaka, juga tidak pernah memimpin mahasiswa.
Beliau hanyalah seorang doktor perubatan yang kita tahu pelajar yang
mengambil bidang kedoktoran tidak mempunyai masa secukupnya untuk
berpolitik atau menerajui kepimpinan mahasiswa.

Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan yang boleh mendapat kelas
pertama dalam bidang Farmasi di Universiti Singapura juga tidak menjadi
pemimpin mahasiswa, tetapi beliau boleh memimpin USM sebagai Naib Canselor sehingga pernah meletakkan USM hingga ke tangga 11 ranking Asiaweek sebagai universiti terkemuka di seluruh Asia.

Tinjauan ringkas ini dengan jelas menolak tesis bahawa pemimpin
mahasiswa sebagai pewaris kepimpinan, malah seorang yang bekerja sebagai
posmen juga boleh diangkat sebagai ulama atau ustaz dalam kepimpinan Pemuda PAS.

Kemudian, ada juga suara-suara menyatakan: mahasiswa adalah aset
terpenting negara dan mereka `berhak’ menentukan agenda masa depan negara. Tesis ini juga perlu diperhalusi betul atau tidak kerana penyumbang
terbesar kepada negara bukanlah mahasiswa, sebaliknya mahasiswa adalah
parasit kepada negara.

Buktinya begini: Negara boleh hidup dan berdikari sekurang-kurangnya kerana mempunyai kuasa dan ekonomi, seperti mana seseorang individu boleh hidup dan berdikari kerana sebab yang sama (kuasa juga boleh diertikan sebagai keupayaan melakukan kerja seperti mempunyai kekuatan fizikal atau minda).
Penyumbang kepada perbendaharaan negara adalah mereka yang sudah bekerja dan membayar sedikit sumbangan kepada negara seperti melalui pembayaran cukai pendapatan. Semakin tinggi gaji seseorang, semakin tinggi sumbangan mereka kepada negara.

Sebaliknya, mahasiswa atau pelajar-pelajar kita bukan sahaja tidak
menyumbang kepada perbendaharaan negara tetapi mengambil pula kocek negara melalui pinjaman PTPTN dan sebagainya. Jikalah duit RM4 bilion yang diperuntukkan kepada PTPTN itu digunakan untuk menjana eknomi negara, atau katakan disimpan dalam bank sahaja dengan interes 4 peratus, fikirlah berapa banyak kekayaan negara boleh diperolehi.

Secara kasar, negara sudah memiliki pendapatan tetap RM160 juta setahun
dan jika wang ini digunakan untuk membantu petani, nelayan dan buruh kasar, maka kita tidak ada lagi mereka yang miskin di negara ini. Ini bermakna mahasiswa menjadi parasit kepada negara dan menganiayai golongan marhaen seperti petani, buruh dan nelayan.

Malangnya, dengan sombongnya pemimpin mahasiswa di universiti sekarang
berlagak seolah-olah mereka adalah penyumbang kepada kemakmuran negara yang hakikatnya mereka `berhutang budi’ dengan golongan petani, buruh, nelayan dan semua orang miskin dalam negara ini. Ini kerana golongan petani, buruh dan nelayan ini tidak pernah membantah atau menghantar memorandum kepada mahasiswa, mendesak mereka memberikan balik `hak’ wang kepada mereka.

Kesimpulanya, mahasiswa dan pemimpin mahasiswa bukanlah pewaris
kepimpinan, bukanlah aset terpenting negara, tidak menumbang kepada
kesejahteraan ekonomi dan kesihatan negara, tetapi mahasiswa adalah parasit,
yang meminjam khazanah negara denga melupakan hak petani, nelayan dan buruh
kasar.


Halaman Utama

 

Copyright ©2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved

EMAIL: Idealis-Mahasiswa