StatTrack
free web hosting | free hosting | Business Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting
  
   
 
IDEALIS MAHASISWA
 

Halaman Utama | Arkib| Perbincangan| Halaman Undian| Halaman Tetamu

    Updated on Thursday, February 21, 2002 12:58 PM

Akujanji lahirkan budaya takut!


Sumber: Harakah,16-28 Feb 2002

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidi-kan mewajibkan semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA) menandatangani Akujanji akan melahirkan generasi yang takut, lemah dan tidak peka dengan isu persekitaran, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Riduan Mohamad Nor.

Menurut beliau, Akujanji ini merupakan taktik kotor kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana takut untuk menghadapi ke-bangkitan generasi muda.

Beliau menegaskan, sebenarnya kerajaan BN takut dengan kebangkitan generasi muda khususnya pelajar IPT kerana masyarakat di kampung mudah mempercayai maklumat yang dibawa oleh mereka.

"Akibat daripada menandatangani Akujanji ini pelajar-pelajar IPTA akan keluar semata-mata bekerja kerana fikiran mereka sudah ditanamkan dengan budaya takut ketika di universiti masing-masing," tegasnya.

Beliau menegaskan, sebenarnya kerajaan BN takut dengan semangat generasi muda khususnya pelajar-pelajar di IPTA jika keluar daripada IPTA akan menjadi penentang kerajaan BN.

Pelajar tahun akhir, Universiti Teknologi Mara (UTTMj, yang mahu dikenali sebagai Watie pula berkata, kerajaan tidak seharusnya memaksa semua pelajar IPTA menandatangani Akujanji kerana mereka sudah sedia maklum dengan peraturan yang ada dalam Akta Universiti dan Koiej Universiti (AUKU).

Katanya, Akujanji itn akan melahirkan lebih ramai lagi generasi yang sentiasa berada dalam ketakutan.


Halaman Utama

 

Copyright 2001 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved