StatTrack
free web hosting | free website | Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, January 24, 2002 7:13 PM

Tugas Pensyarah bukan hasut Pelajar


PENSYARAH institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
disaran menjadi pembimbing untuk memajukan prestasi
akademik pelajar Melayu dan bukannya mengelirukan
pelajar dengan hasutan-hasutan tertentu.

Penolong Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob berkata,
sikap sesetengah pensyarah yang `memasukkan jarum'
(menghasut) ketika mengajar menjadikan pelajar keliru.

``Mereka keliru adakah mereka masuk universiti untuk
belajar atau nak jadi kumpulan yang menilai dasar
kerajaan?'' katanya pada Seminar Prestasi Pelajar dan
Belia Islam di Institut Pengajian Tinggi (IPT), di
Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas
kerja Hubungan Faktor Sosioekonomi Dengan Prestasi
Akademik Pelajar.

Selain itu katanya, pensyarah perlu komited dan tidak
tergesa-gesa menghabiskan sukatan pelajaran tanpa
mengira pelajar faham atau tidak.

Beliau berpandangan, faktor kemiskinan bukan alasan
utama kerana banyak agensi kerajaan menyediakan
kemudahan kewangan yang mencukupi.

``Tetapi cara bagaimana wang tersebut dibelanjakan,
itu masalah lain,'' tegasnya.

Yayasan Pahang, umpamanya, menyediakan pinjaman
RM3,000 dan RM4,500 setahun, bagi peringkat diploma
dan ijazah kepada pelajar Universiti Teknologi Mara
(UiTM) dan RM3,000 serta RM4,500 hingga RM5,000
setahun bagi program diploma dan ijazah
universiti-universiti awam yang lain.

Malangnya kata beliau, pemberian itu tidak dihargai
kerana pelajar berpegang kepada mentaliti `saya dah
masuk universiti'.

Faktor inilah katanya, yang menyebabkan pelajar Melayu semakin lesu.

Beliau yakin sekiranya hal ini diubah, mereka tidak
bermasalah untuk bersaing dalam sistem meritokrasi.

``Pemikiran orang Melayu sendiri yang mendorong supaya sistem ini diadakan, sedangkan di negara Arab
umpamanya, hal ini tak pernah timbul,'' katanya.


Isu selanjutnya Isu Semasa

 

Oleh:

Utusan Malaysia

 

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved