StatTrack
free web hosting | free website | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    disiarkan pada Sabtu, Januari 12, 2002

Pelajar UM jogho demontrasi


Oleh: WAHID HASHIM

APABILA universiti tertua - iaitu Universiti Malaya (UM) - mendapat jolokan Universiti McDonald's pada tahun lepas, maka berlaku konflik imej yang menjadi buah mulut semua orang. Kemudian, apabila sistem semester hendak menggantikan sistem penggal (yang sejak 50 tahun lalu telah 'diamalkan' di UM) - maka banyak rungutan di dengar oleh segelintir pensyarahnya yang selesa dengan sistem semester itu.

Bukan itu sahaja, UM menjadi universiti pertama menjadi universiti yang dikorporatkan, satu konsep baru yang cukup asing dalam bidang pendidikan kontemporari di Malaysia. Sekali lagi UM menerima tekanan hebat.

Semalam, diadakan sambutan ulangtahun ke-50 UM di kampus induknya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, dan sekali lagi berlaku majlis penyerahan memorandum, dengan segelintir para pelajarnya memegang sepanduk.

Seingat kita, para pelajar UM cukup dinamik dan boleh mendapat ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam hal ehwal seperti ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak pula, buat sekian kalinya, semalam berkata ''saya kecewa.''

Seperti biasa, kata beliau: ''Para pelajar dihasut oleh anasir luar, tindakan diambil... tetapi bentuk tindakan belum ditentukan.''

Tetapi bagi Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (yang dikepalai oleh Burhan Che Daud), Pemuda Negara (Stephen Doss), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Borhanuddin Ahmad) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Mohd Huzairi Husain), merekalah jogho dalam menghimpunkan para pelajar.

Meminjam kata-kata pengarah filem tersohor U-Mei, maka orang Melayu adalah jogho dalam bidang melaga lembu, maka sedikit sebanyak, betullah filem itu kalau ia dapat mencerminkan keadaan yang berlaku di UM.

Syarahan Alumni UM Kedua bertema Cemerlang Di kalangan Yang Terbilang: Malaysia Yang Kita Ingini oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meng-gambarkan sangat persekitaran yang berlaku di Dewan Tunku Canselor, UM.

Barisan dif-dif kehormat nampak terpinga-pinga melihat para pelajar meme-gang sepanduk-sepanduk sambil melaung-laungkan ''Allhuakhbar'' berulang-ulang kali.

Bagi yang sudah biasa sangat dengan karenah seperti ini, maka eloklah muzium UM yang akan ditubuhkan nanti, dipenuhi dengan deretan keratan akhbar demonstrasi para pelajar, bermula dengan di Baling, Kedah sehingga ke dataran letak kereta Dewan Tunku Canselor.

Ini mungkin agak selari kalau kita memetik ucapan Abdullah semalam:

''Dewan Tunku Canselor adalah dewan yang bersejarah. Dewan ini pernah pada satu ketika merupakan dewan perhimpunan terbesar di negara kita dengan kapasiti 3,500 tempat duduk.

Dewan ini telah merakamkan berlangsungnya beberapa peristiwa penting bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah meliputi perkara-perkara menyentuh perkembangan politik, ekonomi, sosial dan negara.''

Apa yang berlaku di UM, menyentuh hati nurani kita.

Sepanjang kewujudannya, UM memang mengalami pelbagai perubahan yang cukup dinamik, yang menjadikannya cukup dewasa dan cukup kental untuk menghadapi persaingan yang tegang antara institusi-institusi ilmu sekarang.

Masih kuat melekat di hati rakyat jelata bahawa UM merupakan universiti yang unggul walau pelbagai isu sering menyelubunginya sekarang.

Sepanjang 50 tahun, universiti itu merupakan kilang kepada para pemimpin negara yang masih ada sekarang. Jadi, ia bukanlah sebuah universiti yang boleh dikategorikan 'layak di simpan dalam muzium' kerana fungsinya masih relevan dengan keperluan semasa - malah akan menjadi lebih penting lagi.

Dalam keghairahan UM mengejar perubahan-perubahan itu, masih ada satu imej yang terus kekal iaitu demonstrasi.

Sungguh memalukan apabila sambutan 50 tahun semalam dikocakkan dengan demonstrasi pelajar - walau niat mereka mungkin ikhlas dalam konteks sendiri.

Pak Lah dengan cara yang cukup berhemah menerima juga memorandum yang diserahkan oleh wakil segelintir pendemonstrasi (bukan wakil pelajar UM), iaitu oleh Burhanuddin.

Sekilas pandang, sesungguhnya, segelintir para pelajar UM ini lebih 'Arab' daripada orang Arab bila menangani isu Israel (merujuk perkara 6 permintaan mereka) dalam memorandum itu.

Kalau dikupas perkara-perkara lain, tentu boleh dijilid menjadi sebuah buku dan menjadi teks golongan ini.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved