StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Friday, March 1, 2002 11:35 PM

Kenyataan Akhbar UBU-UiTM


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 0193874814 (Amin) atau 0193078839
( Jonah )

Kenyataan Akhbar Universiti Bangsar Utama (UBU ) Mengutuk Penindasan Yang Dilakukan Oleh UiTM terhadap pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik

8 Jun 2001 merupakan hari yang bersejarah dimana pada hari tersebut satu protes diadakan oleh mahasiswa yang bergabung dibawah Gerakan Mahasiswa Mansuhkan I.S.A (G.M.M.I) bagi membantah tindakan kerajaan Malaysia yang menggunakan I.S.A yang dengan jelas telah menidakkan kebebasan bersuara di negara ini.

Protes yang dihadiri oleh hampir 300 mahasiswa disekitar Lembah Klang itu telah mengundang tindakan ganas pihak polis dan menyebabkan 7 orang mahasiswa ditahan. Maka sejak dari tanggal 8 Jun 2001 bermulanya kembali" era penindasan " kepada mahasiswa. UiTM adalah IPTA pertama yang mengambil tindakan yang aggressif terhadap

Pelajar yang menyertai dan ditahan dalam protes mahasiswa tersebut. Dua orang anasiswa UiTM yang ditahan oleh pihak polis semasa perhimpunan aman itu, Saudara itefzan Ramli dan Saudara Herman telah digantung dari pengajian sehingga kes mahkamah selesai. (Biasanya kes-kes sebegini memakan masa 1-2 tahun untuk selesai).

Hari ini sekali lagi UiTM telah melakukan penindasan. Tetapi kali ini bukan hanya kepada mahasiswa, malahan pensyarah dan kakitangan akademik juga terlibat sama dalam kerakusan pihak UiTM yang dilihat begitu "mengampu" regim diktator Mahathir Mohammad yang semakin hari semakin hilang pengaruh dikalangan rakyat dimana pada pilihanraya umum yang lalu telah menyaksikan bermulanya era politik baru masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu dimana hampir 60 peratus orang Melayu telah memberikan undi kepada pakatan pembangkang.

Pihak UiTM telah melakukan tindakan yang radikal dengan membubarkan dua persatuan mahasiswa iaitu Persatuan Mahasiswa Islam UiTM dan Kelab Usahawan UiTM. Selain daripada itu seorang pensyarah telah dipecat dan 47 orang kakitangan akademik lain, termasuk ditukar tempat kerja. Prof. Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah memberitahu " daripada 47orang yang dikenakan tindakan disiplin, 40 orang ditukarkan ke cawangan-cawangan yang lain. 4 orang ditarik balik jawatan dan tiga orang lagi ditarik balik biasiswa". ( Utusan Malaysia, Rabu 5 September 2001 ).

Pihak UiTM menjelaskan bahawa tindakan mereka ini adalah untuk membenteras kegiatan-tegiatan anti-kerajaan yang didakwa oleh mereka ( Baca: UiTM ) dilakukan secara terang-terangan. Dr.lbrahim juga berkata beliau akan memastikan tidak ada mana-mana parti politik pembangkang menggunakan persatuan mahasiswa untuk kepentingan politik mereka (Baca. Parti Politik Pembangkang ).

Kami di UBU mengecam penindasan yang dilakukan oleh pihak UiTM terhadap pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik yang kami rasakan sungguh tidak demokratik. Pihak UiTM telah melakukan penindasan yang amat besar seperti mengantung pelajar, membubarkan persatuan pelajar dan yang terbaru memecat pensyarah dan mengenakan tindakan keras kepada 47 orang kakitangan akademik.

Tindakan UiTM adalah sungguh tidak demokratik dan bertentangan dengan piagam Antarabangsa Tentang Hak-hak Asasi Manusia dalam Fasal 19 yang mengatakan bahawa " Tiap orang berhak untuk mempunyai fikiran sendiri dan bebas untuk menyuarakannya; hak ini merangkumi kebebasan untuk mempercayai fikiran sendiri tanpa diganggu gugat, dan kebebasan untuk mencari, menerima dan menyampaikan keterangan dan buah fikiran melalui semua jenis media tanpa periu merujuk kepada sesiapa terlebih dahulu".

Pihak UiTM juga telah mengamalkan " double standard" dimana tindakan hanya diambil kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik yang terlibat dengan politik pembangkang tanpa mengenakan apa-apa tindakan yang sama kepada mana-mana pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik yang melibatkan diri secara terang-terangan didalam politik UMNO dan Barisan Nasional. Malahan ada pelajar yang melibatkan diri dengan UMNO yang ditangkap ketika meniru dalam peperiksaan dilepaskan begitu sahaja hanya kerana beliau memperjuangkan UMNO didalam kampus menurut seorang aktivis mahasiswa UiTM yang tidak mahu namanya disiarkan. Sedangkan didalam AUKU dan Akta UiTM telah menjelaskan bahawa mahasiswa tidak boleh terlibat dengan mana-mana parti politik.

Kami di UBU mengutuk keras tindakan UiTM membiarkan universiti itu diperalatkan oleh regim Diktator Mahathir Mohammad. Universiti seharusnya bebas daripada kongkongan oleh mana-mana pihak. Universiti seharusnya bebas untuk menentukan pentadbiran mereka sendiri tanpa campurtangan daripada kerajaan kerana universiti adalah tempat untuk nencari ilmu dan kebenaran. Tetapi sayangnya UiTM telah merendahkan martabat institusi itu sebagai satu pusat ilmiah yang bebas dengan membiarkan diri mereka untuk kepentingan politik Regim Diktator Mahathir yang menindas.

Kenyataan Professor Datuk Dr. Ibrahim yang mengatakan bahawa tindakan tegas yang diambil terhadap pelajar dan pensyarah yang antikerajaan kerana tidak mahu UiTM menjadi kelas kedua menampakkan kebodohan beliau. Walaupun sudah bergelar professor dan mendapat pangkat Datuk, beliau masih lagi tidak faham apa sebenarnya tujuan universiti diadakan. Universiti adalah pusat untuk mencari ilmu dan kebenaran. Sudah pasti dalam proses mencari ilmu dan kebenaran, pasti ada pertentangan dan kontradiksi yang berlaku. Beliau seharusnya berbangga kerana di UiTM masih ada lagi mahasiswa yang berani untuk mengkritik kerajaan.

Mengkritik kerajaan tidak semestinya menentang kerajaan. Terlibat dalam politik tidak semestinya menjadi ahli parti politik. Kalau perkara-perkara yang asas sebegini pun masih lagi tidak dapat memahamiya, kami di UBU meyarankan agar beliau letak jawatan sebagai Canselor UiTM dan masuk menuntut semula dimana-mana IPTA atau IPTS. Kami sebagai generasi muda amat kesal dan sedih dengan sistem pendidikan negara yang telah melahirkan Professor seperti Naib Canselor UiTM. Kalaulah begini cara NC UiTM berfikir, untuk mencapai taraf Universiti kelas keenam pun tidak akan tercapai.

Maka kami dan Universiti Bangsar Utama mendesak UiTM dan semua IPTA dan IPTS supaya

1. Menghentikan segala bentuk penindasan dan pencabulan HAM ( Hak Asasi Manusia ) yang dilakukan oleh UiTM dan semua IPTA/IPTS terhadap mana-mana pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik.

2. Menghentikan sikap " double standard" yang sering diamalkan oleh mereka.

3. Membebaskan UiTM dan seluruh IPTA/IPTS daripada cengkaman kuku besi Mahathir Mohamad

4. Menyingkir Naib Canselor-naib canselor universiti yang mengeluarkan kenyataan bodoh pada media kerana ini akan merendahkan lagi" standard " IPTA/IPTS sebagai pusat ilmu.

5. Menghentikan segala tohmahan-tohmahan kepada mahasiswa-mahasiswa yang sejak akhir-akhir ini sering dituduh "subversif dan " militan ".

6. Kalau benar wujud sebuah gerakan subversif dan militan dikalangan mahasiswa, hadapkan mereka ke muka pengadilan yang bebas dan terbuka tanpa mana-mana campurtangan daripada pemerintah mahupun pembangkang.

" Jikalau Suara dibungkam,. Kritik dilarang Dituduh subversif dsn mengganggu keamanan.

Maka hanya ada satu kata lawan!!!!!!!!

Wiji Thukul ( Beliau adalah seorang Penarik Beca yang sehingga hari ini tiada seorangpun yang tahu dimana ia berada. Begitu besar sekali jiwa beliau sebagai seoarang penarik beca berbanding dengan Professor Datuk Dr.lbrahim Abu Shah yang sanggup membiarkan universiti yang beliau tadbir diperalatkan oleh regim diktator mahathir.

"AnakMuda Bangun Me/a wan"

Amin Iskandar

Setiausaha Agung UBU


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved